Now Reading
Doa Untuk Suami Tersayang

Doa Untuk Suami Tersayang

doa untuk suami

Setiap perkahwinan pasti ada pasang surut dan salah faham yang menimbulkan pergolakan antara suami dan isteri. Dengan doa untuk suami, pasti perkahwinan anda akan dilindungi.

Kerana pergaduhan ini, kasih sayang antara suami dan isteri pasti akan berkurang. Oleh itu, untuk meningkatkan kembali rasa cinta antara suami isteri, doa merupakan senjata mustajab lebih lebih lagi doa untuk suami.

Jadi hari ini kami akan berkongsi dengan anda doa untuk suami menurut Islam. Si suami juga boleh membaca doa ini untuk si isteri.

Perkara Yang Anda Boleh Doa Untuk Suami Anda

Pasti anda tertanya tanya, apakah yang patut anda doa untuk suami anda? Oleh itu, di bawah ini merupakan beberapa perkara yang anda boleh minta dan doa untuk suami anda.

1. Doa untuk ketenangan dunia dan akhirat

Doa untuk ketenangan dunia dan akhirat ialah doa yang paling bagus untuk suami anda. Anda berharap suami anda akan diberikan ketenangan bukan sahaja di dunia malah di akhirat.

2. Doa untuk keluarga anda

Apabila anda berdoa untuk keluarga anda, ini bermakna anda berdoa supaya keluarga kecil anda malah keluarga besar anda sentiasa di bawah rahmatNya dan perlindunganNya.

3. Doa keberkatan atas perkahwinan

Anda boleh berdoa supaya perkahwinan anda dan suami sentiasa diberkatiNya. Oleh itu, perkahwinan anda akan sentiasa dilindungi daripada sebarang masalah seperti fitnah manusia.

4. Doa untuk mendapat zuriat

Sekiranya anda tidak mempunyai anak, anda boleh berdoa supaya anda dan suami diberikan peluang untuk mendapatkan zuriat. Anda juga boleh berdoa supaya suami anda bakal menjadi bapa yang baik dan penyayang.

5. Doa menjadi bapa yang baik

Sekiranya anda mempunyai zuriat, anda boleh berdoa supaya suami anda sentiasa membantu anda menguruskan anak anda dan tidak meninggalkan anda dan bayi anda sendrian.

6. Doa untuk imannya

Berdoa supaya imannya sentiasa dijaga dan sentiasa mengingatiMu walau di mana dia berada. Lindungi dia dari sebarang fitnah Dajjal.

7. Doa untuk rezeki dalam hidup suami anda

Anda boleh berdoa supaya suami anda sentiasa dimurahkan rezeki dan rezekinya melimpah ruah. Doakan juga apabila beliau dimurahkan rezeki, beliau tidak akan kedekut dengan orang sekeliling.

8. Doa untuk kerjanya

Anda boleh doakan suami anda sentiasa dipermudahkan segala urusan di tempat kerja. Doakan beliau tidak terganggu ketika bekerja.

9. Doa untuk mengelakkan godaan

Doakan suami anda tidak digoda oleh perempuan lain ketika dia berada di luar rumah. Doakan beliau sentiasa menyayangi dan mengingati anda.

10. Doa untuk kesihatan

Doakan suami anda dilindungi daripada sebarang penyakit yang berbahaya. Doakan juga beliau tidak diganggu oleh godaan syaitan dan jin.

Contoh Doa Yang Boleh Diamalkan

Di bawah ini adalah contoh beberapa doa untuk suami yang sesuai dibacakan oleh si isteri pada bila bila masa sahaja.

  • Ya Allah, izinkan perkahwinan kami menjadi jalan untuk kami dan keluarga memasuki Jannah.
  • Ya Allah, lindungi perkahwinan kami dari bisikan Shaytaan.
  • Allah, berkatilah kami dengan iman dan cinta di dunia dan akhirat.
  • Allah, satukan kami dan keluarga kami dengan kasih dan iman dengan rahmatMu.
  • Ya Allah, biarkan perkahwinan kita menjadi teladan yang indah bagi orang lain.
  • Allah, berkatilah kami dengan kekuatan untuk saling memaafkan kekurangan masing-masing.
  • Allah, berikan kami kekuatan untuk hidup bersama dalam keadilan, keadilan, cinta dan rahmat.
  • Ya Allah, izinkan perkahwinan kita membawa berkat yang tak terhitung bagi kita secara individu, keluarga dan anak-anak kita.
  • Allah, berkatilah kami dengan anak-anak yang akan menjadi sumber kegembiraan dan kebahagiaan.
  • Ya Allah, berikan kami kasih sayang yang telah Engkau berikan kepada Muhammad (Sallalahu Alaihi Wassallam) dengan Khadija (R.A)
  • Ya Allah, murahkan rezeki suamiku. Jika rezeki masih di langit, turunkanlah. Jika di bumi, keluarkanlah. Jika sukar, permudahkanlah. Jika haram, sucikanlah. Jika jauh, dekatkanlah.
  • Ya Allah, berkatilah rezeki suamiku di dunia serta di akhirat.
  • Ya Allah, berikanlah suamiku pahala dan balasan yang baik di atas kasih sayang yang suamiku limpahkan kepadaku.
  • Ya Allah, jauhilah suamiku dan aku daripada sebarang fitnah manusia dan fitnah Dajjal. Lindungilah kami di dunia dan d akhirat.
  • Wahai Tuhan kami, berikan lah suamiku dan aku kebahagian dan kebaikan di dunia malah di akhirat.
  • Ya Allah, lindungilah kami dari azab api nerakamu
  • Ya Allah, berikanlah suamiku dan aku mati dalam Khusnul Khotimat mu. Jauhkan lah kami daripada mati yang keji.
  • Ya Allah, janganlah engkau memesongkat hati kami sesudah engkau memberi petunjuk kepada kami. Bantu lah kami supaya sentiasa berada di jalan mu yang benar.

Aameen Ya Rabb

Doa adalah senjata orang Mukmin. Yakinlah, bahawa Allah akan membalas doa anda tidak kira cepat atau lambat kerana Allah Maha Mengetahui.

Apa yang penting, kita sebagai hamba tidak patut berhenti berdoa kepadanya kerana Allah amat suka umatnya yang meminta kepadanya.

Si isteri juga hendaklah sentiasa doa untuk suami untuk keberkatan bukan sahaja di dunia malah di akhirat kelak.

Sumber

https://quranicdua.com/love-between-husband-and-wife-dua/

https://piouscouple.com/a-beautiful-dua-for-our-marriage/

https://aneverlastinglove.com/prayers-for-husband/

https://www.pesonapengantin.my/7-sebab-anda-perlu-memilih-isteri-yang-terbaik-menurut-islam/

error: Content is protected !!