Doa Selepas Azan? Sudahkah kamu mengerti akan maksudnya serta menghafal bacaannya?
Dalam agama Islam, umat sekalian diseru untuk menunaikan solat lima waktu yang dijadualkan dengan pengumuman rasmi, yang disebut sebagai azan.
Azan juga digunakan untuk menyeru orang-orang yang beriman untuk melakukan ibadah solat Jumaat di masjid. Azan dilaungkan dari masjid oleh muazzin, yang berdiri sama ada di menara menara masjid (jika masjid itu besar) atau di pintu sebelah (jika masjid kecil).
Pada zaman moden ini, suara muazzin biasanya diperkuat oleh pembesar suara yang dipasang di menara masjid. Sebilangan masjid memainkan rakaman azan sebagai ganti muazzin.
Ayuh ketahui adab serta bacaan doa selepas azan.
Bacaan Azan
Berikut adalah bacaan azan dalam tulisan rumi serta maksudnya
Allahu Akbar! Allahu Akbar! (x2)
Allah Maha Besar!
Ashhadu al la ilaha illa Allah. (x2)
Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah
Ashadu anna Muhammadan Rasool Allah. (x2)
Aku bersaksi bahawa Muhammad adalah Pesuruh Allah
Hayya ‘ala-s-Salah. (x2)
Marilah menunaikan solat
Hayya ‘ala-l-Falah. (x2)
Marilah merebut kemenangan
Allahu Akbar! (x2)
Allah Maha Besar!
La ilaha illa Allah.
Tiada Tuhan selain Allah
*Untuk solat sebelum fajar, frasa berikut dimasukkan sebelum pengulangan akhir Allahu Akbar / Allah Maha Besar.
As-salatu Khayrun Minan-nawm. (x2)
Solat itu lebih baik dari tidur
Cara Menjawab Azan
Hukum menjawab azan ketika kita mendengar azan adalah sunat.
Cara menjawabnya adalah dengan mengulangi dengan perlahan lafaz azan yang dilaungkan oleh muazzin kecuali pada bahagian tersebut:
Lafaz: Hayya ‘ala-s-Salah & Hayya ‘ala-l-Falah
Jawapan: La Haula Wala quwwata Illabillah
Maksud jawapan: Tidak ada daya dan tidak ada kekuatan, kecuali dengan pertolongan Allah
Lafaz: As-salatu Khayrun Minan-nawm
Jawapan: Sodaqta wabararta
Maksud jawapan: Benar dan Engkau mendapat kebaikan.
Bacaan Doa Selepas Azan
Lafaz doa selepas azan dalam rumi dan maksudnya:
Allahumma rabba hazihid da’ watittamah. Wassolatil qaimah. Ati saiyidana Muhammadanil wasilata wal fadhilah. Wassyarafa waddarajatal ‘aliatar rafi’ah. Wab’athhul maqamal mahmudal lazi wa’adtah. Innaka laatukhliful mi’ad.
Ya Allah, Tuhan yang telah mensyariatkan seruan azan dan sembahyang yang akan didirikan. Kurniakanlah kedudukan yang tinggi dan terpuji yang Engkau telah janjikan kepada junjungan kami Nabi Muhammad dan kehormatan. Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji.
SUMBER
https://www.learnreligions.com/what-do-the-words-of-the-adhan-mean-in-english-2003812