Pengenalan
Dexpanthenol adalah krim kulit topikal tanpa preskripsi yang digunakan untuk merawat dermatosis dan ekzema. Ia boleh didapati dengan nama jenama berikut iaitu ‘Panthoderm’.
Kegunaan Dexpanthenol
Ubat Dexpanthenol digunakan sebagai pelembap untuk merawat atau mencegah kulit kering, kasar, bersisik, gatal dan sedikit kegatalan pada kulit seperti ruam lampin, luka bakar kulit akibat terapi radiasi. ‘Emollients’ adalah bahan yang melembutkan dan melembapkan kulit dan mengurangkan kegatalan dan kulit mengelupas. Beberapa produk (seperti zink oksida, petrolatum putih) kebanyakannya digunakan untuk melindungi kulit daripada kerengsaan.
Seterusnya, masalah kulit kering boleh berlaku disebabkan kehilangan air di lapisan atas kulit. ‘Emollients’ / pelembap berfungsi dengan membentuk lapisan berminyak di bahagian atas kulit yang memerangkap air di kulit. Petrolatum, lanolin, minyak mineral dan dimethicone adalah ‘emollients’ biasa. ‘Humectants’, termasuk glycerin, lecithin, dan propylene glycol akan menarik air ke lapisan luar kulit.
Banyak produk juga mempunyai bahan-bahan yang melembutkan seperti keratin yang menyatukan lapisan atas sel kulit (termasuk urea, asid ‘hydroxy acids’ seperti asid laktik / sitrik / glikolat dan allantoin). Ini membantu sel-sel kulit mati jatuh, kulit juga dapat menyimpan lebih banyak air yang seterusnya menjadikan kulit terasa lebih halus dan lembut.
Kesan sampingan Dexpanthenol
Sebilangan besar ‘emollients’ boleh digunakan dengan selamat dan berkesan tanpa kesan sampingan. Namun, rasa terbakar, menyengat, kemerahan atau kerengsaan mungkin berlaku. Sekiranya kesan ini berlanjutan atau bertambah buruk, beritahu doktor atau ahli farmasi anda dengan segera.
Seterusnya, jika doktor telah menetapkan ubat ini, ketahui bahawa doktor pastinya telah menilai akan manfaatnya yang dilihat lebih besar daripada kesan sampingan yang boleh berlaku. Ramai orang yang menggunakan ubat ini biasanya tidak mempunyai kesan sampingan yang serius.
Maklumkan pada doktor dengan segera jika ada kesan sampingan yang jarang berlaku tetapi serius seperti perubahan kulit yang tidak biasa (menjadi putih / lembut / lembab kerana terlalu basah), tanda-tanda jangkitan kulit.
Reaksi alahan yang sangat serius terhadap ubat ini jarang berlaku. Walau bagaimanapun, dapatkan bantuan perubatan segera sekiranya anda melihat gejala reaksi alergi yang serius, termasuk ruam, gatal / bengkak (terutama pada muka / lidah / tekak), pening yang teruk, kesukaran bernafas.
Ini bukanlah senarai lengkap kesan sampingan Dexpanthenol yang boleh berlaku. Sekiranya anda melihat kesan lain yang tidak disenaraikan di atas, hubungi doktor atau ahli farmasi anda.
Interaksi Dexpanthenol
Sekiranya anda menggunakan produk ini di bawah arahan doktor anda, doktor atau ahli farmasi anda mungkin sudah mengetahui kemungkinan adanya interaksi ubat dan mungkin mengawasi anda untuk mendapatkannya. Jangan mula, henti atau ubah dos ubat sebelum berjumpa doktor atau ahli farmasi anda terlebih dahulu.
Jika doktor mengarahkan anda untuk menggunakan produk ini, atau jika anda menggunakan produk preskripsi pada kulit, beritahu doktor atau ahli farmasi anda tentang semua produk preskripsi dan bukan preskripsi / herba yang mungkin anda gunakan, termasuk produk penjagaan kulit yang lain.
Simpan senarai semua ubat dengan anda, dan berikan senarai tersebut dengan doktor dan ahli farmasi anda.
Kontraindikasi Dexpanthenol
Sebelum menggunakan produk ini, beritahu doktor atau ahli farmasi anda jika anda alah kepada salah satu bahan dalam produk tersebut; atau jika anda mempunyai alahan lain. Produk ini mungkin mengandungi bahan tidak aktif yang boleh menyebabkan reaksi alergi atau masalah lain. Bercakap dengan ahli farmasi anda untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.
Di samping itu, jika anda mempunyai masalah kesihatan seperti luka atau jangkitan kulit, berjumpa dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan produk ini.
