Pengenalan
Dexilant mengandungi dadah dexlansoprazole, yang tergolong dalam kelas ubat yang disebut sebagai perencat pam proton. Ia digunakan dengan cara berikut:
- Membantu menyembuhkan esofagitis menghakis.
- Membantu menguruskan gejala esofagitis yang telah sembuh dan melegakan pedih ulu hati.
- Merawat gejala penyakit refluks gastroesofagus (GERD).
Ubat dalam kelas ubat ini berfungsi dengan cara yang sama di dalam badan anda. Selain itu, ia boleh didapati dalam bentuk kapsul serta mempunyai dua dos iaitu 30 miligram (mg) dan 60 mg.
Dexilant diluluskan bagi kegunaan pada orang dewasa dan kanak-kanak berumur 12 tahun ke atas.
Kegunaan Dexilant
Dexilant digunakan untuk merawat masalah perut dan esofagus tertentu (seperti asid reflux). Ia berfungsi dengan mengurangkan jumlah asid dalam perut anda. Malah, ia juga melegakan gejala seperti pedih ulu hati, kesukaran menelan, dan batuk yang berterusan. Ubat ini membantu menyembuhkan kerosakan pada perut dan esofagus disebabkan oleh asid, membantu mencegah ulser, dan membantu mencegah kanser esofagus.
Langkah Berjaga-jaga dan Amaran Bagi Penggunaan Dexilant
Sebelum mengambil Dexilant, beritahu doktor atau ahli farmasi jika anda alah kepadanya atau ubat yang serupa (seperti lansoprazole, omeprazole), ataupun sekiranya anda mempunyai alahan lain. Produk ini mungkin mengandungi ramuan tidak aktif, yang boleh menyebabkan reaksi alahan atau masalah lain. Bercakap dengan ahli farmasi anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Sebelum menggunakan ubat ini, maklumkan tentang sejarah perubatan anda, terutamanya keadaan seperti penyakit hati atau lupus kepada doktor atau ahli farmasi.
Sesetengah gejala mungkin boleh menunjukkan keadaan yang lebih serius. Dapatkan segera bantuan perubatan jika anda mempunyai simptom seperti pedih ulu hati dengan sakit kepala/ berpeluh/ pening, sakit dada/ rahang/ lengan/ bahu (terutamanya dengan sesak nafas, peluh yang luar biasa), kehilangan berat badan yang tidak dapat dijelaskan.
Sebelum menjalani pembedahan, beritahu doktor atau doktor gigi tentang semua produk yang anda gunakan (termasuk ubat preskripsi, ubat tanpa preskripsi, dan produk herba).
Perencat pam proton (seperti Dexilant) boleh meningkatkan risiko berlakunya keretakan tulang, terutamanya dengan penggunaan yang lebih lama, dos yang lebih tinggi, dan orang dewasa yang lebih berusia. Bincang dengan doktor atau ahli farmasi mengenai cara untuk mencegah kehilangan/ patah tulang, seperti pengambilan kalsium (seperti kalsium sitrat) dan suplemen vitamin D.
Orang dewasa yang lebih berusia mungkin lebih sensitif terhadap kesan sampingan ubat ini, memandangkan ia boleh menyebabkan kehilangan dan patah tulang dan jangkitan Clostridium difficile.
Semasa kehamilan pula, ubat ini harus digunakan apabila diperlukan dengan jelas sahaja. Bincangkan risiko dan manfaat dengan doktor anda. Bagi ibu yang menyusukan bayi pula, ianya tidak diketahui jika ubat ini boleh masuk ke dalam susu ibu atau tidak. Walau bagaimanapun, ubat-ubatan serupa boleh masuk ke dalam susu ibu. Kesannya pada bayi yang disusukan masih tidak diketahui. Jadi, rujuk juga pada doktor anda sebelum menyusukan bayi.
Kesan Sampingan Dexilant
Kesan sampingan Dexilant yang biasa berlaku adalah:
- Cirit-birit
- Sakit perut
- Loya
- Muntah
- Gas
– Kesan sampingan Dexilant yang serius
Sekiranya anda mengambil Dexilant dan mempunyai simptom seperti sakit dada, degupan jantung laju atau berdebar-debar, sakit perut yang teruk, atau pedih ulu hati yang semakin teruk, hubungi doktor anda dengan serta-merta.
Masalah lain yang memerlukan perhatian segera adalah:
- Tahap magnesium rendah yang disusuli dengan keadaan pening.
- Kekeliruan.
- Pergerakan otot yang teruk.
- Kekejangan atau lemah otot.
- Degupan jantung tidak teratur.
- Berasa gelisah atau tempang.
- Batuk atau perasaan tercekik.
- Sawan.
