Difteria adalah bakteria yang bernama Corynebacterium diphtheria menyebabkan jangkitan pada saluran pernafasan ataupun jangkitan pada kulit. Mereka yang tidak diberi imunisasi ataupun tidak cukup diberi imunisasi adalah individu yang berisiko tinggi mendapat jangkitan ini.
Simptom
- Demam yang tidak terlalu tinggi
- Bengkak di bahagian leher (Bull’s neck)
- Nanah yang keluar daripada tekak ataupun keluar cebisan yang berwarna putih
- Susah telan
- Susah bernafas
- Berasa letih
Punca
Bakteria Corynebacterium diphtheria adalah punca terutama yang menyebabkan penyakit ini. Jenis yang berbahaya akan menyebabkan jangkitan saluran pernafasan dan juga kulit. Terdapat beberapa faktor risiko yang akan menyebabkan kenaikan kes diphtheria. Ia adalah:
- Rumah yang mempunyai banyak penghuni
- Tinggal di kawasan yang kekurangan kebersihan
- Tidak mendapatkan immunisasi
- Pesakit yang mengalami masalah imunisasi
- Kawasan penduduk yang terlalu padat
- Pergi ke kawasan wabak penyakit
Diagnosis untuk Difteria
Bagi mengesahkan penyakit ini, ujian makmal akan dijalankan dengan membiakkan bakteria C diphtheria daripada sampel pesakit sebagai contoh daripada sapuan tekak ataupun hidung. Pesakit akan disahkan mengalami jangkitan difteria jika terdapat bakteria C diphtheria daripada sampel tersebut.
Rawatan untuk Difteria
Rawatan berdasarkan keadaan tahap serius pesakit. Selalunya jika membran di dalam saluran pernafasan terlalu banyak, ia akan menyebabkan saluran pernafasan tersumbat dan pesakit akan mengalami sesak nafas.
Oleh sebab itu, satu tiub akan dimasukkan terus ke dalam paru-paru melalui tekak bagi membantu pesakit bernafas. Selain itu, ada beberapa rawatan lain akan diberikan kepada pesakit juga.
- Antitoksin
Exotoksin boleh dineutralkan keadaan pesakit tidak menjadi semakin teruk Ini kerana pesakit mengalami keadaan ini disebabkan exotoksin yang dihasilkan oleh bakteria C diphtheria.
2. Antibiotik
Bagi membunuh bakteria C diphthteria supaya ia tidak lagi menghasilkan exotoksin penggunaan antibiotik amat diperlukan. Untuk mengelak jangkitan kepada orang lain, pesakit juga perlulah menjalani isolasi (pengasingan).
Pencegahan
Semua individu yang hendak ke luar negara perlu mendapatkan vaksin.
Jenis vaksin: Toksoid Difteria.
Bilangan dos: Sekurang-kurangnya 3 suntikan, dan disuntik ke dalam otot.
Jadual vaksin: Ketika berumur 2, 3 dan 5 bulan berdasarkan Program Imunisasi Kebangsaan Malaysia.
Dos tambahan: Ketika berumur 18 bulan dan 7 tahun.
Kontraindikasi: Kesan buruk terhadap dos sebelumnya.
Kesan buruk: Kesan ringan di tempat suntikan atau seluruh tubuh.
Sebelum berlepas: Dapatkan vaksin seawal mungkin. Terdapat sedikit perlindungan selepas dos vaksin yang kedua.
SUMBER:
https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/diphtheria/diagnosis-treatment/drc-20351903