Now Reading
Doa Qunut yang Menjadi Amalan

Doa Qunut yang Menjadi Amalan

doa qunut

Doa qunut semangnya sinonim dengan penganut agama islam. Amalan membaca doa qunut merupakan amalan paling sering dibaca oleh umat Islam khususnya pada waktu subuh. Qunut juga kerap dibaca ketika seseorang memiliki hajat atau keinginan yang ingin dipohon kepada Allah SWT.

Terdapat beberapa jenis qunut yang diamalkan pada waktu yang berbeza-beza iaitu:

  • Qunut Subuh
  • Qunut Witir
  • Qunut Nadzilah

Doa Qunut Subuh

اللّٰهُمَّ اهْدِنِىْ فِيْمَنْ هَدَيْتَ وَعَافِنِى فِيْمَنْ عَافَيْتَ وَتَوَلَّنِىْ فِيْمَنْ تَوَلَّيْتَ وَبَارِكْ لِىْ فِيْمَا اَعْطَيْتَ وَقِنِيْ شَرَّمَا قَضَيْتَ فَاِنَّكَ تَقْضِىْ وَلاَ يُقْضٰى عَلَيْكَ وَاِ نَّهُ لاَ يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ وَلاَ يَعِزُّ

مَنْ عَادَيْتَ تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ فَلَكَ الْحَمْدُ عَلَى مَا قَضَيْتَ وَاَسْتَغْفِرُكَ وَاَتُوْبُ اِلَيْكَ وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدَنَا مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ اْلاُمِّيِّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

Allah humah dini fiman hadait.

Ya Allah berikanlah aku hidayah sebagaimana mereka yang telah Engkau beri hidayah.

Wa’a fini fiman ‘afait.

Berikan kesihatan kepadaku sebagaimana mereka yang telah Engkau berikan kesihatan.

Watawallani fiman tawalait.

Dan peliharalah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau peliharakan.

Wabarikli fimaa a’tait.

Berilah keberkatan bagiku pada apa-apa yang telah Engkau kurniakan.

Waqinii (birohmatika) syarramaa qadhait.

Dan selamatkan aku (dengan rahmat Allah) dari bahaya yang telah Engkau tentukan.

Fainnaka taqdhi wala yuqdha ‘alaik.

Maka sesungguhnya, Engkaulah yang menghukum dan bukannya yang kena hukum.

Wainnahu layadziluman walait.

Dan sesungguhnya tidak hina orang yang Engkau pimpin.

Walaa ya’izzuman ‘adait.

Dan tidak mulia orang yang Engkau musuhi.

Tabaa rakta rabbana wata’alait.

Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi

Falakalhamdu ‘ala maaqadzait.

Maka bagi Engkaulah segala pujian di atas apa yang Engkau hukumkan.

Wa Nastaghfiruka Wa Natubu Ilaik.

Dan kami memohon ampun dari-Mu dan kami bertaubat kepada-Mu.

Wasallallahu ‘ala Saidina Muhammadinin nabiyil ummiyi waala aalihi wasahbihi wasalam.

Dan semoga Allah mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarganya.

Sebagaimana diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud, “Bahawa Rasulullah SAW telah melakukan doa qunut selama satu bulan untuk mendoakan atas orang-orang Arab yang masih hidup, kemudian Rasulullah SAW meninggalkannya.”(HR. Muslim)

Berdasarkan hadis di atas, Rasulullah SAW hanya membaca doa Qunut dalam Solat Subuh dalam tempoh sebulan sahaja, kemudian meninggalkannya. Merujuk hadis ini, pendapat pengikut Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad amalan doa qunut ketika solat Subuh hukumnya tidak disunatkan.

Walaubagaimanapun pengikut Imam Malik berpendapat, membaca doa Qunut ketika Solat Subuh hukumnya sunat. Hukum membaca doa qunut adalah sunat ab’ad mengikut pendapat Imam Syafie. Sekiranya seseorang itu terlupa dan tertinggal bacaan qunut dalam solat subuh, maka disunatkan untuk melakukan sujud sahwi pada raka’at yang kedua solat Subuh.

Hal ini kerana, Rasulullah saw ketika mengangkat kepala dari ruku’ (iaitu sewaktu i’tidal) pada rakaat kedua solat Subuh, beliau membaca qunut. Dan demikian itu “Rasulullah saw lakukan sampai meninggal dunia (wafat)”. (HR. Ahmad dan Abd Raziq)

Pegangan rakyat Malaysia yang berpegang kepada Mazhab Syafie maka, doa qunut hendaklah dibaca ketika solat subuh dan perlu melakukan sujud sahwi sekiranya tertinggal atau terlupa. Sujud Sahwi dilakukan setelah duduk dan membaca tahiyat akhir sebelum salam.

Doa Qunut Witir

اللّٰهُمَّ اهْدِنِىْ فِيْمَنْ هَدَيْتَ وَعَافِنِى فِيْمَنْ عَافَيْتَ وَتَوَلَّنِىْ فِيْمَنْ تَوَلَّيْتَ وَبَارِكْ لِىْ فِيْمَا اَعْطَيْتَ وَقِنِيْ شَرَّمَا قَضَيْتَ فَاِنَّكَ تَقْضِىْ وَلاَ يُقْضٰى عَلَيْكَ وَاِ نَّهُ لاَ يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ وَلاَ يَعِزُّ

مَنْ عَادَيْتَ تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ فَلَكَ الْحَمْدُ عَلَى مَا قَضَيْتَ وَاَسْتَغْفِرُكَ وَاَتُوْبُ اِلَيْكَ وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدَنَا مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ اْلاُمِّيِّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

Allah humah dini fiman hadait.