Dapatkan bantuan kecemasan dengan segera jika anda mempunyai gatal-gatal, kesukaran bernafas, atau bengkak pada muka, bibir, lidah atau kerongkong kerana ini mungkin adalah tanda-tanda reaksi alergi yang teruk.
Kontraindikasi Dexilant
Hipersensitiviti adalah satu kontraindikasi terhadap penggunaan Dexilant.
Interaksi Dexilant
Ianya adalah penting untuk memberikan doktor senarai lengkap semua produk preskripsi dan bukan preskripsi, termasuk vitamin, suplemen herba, dan ubat penenang atau ubat haram yang anda gunakan.
Satu bahan yang boleh berinteraksi dengan Dexilant adalah methotrexate (Trexall), terutamanya jika anda menggunakan dos yang tinggi.
Sesetengah ubat memerlukan asid perut untuk berfungsi dengan baik dan boleh mengurangkan asid perut anda. Jadi, ia boleh mengubah cara ubat-ubatan lain berfungsi. Produk yang termasuk dalam kategori ini termasuk:
- Itraconazole (Onmel, Sporanox)
- Ketoconazole (Xolegel, Extina, Nizoral)
- Posaconazole (Noxafil)
- Ampicillin (Principen)
- Atazanavir (Reyataz)
- Erlotinib (Tarceva)
- Nelfinavir (Viracept)
- Rilpivirine (Edurant)
Jangan gunakan ubat-ubatan yang mengandungi lansoprazole seperti lansoprazole (Prevacid) semasa mengambil Dexilant kerana kedua-duanya adalah sangat serupa.
Jika anda menjalani ujian perubatan, pastikan juruteknik makmal dan doktor anda sedia maklumkan bahawa anda mengambil Dexilant, kerana ia boleh menyebabkan keputusan ujian yang salah.
– Interaksi Dexilant yang lain
Penggunaan Dexilant perlu diiringi dengan perubahan gaya hidup dan pemakanan, termasuk makan saiz hidangan yang lebih kecil dan mengelakkan makanan berlemak, pedas, atau berasid serta coklat, pudina, kopi, dan minuman berkafein lain, minuman berkarbonat, dan alkohol. Anda juga dinasihatkan untuk berhenti merokok.
Dos Dexilant
Sebaik sahaja anda mula mengambil Dexilant, jangan hentikan atau menukar dos tanpa berbincang dengan doktor anda terlebih dahulu.
Dexilant yang disyorkan bagi mereka yang mempunyai esofagitis menghakis adalah 60 miligram (mg) sekali sehari selama 8 minggu, dan 30 mg sekali sehari untuk mengekalkan penyembuhan selepas itu. Sekiranya anda mempunyai masalah hati, doktor anda boleh mengubah dos ini.
Seterusnya, dos yang disyorkan untuk mereka yang mempunyai pedih ulu hati berkaitan dengan GERD adalah 30 mg sekali sehari selama 4 minggu.
Anda boleh mengambil Dexilant dengan atau tanpa makanan, tetapi jika gejala anda berlaku selepas makan, doktor mungkin meminta anda untuk mengambilnya sebelum makan pada waktu yang sama untuk mendapatkan hasil terbaik. Jangan hancurkan kapsul atau mengunyahnya. Sebaliknya, anda hanya perlu menelannya.
Sekiranya anda menghadapi masalah menelan, buka kapsul itu dan taburkan kandungannya ke dalam satu sudu makan sos epal dan telannya dengan segera tanpa mengunyahnya. Jangan sediakan campuran ubat terlebih dahulu, kerana ia boleh memusnahkan keberkesanan ubat.
Ianya juga adalah lebih baik untuk mengambil antasid 30 hingga 60 minit sebelum menggunakan Dexilant. Sekiranya anda menggunakan sucralfate (Carafate), ambil Dexilant sekurang-kurangnya 30 minit sebelumnya.
– Dos Dexilant yang berlebihan
Sekiranya anda percaya bahawa anda mungkin telah mengambil Dexilant dengan dos yang berlebihan, pergi ke bilik kecemasan atau hubungi talian kecemasan dengan segera.
– Dos Dexilant yang terlepas
Jika anda terlepas dos Dexilant, ambil ia sebaik sahaja anda mengingatinya. Sekiranya sudah hampir masa untuk dos seterusnya, tunggu hingga jadual dos yang seterusnya. Jangan gandakan dos untuk menggantikan dos yang terlepas.
SUMBER
https://www.medicalnewstoday.com/articles/326860
https://www.everydayhealth.com/drugs/dexilant
https://www.webmd.com/drugs/2/drug-153875/dexilant-oral/details
https://www.tabletwise.com/singapore/dexilant-capsule?#contraindications