Now Reading
Disenteri (Dysentery) – Simptom, Punca, Faktor Risiko, Diagnosis, Rawatan

Disenteri (Dysentery) – Simptom, Punca, Faktor Risiko, Diagnosis, Rawatan

disenteri

Disenteri adalah keradangan usus, terutamanya kolon. Ia boleh membawa kepada kejang perut yang biasa atau serius dan cirit birit yang teruk dengan lendir atau darah di dalam najis.

Tanpa hidrat secukupnya, ia boleh membunuh. Jangkitan Shigella bacillus atau bakteria adalah antara punca yang sering berlaku.

Simptom

Simptom disenteri daripada sederhana hingga ke serius, secara besar – besaran bergantung pada kualiti kebersihan di kawasan tersebut di mana jangkitan tersebar.

Di negara pesat, tanda dan simptom lebih kepada sederhana berbanding negara membangun atau kawasan tropika.

Simptom sederhana termasuklah :

  • Rasa sedikit sakit perut
  • Kejang
  • Cirit – birit

Ia selalunya berlaku daripada 1 hingga 3 hari selepas jangkitan, dan pesakit pulih dalam masa seminggu. Sesetengah individu juga mengalami lactose intolerance, di mana boleh berlaku untuk masa yang lama sehingga bertahun – tahun.

– Simptom bacillary disenteri

Simptom akan kelihatan dalam masa 1 hingga 3 hari jangkitan. Selalunya sakit perut dan cirit birit berlaku, tetapi tiada darah atau lendir di dalam najis. Cirit – birit mungkin selalunya berlaku pada awalnya.

Jarang berlaku tetapi mungkin :

  • Darah atau lendir di dalam najis
  • Sakit di bahagian abdomen
  • Demam
  • Mual
  • Muntah

Selalunya, simptom adalah biasa dan tidak perlu mendapat rawatan daripada doktor dan masalah akan pulih dalam masa beberapa hari.

– Simptom disenteri amoebic

Individu yang mengalami disenteri amoebic mungkin mengalami :

  • Sakit perut
  • Demam dan kedinginan
  • Mual dan muntah
  • Cirit – birit cair, dengan darah, lendir atau nanah
  • Keletihan
  • Sembelit berkala

Jika amboeba menembus masuk ke dinding usus, ia boleh merebak sehingga saluran darah dan menjangkiti organ lain. Ulser boleh terbentuk. Ia mungkin berdarah, menyebabkan darah pada najis.

Simptom mungkin berlaku dalam beberapa minggu. Amoeba mungkin berterusan tinggal di dalam badan manusia selepas simptom hilang.

Kemudian, simptom mungkin berlaku lagi apabila sistem imun seseorang menjadi lemah. Rawatan mengurangkan risiko amoebae untuk terus hidup.

Jenis Disenteri

Kebanyakan orang yang mengalami disenteri mengalami sama ada disenteri bakteria atau disenteri amoebic. Disenteri bakteria disebabkan oleh jangkitan bakteria daripada Shigella, Campylobacter, Salmonella, atau enterohemorrhagic E. coli. Cirit birit disebabkan oleh Shigella dikenali sebagai shigellosis.

Disenteri amoebic disebabkan oleh parasit sel satu yang menjangkiti usus. Ia juga dikenali sebagai amebiasis. Disenteri amoebic jarang berlaku di negara yang maju. Ia selalunya ditemui di kawasan tempatan tropika yang mempunyai keadaan kebersihan yang rendah.

Punca

Jenis disenteri yang anda alami bergantung pada apa penyebab jangkitan anda dan beberapa punca. Pastinya punca utama disenteri adalah jangkitan bakteria. Jangkitan bakteria adalah seperti Shigella, Campylobacter, E. coli, dan spesies bakteria Salmonella.

Apabila bakteria di dalam najis atau pada jari – jari anda yang kotor ditelan melalui makanan, disenteri akan tersebar. Jadi penting untuk memastikan cara membasuh yang betul menjadi tabiat kerana tabiat yang sambil lewa boleh menyumbang kepada punca berlakunya disenteri.

