Now Reading
Diskinesia Tardif (Tardive Dyskinesia) – Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan

Diskinesia Tardif (Tardive Dyskinesia) – Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan

Diskinesia Tardif

Diskinesia Tardif adalah kesan sampingan bagi ubat antipsikotik. Ubat-ubat ini digunakan bagi merawat skizofrenia dan gangguan kesihatan mental yang lain.

Penyakit Diskinesia Tardif ini menyebabkan pergerakan dan tubuh menjadi kaku, tersentak-sentak dan tidak dapat dikawal. Anda mungkin akan mengedipkan mata, menjelir lidah atau melambaikan tangan anda tanpa tujuan.

Tidak semua individu yang mengambil ubat antipsikotik akan mendapat keadaan ini. Namun, jika ia berlaku, ia boleh bersifat kekal. Oleh itu, jika anda mempunyai pergerakan yang tidak dapat dikawal, pastikan doktor mengetahuinya dengan segera.

Bagi meringankan simptom Diskinesia Tardif anda, doktor mungkin akan:

  • Kurangkan dos.
  • Tambah ubat lain ke dalam senarai ubat yang sedang diambil untuk bertindak sebagai penawar.
  • Beralih kepada ubat yang berbeza.

Simptom Diskinesia Tardif

Diskinesia Tardif menyebabkan gerakan anda kaku, tersentak-sentak dan tidak dapat mengawalnya. Ini termasuklah:

Diskinesia ‘Orofacial’ atau diskenia ‘oro-bucco-lingual’

Pergerakan yang tidak terkawal pada wajah iaitu bibir, rahang atau lidah. Anda juga mungkin:

  • Menjelirkan lidah anda tanpa sebab.
  • Mata berkedip dengan cepat.
  • Mengunyah.
  • Mengecap atau mengerutkan bibir.
  • Mengembungkan pipi.
  • Mengerut dahi.
  • Merungus.

Diskinesia anggota badan

Diskinesia Tardif juga boleh menjejaskan tangan, kaki, jari tangan dan jari kaki anda. Ini boleh menyebabkan anda:

  • Menggoyang-goyangkan jari anda.
  • Mengetuk kaki anda secara perlahan.
  • Mengibas lengan.
  • Menolak keluar punggung anda.
  • Berayun dari sisi ke sisi.

Pergerakan ini boleh menjadi cepat atau perlahan. Anda juga mungkin sukar untuk bekerja dan kekal aktif.

Punca Diskinesia Tardif

Ubat antipsikotik boleh merawat skizofrenia, gangguan bipolar dan keadaan otak yang lain. Doktor juga memanggilnya sebagai ubat neuroleptik.

Ia berfungsi dengan menyekat bahan kimia dalam otak yang dipanggil dopamin. Ini membantu sel berkomunikasi antara satu sama lain dan menjadikan otot bergerak dengan lancar. Apabila kadar dopamin terlalu sedikit di dalam tubuh, pergerakan anda boleh menjadi tersentak dan tidak terkawal.

Anda boleh mendapat penyakit Diskinesia Tardif ini jika anda mengambil ubat antipsikotik. Biasanya, ia perlu diambil selama 3 bulan atau lebih. Namun, terdapat kes-kes yang jarang berlaku seperti individu mendapat penyakit ini hanya selepas satu dos ubat antipsikotik. Versi lama ubat ini lebih cenderung menyebabkan masalah ini berbanding versi lebih baru. Sesetengah kajian mendapati bahawa terdapat tahap risiko yang sama dari kedua-dua jenis ini.

Ubat antipsikotik yang boleh menyebabkan Diskinesia Tardif termasuklah antipsikotik yang lama seperti:

  • Chlorpromazine (Thorazine)
  • Fluphenazine (Prolixin)
  • Haloperidol (Haldol)
  • Thioridazine (Mellaril)
  • Trifluoperazine (Stelazine)

Peluang anda untuk mendapat Diskinesia Tardif semakin meningkat jika tempoh anda mengambil ubat antipsikotik ini adalah lebih lama.

