Pengenalan
Diazepam adalah sejenis benzodiazepine yang memberi kesan kepada bahan kimia tidak seimbang bagi individu yang mengalami gangguan kebimbangan.
Seterusnya, Diazepam digunakan untuk merawat gangguan kebimbangan, simptom pengeluaran alkohol dan kekejangan otot.
Selain itu, ia juga boleh digunakan dengan ubat lain untuk merawat sawan.
Kegunaan Diazepam
Diazepam digunakan untuk merawat kebimbangan, pengeluaran alkohol, dan sawan. Malah, ia juga digunakan untuk melegakan spasma otot dan sebagai sedatif sebelum prosedur perubatan. Ubat ini berfungsi dengan cara menenangkan otak dan saraf. Diazepam tergolong dalam kelas ubat -ubatan yang dikenali sebagai benzodiazepin.
Baca panduan ubat yang diberikan oleh ahli farmasi atau doktor anda sebelum mula mengambil Diazepam. Jika anda mempunyai sebarang soalan, tanyalah doktor atau ahli farmasi anda.
Ambil ubat ini secara oral dengan atau tanpa makanan, seperti yang diarahkan oleh doktor anda. Jika anda menggunakan Diazepam dalam bentuk cecair, berhati-hati ketika menyukat dosnya dengan menggunakan alat pengukur / sudu khas. Jangan gunakan sudu biasa kerana anda mungkin tidak dapat mengukur dos yang betul.
Sekiranya anda mengambil larutan pekat Diazepam, gunakan penitis ubat yang disediakan dan campurkan dos yang diisukat dengan sedikit makanan yang lembut atau cecair (seperti sos epal atau puding). Makan semua campuran dengan segera. Jangan simpan campuran untuk kegunaan waktu akan datang.
Dos Diazepam adalah berdasarkan keadaan perubatan anda, usia, dan tindak balas anda terhadap rawatan. Jangan tingkatkan dos anda atau gunakan ubat ini dengan lebih kerap atau lebih lama daripada tempoh seperti yang ditetapkan oleh doktor. Ini kerana keadaan anda tidak akan bertambah dengan lebih cepat, bahkan ia akan menggalakkan risiko kesan sampingan tertentu kepada diri anda. Hentikan pengambilan ubat sekiranya diarahkan oleh doktor.
Jika anda berhenti menggunakan ubat ini secara tiba-tiba, anda mungkin mengalami simptom pengeluaran (seperti terketar-ketar, kekejangan abdomen/otot, muntah, berpeluh, kebimbangan, kegelisahan). Untuk membantu mencegah simptom pengeluaran, doktor anda boleh menurunkan dos Diazepam secara perlahan-lahan. Simptom pengeluaran lebih berkemungkinan untuk terjadi jika anda menggunakan diazepam dalam jangka masa yang lama atau dalam dos yang tinggi. Beritahu doktor atau ahli farmasi anda sekiranya anda telah berhenti menggunakannya.
Apabila ubat ini digunakan untuk jangka masa yang lama, ia mungkin tidak berfungsi dengan baik. Bercakaplah dengan doktor anda jika ubat ini sudah tidak berkesan.
Walaupun ia boleh membantu ramai individu, Diazepam boleh menyebabkan ketagihan. Risiko ini mungkin lebih tinggi jika anda mempunyai masalah penyalahgunaan bahan (seperti pengambilan berlebihan atau ketagihan terhadap ubat / alkohol). Ambil ubat ini seperti yang ditetapkan oleh doktor anda untuk mengurangkan sebarang risiko ketagihan. Tanya doktor atau ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut.
Sebaiknya, elakkan makan limau gedang atau minum jus limau gedang semasa mengambil ubat ini melainkan jika doktor atau ahli farmasi anda mengatakan bahawa anda boleh melakukannya dengan selamat. Selain itu, limau gedang juga boleh meningkatkan risiko kemungkinan kesan sampingan ubat ini. Bertanyalah kepada doktor atau ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut.
Jika dipreskripsikan oleh doktor anda, ambil ubat ini dengan kerap untuk mendapatkan manfaatnya yang terbaik. Untuk membantu anda mengingati dos ubat, makan ubat ini pada masa yang sama pada setiap hari.
Jika keadaan anda masih sama atau semakin buruk, maklumkan kepada doktor anda.
Langkah Berjaga-jaga dan Amaran Bagi Penggunaan Diazepam
Sebelum mengambil diazepam, beritahu doktor atau ahli farmasi jika anda mempunyai alahan terhadapnya atau jenis benzodiazepine lain (seperti oxazepam, temazepam) atau jika anda mempunyai alahan lain. Produk ini mungkin mengandungi ramuan tidak aktif yang boleh menyebabkan reaksi alahan atau masalah lain. Hubungi ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut.
