Now Reading
Diet Vegetarian: Kebaikan Dan Keburukan Yang Anda Perlu Tahu

Diet Vegetarian: Kebaikan Dan Keburukan Yang Anda Perlu Tahu

diet vege

Apa yang dimaksudkan dengan diet vegetarian?

Diet vegetarian adalah sejenis diet atau amalan pemakanan yang hanya mendapatkan sumber protein daripada tumbuh-tumbuhan seperti kekacang, ubi-ubian, bijan dan sayur-sayuran.

Protein daripada tumbuhan pula tidak mengandungi kesemua komponen amino acid yang diperlukan. Namun bila sumber-sumber protein ini digabungkan dengan baik, ianya dapat membentuk satu komponen amino asid yang lengkap.

Kebiasaannya diet ini diamalkan oleh individu atas sebab agama, kesihatan, ekonomi, ekologi atau falsafah hidup.

Kebaikan Diet Vegetarian

Fakta 1:

Antara kebaikan mengamalkan diet vegetarian ialah dapat mengurangkan risiko kolon. Peningkatan dalam pengambilan serat serta pengurangan dalam pengambilan daging merah boleh membantu meningkatkan tahap kesihatan anda.

Fakta 2: 

Selain itu, diet vegetarian turut membantu dalam menurunkan berat badan. Diet terancang seperti ini boleh membuatkan anda kehilangan berat sehingga 2kg seminggu selain mengurangkan risiko diabetes.

Fakta 3:

Memandangkan sayuran-sayuran selalunya mengandungi kadar antioksidan yang tinggi, diet vegetarian dapat mencegah penuaan dan menjaga kesihatan dalaman dan luaran badan.

Fakta 4: 

Kajian turut menunjukkan wanita yang mengamalkan diet vegetarian kurang berpotensi untuk mendapat kanser payudara kerana tidak makan daging merah.

Fakta 5:

Kepekatan antioksidan sepanjang menjadi individu yang mengamalkan diet vegetarian membantu mengelakkan daripada mendapat penyakit degeneratif seperti alzheimer.

Keburukan Diet Vegetarian

Fakta 1:

Antara keburukan mengamalkan diet vegetarian adalah tulang mudah rapuh. Hal ini kerana tulang manusia memerlukan protein dari haiwan untuk menjadikan tulang lebih mampat.

Fakta 2: 

Selain itu, pengamal diet ini juga terdedah kepada penyakit lain seperti masalah pergigian kerana sistem imunisasi yang lemah disebabkan kekurangan vitamin B12, Zinc dan sebagainya.

Fakta 3:

Seterusnya, mereka turut mempunyai tahap asid lemak omega 3 yang rendah. Perkara ini ialah penting untuk mengekalkan kesihatan kardiovaskular yang mencukupi.

Fakta 4: 

Antara fakta lain ialah pengamal diet ini turut berpotensi kehilangan jisim otot. Oleh sebab itu, ahli bina badan tidak boleh mengamalkan diet tersebut. Ini kerana penciptaan jisim otot memerlukan pengambilan protein yang tinggi dan bukan daripada tumbuh-tumbuhan.

Fakta 5:

Walaupun sesetengah tumbuhan mengandungi protein, namun kandungan proteinnya sejenis yang sukar diserap ke dalam tubuh kita.

Oleh itu, sekiranya anda ingin kuruskan berat badan, anda haruslah tahu jenis-jenis diet yang sedia ada dan mana yang sesuai untuk anda. 

Summer:

https://medlineplus.gov/vegetariandiet.html

error: Content is protected !!