Buat pencinta Dettol, adakah anda sudah mencuba kesemua rangkaian produknya termasuklah Dettol Trigger Spray?
Dettol mempunyai pengalaman perlindungan kuman selama lebih dari 80 tahun sebab itulah Dettol mengeluarkan produk bukan sahaja dapat membantu menjaga kebersihan dan kesegaran rumah, tetapi juga membantu melindungi keluarga daripada kuman berbahaya yang boleh menyebabkan penyakit.
Antara produk Dettol yang mesra pengguna dan dikhususkan untuk membersihkan kawasan tertentu seperti dapur, bilik tidur dan permukaan lantai atau dinding, sudah semestinya trigger sprays menjadi pilihan.
Trigger sprays adalah bertujuan sebagai pembasmi kuman dan selamat digunakan di sekitar rumah anda. Apa yang menariknya ialah ia menghilangkan 90% allergen seperti habuk, hama dan debu yang tidak kelihatan.
Sangat sesuai digunakan di permukaan tempat makanan disediakan, disimpan dan dimakan.
Anda tidak perlu bersusah payah untuk membilas dengan air dan ia dihasilkan tanpa peluntur. Ini bermakna, anda dan anak-anak kecil juga tidak perlu risau kerana mesra pengguna.
Cara Penggunaan Trigger Sprays
Cara penggunaan trigger sprays ini mudah sangat.
- Pusingkan muncung kepada posisi “ON” sambil menghalakan penyembur jauh dari muka anda.
- Pastikan botol tegak, semburkan dari jarak 20-25cm.
- Biarkan selama 5 minit, lap sehingga bersih, kemudian bilas.
- Pusingkan muncung kepada posisi “OFF”. JANGAN tekan penyembur dalam posisi “OFF” kerana ia boleh menyebabkan produk tersembur keluar apabila dalam posisi “ON”.
- Sentiasa cuba terhadap kawasan yang tidak dapat dilihat selama 5 minit sebelum digunakan.
Berikut adalah pilihan trigger sprays yang anda boleh pilih mengikut kawasan tertentu supaya kesannya lebih efektif terhadap kuman dan bakteria.
1. Dettol Antibacterial Surface Cleanser
Ciri-ciri Produk
- Membunuh 99.9% kuman seperti E.Coli
- Membersih dan menanggalkan kuman
- Berkesan terhadap minyak
- Wangian segar
Keterangan Produk
Penyembur Disinfektan Pelbagai Guna 4 dalam 1 Dettol boleh digunakan di seluruh rumah untuk membersih dengan sihat.
Penyembur Disinfektan Pelbagai Guna 4 dalam 1 Dettol adalah untuk kotoran yang boleh dilihat serta kuman yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar.
Kuman bersembunyi di dalam kotoran di rumah anda, maka Penyembur Disinfektan Pelbagai Guna 4 dalam 1 Dettol adalah ideal untuk cucian dan disinfektasi harian dalam rumah.
Anda bebas menggunakan Dettol Antibacterial Surface Cleanser di permukaan yang mudah dilihat dan sukar dicapai. Pastikan anda menyembur sekadar perlu sahaja kerana penggunaan yang berlebihan adalah tidak digalakkan bagi memastikan struktur perabot atau meja tidak berubah.
2. Dettol Healthy Clean Kitchen
Adakah anda seorang yang suka memasak? Jika ya, Dettol Healthy Clean Kitchen adalah pilihan yang terbaik.
Pastikan sebelum, semasa dan selepas memasak, anda terus mencapai trigger sprays untuk semburkan di tempat-tempat yang terkena kesan minyak.
Ini bagi mengelakkan sebarang kesan yang ditinggalkan dalam tempoh berpanjangan mengundang bakteria dan kuman yang semakin banyak.
3. Dettol Healthy Clean Bathroom
Ciri-ciri Produk
- Membunuh 99.9% kuman
- Membersih dan menanggalkan kuman
- Wangian segar
Penyembur Disinfektan Pelbagai Guna 4 dalam 1 Dettol boleh digunakan di seluruh rumah untuk membersih dengan sihat. Penyembur ini boleh digunakan untuk membasmi hama, habuk yang terdapat dalam bilik tidur.
Pengudaraan yang baik juga sangat penting bagi memastikan kuman dan bakteria tidak berasa selamat berada dalam persekitaran yang dimasuki cahaya matahari.
Anda boleh semburkannya di tempat atau peralatan yang anda biasa guna. Sebagai contoh di palang kepala katil, di kawasan meja solek, cermin dan lain-lain.