Sebelum menggunakan ubat ini, beritahu doktor atau ahli farmasi mengenai sejarah perubatan anda terlebih dahulu, terutamanya: jika anda mengalami penyakit otot tertentu (Myasthenia gravis), masalah paru-paru / pernafasan (seperti COPD, apnea tidur), gangguan mental / emosi (seperti kemurungan, bunuh diri, psikosis), sejarah peribadi atau keluarga yang mengalami gangguan penyalahgunaanunaan bahan (seperti ketagihan terhadap ubat / alkohol), glaukoma, penyakit hati, penyakit buah pinggang.
Ubat ini boleh membuatkan anda pening, mengantuk atau mengaburkan penglihatan anda. Penggunaan ganja atau alkohol bersama ubat ini boleh membuat anda lebih pening atau mengantuk. Jangan memandu, menggunakan mesin, atau melakukan apa sahaja yang memerlukan perhatian atau penglihatan yang jelas. Elakkan minuman beralkohol. Bercakaplah dengan doktor anda jika anda menggunakan ganja
Sesetengah produk cecair mungkin mengandungi alkohol. Tanya doktor atau ahli farmasi tentang penggunaan produk ini dengan cara yang lebih selamat.
Sebelum menjalani pembedahan, beritahu doktor atau doktor gigi tentang semua produk yang anda gunakan (termasuk ubat preskripsi, ubat tanpa preskripsi, dan produk herba).
Bagi sesetengah kanak-kanak, selain mempunyai kesan menenangkan, Diazepam mungkin memberi kesan yang bertentangan sehingga menyebabkan perubahan mental / emosi (seperti pergolakan, halusinasi, kegelisahan).
Individu dewasa yang lebih berusia mungkin lebih sensitif terhadap kesan sampingan ubat ini, terutamanya rasa mengantuk dan kehilangan koordinasi. Kesan sampingan sebegini boleh meningkatkan risiko jatuh. Bagi sesetengah individu yang lebih berusia, Diazepam mungkin mempunyai kesan yang bertentangan sehingga menyebabkan perubahan mental / emosi (seperti pergolakan, halusinasi, kegelisahan).
Ubat ini tidak digalakkan untuk digunakan semasa hamil. Ini kerana ia boleh membahayakan bayi yang belum lahir. Jika anda hamil atau fikir anda mungkin hamil, beritahu doktor anda dengan segera. Rujuklah doktor anda untuk sebarang maklumat lanjut.
Ubat ini boleh masuk ke dalam susu ibu dan mungkin mempunyai kesan yang tidak diingini pada bayi yang disusukan. Penyusuan semasa menggunakan ubat ini adalah tidak digalakkan. Rujuk doktor anda terlebih dahulu sebelum menyusukan bayi.
Kesan Sampingan Diazepam
Tablet oral Diazepam boleh melambatkan aktiviti otak anda dan mengganggu proses penilaian, pemikiran, dan kemahiran motor anda. Jadi, anda tidak boleh minum alkohol atau menggunakan ubat lain yang juga boleh memperlahankan aktiviti otak anda semasa pengambilan Diazepam. Selain itu, anda juga tidak boleh memandu, mengendalikan mesin, atau melakukan tugas lain yang memerlukan perhatian yang penuh. Terdapat beberapa kesan sampingan yang perlu anda ketahui apabila menggunakan ubat ini.
– Kesan sampingan yang kerap berlaku
Kesan sampingan yang biasa berlaku dengan pengambilan Diazepam termasuklah:
- Mengantuk
- Kepenatan atau keletihan
- Kelemahan otot
- Ketidakupayaan untuk mengawal pergerakan otot (ataxia)
- Sakit kepala
- Gegaran
- Pening
- Mulut kering atau air liur berlebihan
- Loya
- Sembelit
Sekiranya kesan-kesan yang anda alami adalah ringan, ia mungkin akan hilang dalam tempoh beberapa hari atau minggu. Sebaliknya, jika ia lebih parah atau tidak hilang, berbincanglah dengan doktor atau ahli farmasi anda.