Ya Allah berikanlah aku hidayah sebagaimana mereka yang telah Engkau beri hidayah.

Wa’a fini fiman ‘afait.

Berikan kesihatan kepadaku sebagaimana mereka yang telah Engkau berikan kesihatan.

Watawallani fiman tawalait.

Dan peliharalah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau peliharakan.

Wabarikli fimaa a’tait.

Berilah keberkatan bagiku pada apa-apa yang telah Engkau kurniakan.

Waqinii (birohmatika) syarramaa qadhait.

Dan selamatkan aku (dengan rahmat Allah) dari bahaya yang telah Engkau tentukan.

Fainnaka taqdhi wala yuqdha ‘alaik.

Maka sesungguhnya, Engkaulah yang menghukum dan bukannya yang kena hukum.

Wainnahu layadziluman walait.

Dan sesungguhnya tidak hina orang yang Engkau pimpin.

Walaa ya’izzuman ‘adait.

Dan tidak mulia orang yang Engkau musuhi.

Tabaa rakta rabbana wata’alait.

Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi

Falakalhamdu ‘ala maaqadzait.

Maka bagi Engkaulah segala pujian di atas apa yang Engkau hukumkan.

Wa Nastaghfiruka Wa Natubu Ilaik.

Dan kami memohon ampun dari-Mu dan kami bertaubat kepada-Mu.

Wasallallahu ‘ala Saidina Muhammadinin nabiyil ummiyi waala aalihi wasahbihi wasalam.

Dan semoga Allah mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarganya.

Bagi pengikut Imam Abu Hanifah, Qunut Witir dilakukan dirakaat yang ketiga sebelum ruku’ pada setiap solat sunat Witir. Manakala bagi pengikut Imam Ahmad bin Hambal, Qunut Witir dilakukan setelah ruku’. Menurut pengikut Imam Syafie pula, Qunut Witir dilakukan pada akhir solat witir setelah ruku’ dan dilaksanakan pada separuh kedua bulan Ramadan. Manakala, menurut pengikut Imam Malik, Qunut Witir tidak disunatkan.

Di Malaysia, Qunut witir akan dibaca pada separuh kedua bulan Ramadan. Hal ini kerana kita mengikuti fahaman Mazhab Imam Syafie dan doa qunut witir akan dibaca selepas ruku’ pada rakaat terakhir solat sunat witir.

Doa Qunut Nadzilah

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَنَا وَلِلْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَالْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ

اَللَّهُمَّ الْعَنْ كَفَرَةَ أَهْلَ الْكِتَابِ الَّذِيْنَ يَصُدُّونَ عَنْ سَبِيْلِكَ وَيُكَذِّبُونَ رُسُلَكَ وَيُقَاتِلُونَ أَوْلِيَائَكَ

اَللَّهُمَّ خَالِفْ بَيْنَ كَلِمِهِمْ وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ وَأَنْزِلْ بِهِمْ بَأْسَكَ الَّذِيْ لاَ تَرُدُّهُ عَنِ الْقَوْمِ الْمُجْرِمِيْنَ

Allâhummaghfir lilmuminina wal muminât,

Ya Allah ! Ampunilah kami, kaum mukminin dan mukminat,

wal muslimina wal muslimât,

muslimin dan muslimat

wa allif bayna qulübihim,

Persatukanlah hati mereka

wa aslih dhâta baynihim,

Perbaikilah hubungan di antara mereka

wansurhum alâ aduwwika wa ala aduwwihim

dan menangkanlah mereka atas musuh-Mu dan musuh mereka

Allâhummal an kafarata ahlil kitâbil-ladhina yukadh-dhibüna rusulak, wa yuqâtiluna awliyâ-ak

Ya Allah! Laknatlah orang-orang kafir ahli kitab (yahudi dan nashrani) yang senantiasa menghalangi jalan-Mumendustakan rasul-rasul-Mu, dan memerangi wali-wali-Mu

Allâhumma khâlif bayna kalimati-him,

Ya Allah! Cerai beraikanlah persatuan dan kesatuan mereka

 wazaizil aqdãmahum wa anzil bihim basakal ladhi lâ tarudduhu anil qawmil mujrimin.

Goyahkanlah langkah-langkah mereka, dan turunkanlah atas mereka siksa-Mu yang tidak akan Engkau jauhkan dari kaum yang berbuat jahat

Perkataan nazilah bermaksud suatu keadaan yang kritikal, mencemaskan dan terdesak dari sudut bahasanya. Dari segi istilah, bermaksud  suatu keadaan bencana yang menimpa ke atas umat Islam seperti adanya musuh, ketakutan, musim kemarau, wabak penyakit atau sesuatu mudharat yang jelas menimpa umat Islam.

Hukum melakukan doa qunut nazilah adalah sunat hai’ah iaitu tidak perlu sujud sahwih sekiranya tertinggal untuk dibacakan setelah rukuk pada rakaat terakhir solat.

Majoriti ulama berpendapat bahawa tiada doa khusus tidak ada perlu dibaca di dalam doa Qunut Nazilah. Qunut nazilah akan dibaca mengikut kesesuaian dengan musibah yang berlaku ketika itu.

Semoga bermanfaat untuk anda! Wallahu’alam.

SUMBER:

https://bidadari.my/doa-qunut/

https://www.suara.com/news/2021/02/17/180035/bacaan-doa-qunut-qunut-subuh-qunut-witir-qunut-nazilah-beserta-artinya?page=all

https://muslim.okezone.com/read/2020/03/03/618/2177313/3-jenis-doa-qunut-dan-keistimewaannya

https://www.suara.com/news/2021/02/17/180035/bacaan-doa-qunut-qunut-subuh-qunut-witir-qunut-nazilah-beserta-artinya?page=all

error: Content is protected !!