Beberapa bahan (seperti pengawet, wangian) boleh membuatkan anda lebih sensitif terhadap cahaya matahari. Periksa label untuk sebarang amaran atau bertanyakan kepada doktor atau ahli farmasi anda jika anda perlu mengambil langkah berjaga-jaga khas ketika berada di bawah sinar matahari. Doktor / ahli farmasi anda mungkin mencadangkan agar anda mengehadkan waktu berada di bawah sinar matahari, mengelakkan bilik ‘jemur’ (tanning booths) dan cahaya matahari, serta kepentingan untuk menggunakan pelindung matahari dan memakai pakaian pelindung ketika berada di luar rumah. Beritahu doktor dengan segera jika anda mengalami kulit terbakar atau mengalami lecetan / kemerahan kulit.
Beberapa produk boleh memburukkan lagi masalah jerawat. Sekiranya kulit anda terdedah kepada jerawat, cari perkataan “non-comedogenic” pada label. Beberapa produk mungkin juga boleh mengotorkan / menghitamkan pakaian. Bertanyakan pada doktor atau ahli farmasi anda untuk maklumat lebih lanjut.
Dexpanthenol dan kehamilan
Gunakan Dexpanthenol dengan berhati-hati semasa kehamilan sekiranya manfaatnya adalah lebih besar melebihi risiko yang ada. Kajian haiwan menunjukkan risiko dan kajian manusia tidak tersedia bagi kajian haiwan atay manusia.
Malah, Dexpanthenol mungkin boleh meresap keluar dalam susu. Jadi, gunakan dengan berhati-hati semasa menyusukan bayi. Pesakit yang hamil atau menyusukan bayi harus mendapatkan nasihat daripada pakar kesihatan mereka sebelum menggunakan ubatan bebas sebegini.
Dos Dexpanthenol
Gunakan produk ini seperti yang diarahkan. Beberapa produk memerlukan penyediaan (priming) sebelum digunakan. Ikuti semua arahan pada pakej produk. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, bertanyakan kepada doktor atau ahli farmasi anda.
Malah, ada beberapa produk yang perlu digoncang sebelum digunakan. Periksa label untuk melihat sekiranya ia harus digoncang dengan baik sebelum menggunakannya. Sapukan pada bahagian kulit yang terkesan seperti yang diperlukan atau seperti yang tertera pada label atau oleh doktor anda. Seberapa kerap ubat ini harus digunakan bergantung pada produk dan keadaan kulit anda.
Bagi merawat masalah tangan yang kering, anda mungkin perlu menggunakan produk ini setiap kali anda mencuci tangan, iaitu sepanjang hari.
Sekiranya anda menggunakan produk ini untuk merawat ruam lampin, bersihkan kawasan lampin sebelum digunakan dan biarkan kawasan tersebut kering sebelum menggunakan produk. Tetapi, jika anda menggunakan produk ini untuk merawat luka bakar akibat radiasi, bertanyakan kepada pegawai radiasi untuk melihat adakah jenama anda boleh digunakan sebelum terapi radiasi dilakukan.
Ikuti semua arahan pada label untuk penggunaan yang betul. Sapukan pada bahagian kulit sahaja. Elakkan kawasan sensitif seperti mata anda, di dalam mulut/ hidung anda, dan kawasan faraj / pangkal paha, kecuali jika label atau doktor mengarahkan anda sebaliknya. Periksa label untuk mengetahui mana-mana kawasan atau jenis kulit yang perlu dielakkan (contohnya, pada wajah, kawasan kulit yang pecah / jengkel / tergores, atau pada kulit yang baru dicukur). Rujuk doktor atau ahli farmasi anda untuk maklumat lebih lanjut.
Gunakan ubat ini secara berkala untuk mendapatkan manfaat yang maksimum. Sebilangan besar pelembap memerlukan air untuk berfungsi dengan baik. Sapukan produk selepas mandi semasa kulit masih lembap. Untuk masalah kulit yang sangat kering, doktor mungkin mengarahkan anda untuk membasahkan kawasan tersebut sedikit sebelum menggunakan produk. Mandian yang lama, panas atau secara kerap boleh menjadikan masalah kulit kering bertambah buruk.
Sekiranya keadaan anda berterusan atau bertambah buruk, atau jika anda fikir anda menghadapi masalah perubatan yang serius, segera dapatkan rawatan perubatan.
SUMBER
https://www.webmd.com/drugs/2/drug-75143/dexpanthenol-topical/details
https://www.rxlist.com/cosumer_panthoderm_dexpanthenol/drugs-condition.htm