– Kesan sampingan yang serius
Hubungi doktor anda sekiranya anda mempunyai kesan sampingan yang serius atau hubungi 999 jika anda rasakan simptom anda mengancam nyawa atau jika anda menganggap anda mengalami kecemasan perubatan. Kesan sampingan yang serius dan simptom tersebut boleh termasuk perkara berikut:
- Sawan yang semakin teruk. Simptom boleh merangkumi:
- Peningkatan kekerapan sawan
- Peningkatan keparahan sawan
- Perubahan dalam otak atau cara anda berfikir. Simptom boleh merangkumi:
- Kemurungan
- Kekeliruan
- Perasaan seperti sekitar bilik berpusing (vertigo)
- Pertuturan yang perlahan atau lambat
- Penglihatan berganda atau kabur
- Berfikir untuk bunuh diri
- Hilang ingatan
- Tindak balas yang tidak dijangka. Simptom boleh merangkumi:
- Keghairahan melampau
- Kebimbangan
- Halusinasi
- Kekejangan otot yang kerap
- Kesukaran tidur
- Agitasi
- Masalah hati. Simptom boleh merangkumi:
- Kulit atau putih mata anda menjadi kekuningan (penyakit kuning/jaundis)
- Masalah pundi kencing. Simptom boleh merangkumi:
- Ketidakupayaan untuk membuang air kencing
- Ketidakupayaan untuk menahan air kencing
- Peningkatan atau penurunan keinginan seks.
- Pengeluaran ubat. Simptom boleh merangkumi:
- Gegaran
- Kekejangan abdomen atau otot
- Berpeluh
- Sawan
Kontraindikasi Diazepam
Hipersensitif terhadap Diazepam adalah kontraindikasi. Di samping itu, Diazepam tidak boleh digunakan jika anda mengalami keadaan yang berikut:
- Glaukoma sudut sempit akut
- Hipersensitif terhadap ubat ini
- Myasthenia gravis
- Pesakit pediatrik di bawah umur 6 bulan
- Kekurangan hepatik yang teruk
- Masalah pernafasan yang teruk
- Sindrom berdengkur
Interaksi Diazepam
Interaksi ubat-ubatan boleh mengubah cara ubat diazepam anda berfungsi atau meningkatkan risiko anda mengalami kesan sampingan yang serius. Simpan semua senarai produk yang anda gunakan (termasuk ubat preskripsi / bukan preskripsi dan produk herba) dan beritahu doktor dan ahli farmasi anda. Jangan mulakan, menghentikan, atau mengubah dos ubat-ubatan tanpa arahan doktor anda.
Sesetengah produk yang boleh berinteraksi dengan ubat ini termasuklah: clozapine, fluvoxamine, orlistat dan natrium oksitat.
Risiko kesan sampingan yang serius seperti pernafasan yang lambat / cetek, mengantuk / pening yang teruk, boleh meningkat jika ubat ini diambil dengan produk lain yang mungkin juga menyebabkan mengantuk atau masalah pernafasan.
Beritahu doktor atau ahli farmasi anda jika anda turut mengambil produk lain seperti ubat bagi kesakitan opioid atau ubat batuk (seperti codeine, hydrocodone), alkohol, ganja, ubat tidur atau ubat kebimbangan lain (seperti alprazolam, lorazepam, zolpidem), ubat penenang otot (seperti carisoprodol, cyclobenzaprine), atau ubat antihistamin (seperti cetirizine, diphenhydramine).
Semak label pada semua ubat anda (seperti produk alahan, batuk atau demam) kerana ia mungkin mengandungi bahan-bahan yang menyebabkan anda mengantuk. Tanyalah ahli farmasi anda tentang penggunaan produk-produk tersebut dengan cara yang selamat.
Ubat ini mungkin mengganggu keputusan ujian makmal tertentu, sehingga menyebabkan keputusan ujian dipalsukan. Pastikan kakitangan makmal dan doktor mengetahui bahawa anda sedang menggunakan ubat ini.
Dos Diazepam
Maklumat dos ini adalah khusus untuk tablet oral Diazepam. Semua dos dan bentuk yang mungkin tidak disenaraikan dalam artikel ini. Dos, bentuk, dan kekerapan anda pengambilannya bergantung pada:
- Umur anda
- Keadaan yang dirawat
- Keparahan keadaan anda
- Keadaan perubatan lain yang anda hidapi
- Tindak balas anda terhadap dos pertama Diazepam
– Bentuk dan kekuatan
- Generik: Diazepam
- Bentuk: Tablet oral
- Dos: 2 mg, 5 mg, dan 10 mg
- Jenama: Valium
- Bentuk: Tablet oral
- Dos: 2 mg, 5 mg, dan 10 mg
– Dos untuk kebimbangan
- Dos dewasa (umur 18-64 tahun):
Dos biasa adalah sebanyak 2-10 mg dan diambil secara oral sebanyak 2-4 kali sehari.