Disenteri shigellosis dan amoebic selalunya disebabkan oleh kebersihan yang teruk. Ia merujuk kepada persekitaran di mana individu yang tidak mempunyai disenteri bersentuhan atau mempunyai kontak rapat daripada individu yang mempunyai disenteri.

Bersentuhan mungkin melalui :

  • Makanan yang tercemar
  • Air atau minuman yang tercemar
  • Individu yang dijangkiti tidak membasuh tangan dengan betul
  • Berenang di dalam air yang dijangkiti, seperti tasik atau kolam renang
  • Kontak fizikal

Faktor Risiko

Kanak – kanak adalah yang paling berisiko dijangkiti shigellosis, tetapi sesiapa sahaja boleh dijangkiti pada apa – apa usia sekalipun. Ia mudah tersebar melalui kontak rapat daripada satu individu ke satu individu yang lain dan melalui makanan dan minuman yang tercemar.

Shigellosis kebanyakannya tersebar di kalangan individu yang mempunyai kontak rapat dengan individu yang dijangkiti seperti :

  • Di rumah
  • Di pusat penjagaan kanak – kanak
  • Di sekolah
  • Di rumah jagaan

Disenteri amoebic terutamanya tersebar dengan memakan makanan tercemar atau minum minuman tercemar di kawasan tropika yang mempunyai tahap kebersihan yang rendah.

Selain itu, individu lelaki gay yang aktif secara seksual antara individu yang berisiko dijangkiti disenteri. Hubungan oral – dubur berlaku secara langsung atau tidak langsung menjadikan mereka berisiko tinggi.

Diagnosis

Doktor akan bertanya kepada pesakit tentang tanda dan simptom serta menjalani pemeriksaan fizikal. Sampel najis mungkin diminta, terutamanya jika pesakit kebelakangan ini baru pulang daripada negara yang mengalami wabak tersebut.

Jika simptom adalah serius, pengimejan diagnostik mungkin disarankan oleh doktor anda. Ia mungkin pemeriksaan ultrasound atau endoskopi.

Rawatan

– Rawatan disenteri bacillary

Kebanyakan mereka dengan disenteri bacillary tidak memerlukan ubat preskrip. Jangkitan selalunya berlaku dengan sendiri dalam seminggu.

Dalam anda menunggu keadaan itu bertambah baik, anda boleh melakukan beberapa perkara yang membantu mereka berasa lebih baik.

  • Minum air yang banyak atau minuman penghidratan semula, seperti minuman sukan, untuk mengembalikan cecair yang anda kehilangan akibat cirit birit.
  • Ubat bismuth subsalicylate (Pepto-Bismol) mungkin mengurangkan simptom anda seperti kejang perut dan cirit – birit. Anda juga boleh mengambil ubat yang dibeli daripada farmasi seperti acetaminophen untuk membantu mengurangkan kejang yang menyakitkan.

Jangan ambil ubat cirit – birit yang dibeli daripada farmasi seperti loperamide (Imodium) kecuali doktor anda menyarankannya. Ubat ini boleh membuatkan disenteri bertambah teruk.

Jika jangkitan tidak hilang dengan sendiri dalam beberapa hari anda mungkin memerlukan rawatan antibiotik. Berbincanglah dengan doktor anda terlebih dahulu.

– Rawatan disenteri amoebic

Jika anda mempunyai disenteri amoebic dengan simptom, anda boleh mengambil ubat untuk membunuh parasit di dalam darah, usus dan hati. Teruskan pengambilan ubat ini untuk beberapa 10 hari. Doktor merawat disenteri amoebic yang tidak menyebabkan simptom pada ubat seperti iodoquinol atau diloxanide furoate.

SUMBER

https://www.webmd.com/digestive-disorders/what-is-dysentery#2-5

https://www.medicalnewstoday.com/articles/171193

https://www.healthline.com/health/digestive-health/dysentery https://hellodoktor.com/kesihatan/keadaan-kesihatan/disenteri/#gref

error: Content is protected !!