Sesetengah ubat yang merawat mual, refluks dan masalah perut lain juga boleh menyebabkan penyakit ini jika anda mengambilnya lebih daripada 3 bulan. Ini termasuklah pengambilan:

  • Metoclopramide (Reglan)
  • Prochlorperazine (Compazine)

Anda lebih cenderung untuk mendapatkannya jika anda:

  • Adalah wanita yang telah menopaus.
  • Berumur lebih 55 tahun.
  • Penyalahgunaan alkohol atau ubat (dadah)
  • Orang Afrika-Amerika atau Asia-Amerika

Diagnosis Diskinesia Tardif

Diskinesia Tardif sukar untuk didiagnosis. Simptom mungkin tidak muncul sehingga berbulan atau bertahun selepas anda mula mengambil ubat antipsikotik. Anda juga mungkin mula melihat pergerakan selepas anda telah berhenti mengambil ubat. Selain itu, masa boleh menyebabkannya sukar untuk mengetahui sama ada ubat ini yang menyebabkan simptom tersebut ataupun tidak.

Skala Pergerakan Tidak Normal Yang Tidak Terkawal

Jika anda mengambil ubat bagi masalah kesihatan mental, doktor perlu memeriksa anda sekurang-kurangnya setahun sekali untuk memastikan anda tidak mempunyai penyakit ini. Doktor boleh memberi anda ujian fizikal yang dikenali sebagai “Skala Pergerakan Tidak Normal Yang Tidak Terkawal”, bagi membantu dia menilai sebarang pergerakan yang tidak normal.

Doktor juga boleh melakukan ujian untuk mengetahui sama ada anda mempunyai gangguan lain yang boleh menyebabkan pergerakan yang tidak normal seperti:

Bagi menolak keadaan-keadaan ini, anda perlu melakukan:

  • Ujian darah.
  • Imbasan pengimejan otak, seperti imbasan CT atau imbasan MRI.

Faktor Risiko Diskinesia Tardif

Pengambilan ‘neuroleptics’, terutamanya dalam tempoh yang panjang merupakan faktor risiko terbesar untuk mendapat Diskinesia Tardif ini.

Faktor lain yang boleh meningkatkan risiko bagi individu termasuklah:

  • Mengalami diabetes.
  • Lebih berusia.
  • Wanita.
  • Mengalami demensia atau kecederaan otak sebelum ini.
  • Orang Afrika atau Afrika-Amerika.
  • Mempunyai gangguan penyalahgunaan alkohol atau bahan terlarang (dadah).

Tidak semua individu yang mempunyai faktor risiko ini akan mendapat Diskinesia Tardif. Walau bagaimanapun, ianya adalah penting bagi seseorang yang mengambil ubat antipsikotik untuk mengetahui faktor risiko dan mendapatkan rawatan perubatan dengan betul jika gejala muncul.

Rawatan Diskinesia Tardif

Matlamat rawatan yang dilakukan adalah untuk mencegah penyakit Diskinesia Tardif ini. Apabila doktor memberikan preskripsi ubat baru bagi merawat gangguan kesihatan mental, bertanyakan tentang kesan sampingan ubat itu. Kebaikan ubat itu seharusnya melebihi kesan sampingan yang boleh berlaku. Sekiranya anda mengalami masalah untuk bergerak, maklumkan pada doktor. Jangan hentikan mana-mana pengambilan ubat dengan sendiri. Biasanya, doktor boleh menyuruh anda untuk berhenti menggunakan ubat yang menyebabkan masalah itu ataupun mengurangkan dos ubat tersebut.

Selain itu, anda juga mungkin perlu beralih menggunakan ubat antipsikotik yang baharu dan kurang kemungkinan untuk menyebabkan penyakit Diskinesia Tardif ini.

Berikut adalah 2 ubat yang telah diluluskan untuk merawat penyakit Diskinesia Tardif ini seperti:

  • Valbenazine (Ingrezza)
  • Deutetrabenazine (Austedo)

SUMBER

https://www.webmd.com/mental-health/tardive-dyskinesia

https://www.healthline.com/health/tardive-dyskinesia

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/movement-disorders/symptoms-causes/syc-20363893#:~:text=Tardive%20dyskinesia.,eye%20blinking%20and%20other%20movements.

https://www.news-medical.net/?tag=/Tardive-Dyskinesia

error: Content is protected !!