- Dos kanak-kanak (umur 0-5 bulan):
Ubat ini tidak dikaji pada kanak-kanak dan tidak boleh digunakan pada kanak-kanak di bawah umur 6 bulan.
- Dos kanak-kanak (umur 6 bulan-17 tahun)
Dos permulaan biasa ialah sebanyak 1-2.5 mg dan diambil secara oral sebanyak 3-4 kali sehari.
Doktor anda akan memulakan pada dos terendah dan meningkatkannya berdasarkan tindak balas anda dan toleransi terhadap ubat ini.
- Dos individu dewasa yang lebih tua (berumur 65 tahun ke atas):
Dos permulaan yang biasa ialah sebanyak 2-2.5 mg dan diambil secara oral sebanyak 1-2 kali sehari.
Doktor akan meningkatkan dos secara perlahan-lahan sebagaimana yang diperlukan berdasarkan tindak balas anda dan toleransi anda dengan ubat ini.
Ini kerana badan anda memproses ubat ini lebih perlahan. Doktor anda boleh memulakan dengan dos rendah bagi mengelakkan ubat terkumpul dalam badan anda. Ubat berlebihan dalam badan boleh menjadi toksik.
– Pertimbangan khas
- Individu yang mengalami penyakit yang melemahkan:
Dos permulaan biasa ialah antara 2-2.5 mg, diambil 1-2 kali sehari.
Doktor akan meningkatkan dos anda secara perlahan seperti yang diperlukan berdasarkan tindak balas dan toleransi anda dengan ubat ini.
– Dos untuk pengeluaran alkohol akut:
- Dos dewasa (umur 18-64 tahun):
Dos biasa adalah 10 mg dan diambil secara oral sebanyak 3-4 kali dalam 24 jam pertama. Ia boleh dikurangkan menjadi 5 mg dan diambil sebanyak 3-4 kali sehari seperti yang diperlukan.
- Dos kanak-kanak (umur 0-5 bulan):
Ubat ini tidak dikaji pada kanak-kanak dan tidak boleh digunakan pada kanak-kanak di bawah umur 6 bulan.
- Dos kanak-kanak (umur 6 bulan-17 tahun):
Dos permulaan biasa ialah 1-2.5 mg dan diambil secara oral sebanyak 3-4 kali sehari.
Doktor anda akan memulakan pada dos terendah dan meningkatkannya berdasarkan tindak balas dan toleransi terhadap ubat ini.
- Dos individu yang lebih tua (berumur 65 tahun ke atas):
Dos permulaan yang biasa ialah 2-2.5 mg, diambil secara oral sebanyak 1-2 kali sehari.
Doktor akan meningkatkan dos secara perlahan-lahan seperti yang diperlukan berdasarkan tindak balas dan toleransi anda terhadap ubat ini.
Badan anda memproses ubat ini dengan lebih perlahan. Doktor anda akan memulakan dengan dos rendah bagi mengelakkan ubat terkumpul dalam badan anda. Ubat berlebihan dalam badan anda boleh menjadi toksik.
– Dos untuk rawatan tambahan terhadap kekejangan otot:
- Dos dewasa (umur 18-64 tahun):
Dos biasa diazepam adalah antara 2-10 mg, diambil secara oral sebanyak 3-4 kali sehari.
- Dos kanak-kanak (umur 0-5 bulan):
Ubat ini tidak dikaji pada kanak-kanak dan tidak boleh digunakan pada kanak-kanak di bawah umur 6 bulan.
- Dos kanak-kanak (umur 6 bulan-17 tahun):
Dos permulaan biasa diazepam ialah 1-2.5 mg, diambil secara oral 3-4 kali sehari.
Doktor akan memulakan pada dos terendah dan meningkatkannya berdasarkan tindak balas dan toleransi terhadap ubat ini.
- Dos individu yang lebih tua (berumur 65 tahun ke atas):
Dos permulaan diazepam yang biasa ialah 2-2.5 mg diambil secara oral 1-2 kali sehari.
Doktor akan meningkatkan dos secara perlahan-lahan seperti yang diperlukan berdasarkan tindak balas dan toleransi anda terhadap ubat ini.
Badan anda memproses ubat ini dengan lebih perlahan. Doktor anda akan memulakan dengan dos rendah bagi mengelakkan ubat terkumpul dalam badan anda. Ubat berlebihan dalam badan anda boleh menjadi toksik.
Sumber:
https://www.webmd.com/drugs/2/drug-6306/diazepam-oral/details
https://www.drugs.com/diazepam.html