Sesetengah orang mempunyai lipatan kelopak mata yang kelihatan, iaitu dikenali sebagai double eyelid atau kelopak mata berganda. Namun, ada yang dilahirkan tanpa lipatan kelopak mata. Ini pula dipanggil sebagai penutup mata tunggal atau monolid. Tapi, ia bukanlah tanda masalah perubatan.
Kadangkala, ada individu yang melakukan pembedahan untuk mendapatkan ‘double eyelid’ kerana ia kelihatan lebih menarik jika dibandingkan dengan ‘single eyelid’. Sekarang, jom lihat beberapa faktor yang membuatkan individu mengambil keputusan sebegitu.
Beberapa sebab anda mungkin inginkan pembedahan double eyelid:
- Kelopak mata anda mengganggu penglihatan anda.
- Anda mempunyai satu kelopak mata tunggal, dan anda mahu menambah kelopak mata anda menjadi double eyelid.
- Lipatan kekal dapat membantu menjadikan mata anda kelihatan lebih besar.
- Lebih mudah untuk memakai gaya solekan tertentu.
Bagi yang ingin mendapatkan double eyelid, mereka perlu menjalani pembedahan blepharoplasty. Ini adalah pembedahan estetik yang sering dijalankan diĀ Asia Timur.
Pembedahan Blepharoplasty
Pembedahan kelopak mata seharusnya dilakukan oleh pakar bedah plastik yang berkelayakan dan berpengalaman dalam jenis-jenis prosedur ini.
Berikut adalah beberapa perkara yang perlu dibincangkan semasa rundingan pembedahan anda:
- Apa yang anda harapkan sebaik sahaja pembedahan selesai dibuat.
- Sebarang masalah yang anda mungkin hadapi pada mata atau bahagian di sekitar mata anda.
- Sejarah perubatan anda, termasuklah masalah perubatan sedia ada, ubat yang dipreskripkan dan sebarang alahan yang dialami.
- Sama ada teknik incisional atau non incisional adalah pilihan yang terbaik.
- Spesifikasi prosedur, termasuklah jenis anestesia yang akan digunakan.
- Apa yang anda perlu tahu mengenai risiko pembedahan dan tempoh pemulihan.
Kedua-dua teknik incisional dan non-incisional boleh dilakukan pada pesakit luar. Anda akan disuntik dengan sejenis ubat anestesia dan mata anda boleh menjadi sensitif. Justeru itu, anda tidak digalakkan untuk memandu pulang bersendirian selepas selesai proses pembedahan.
Jadi, pastikan anda membuat perancangan dahulu mengenai pengangkutan pulang anda.
– Prosedur Incisional
Ini adalah langkah asas untuk melakukan pembedahan double eyelid menggunakan kaedah incisional:
- Garisan double eyelid yang dicadangkan akan diukur dengan teliti dan ditandakan dengan pen.
- Ubat penenang IV atau anestesia am akan diberikan, bersama dengan anestetik setempat.
- Beberapa hirisan kecil akan dilakukan di sepanjang garisan double eyelid.
- Kulit yang ditanda akan dikeluarkan.
- Tisu otot dan lemak orbicularis oculi akan dikeluarkan di antara hirisan.
- Hirisan akan ditutup dengan gam kulit atau jahitan (yang perlu dikeluarkan empat atau lima hari selepas pembedahan).
Teknik incisional mungkin merupakan pilihan yang baik jika anda mempunyai kulit yang tebal, memerlukan kulit tambahan dan lemak yang perlu dibuang, atau inginkan hasil yang kekal.
Tiada istilah berpatah balik apabila prosedur ini telah dilakukan. Beberapa risiko yang berpotensi berlaku adalah:
- reaksi alahan terhadap anestesia
- jangkitan
- perubahan sementara atau kekal pada penglihatan
- parut yang kelihatan
– Prosedur Non Incisional
Double eyelid juga boleh dilakukan tanpa hirisan. Prosedur ini dipanggil teknik non incisional. Ia juga dilakukan bersama anestesia am atau dengan ubat penenang IV dan anestetik setempat.
Seperti teknik pembelahan, kelopak mata akan diukur dan ditandakan dengan teliti. Kemudian, hirisan kecil dibuat di sepanjang garisan kulit.
Jahitan pula dilakukan dengan mencucuk kulit dan diketatkan sehingga membentuk lipatan yang diinginkan. Jahitan ini akan tetap berada di bawah kulit, dan tidak kelihatan. Seterusnya, anda juga tidak perlu kembali ke hospital atau klinik untuk membuang jahitan tersebut.
Anda akan mengalami kurang masalah parut daripada prosedur non incisional, dan ini boleh dibalikkan.
Teknik non incisional mungkin merupakan pilihan yang baik jika anda tidak memerlukan kulit dan lemak tambahan. Beberapa risiko yang berpotensi adalah:
- Garisan tidak simetri atau lipatan berganda menjadi longgar.
- Keradangan pada jahitan.
- Jangkitan.
- Tanda hirisan yang kelihatan apabila mata anda tertutup.
- Sista yang terbentuk daripada jahitan.
Cara mendapatkan double eyelid tanpa pembedahan
Sekiranya anda tidak mahu melakukan pembedahan double eyelid yang terlalu ekstrem, ada cara yang boleh anda lakukan untuk mendapatkan hasil yang sama seperti:
– Menggunakan ‘tape eyelid’ atau gam
Tape eyelid adalah jalur nipis dan lut sinar yang anda letakkan di kelopak mata anda untuk membuat lipatan sementara. Manakala, gam diggunakan dengan kaedah yang sama untuk membuat lipatan.
Produk ini membantu menjadikan mata anda kelihatan “terjaga” dan segar. Satu-satunya perbezaannya adalah gam kelopak mata kelihatan lebih semula jadi berbanding dengan tape eyelid.
– Blepharoplasty Plexr
Plexr adalah prosedur bukan pembedahan yang mengangkat kelopak mata anda dan menghasilkan lipatan dengan menegangkan kulit di sekitar kawasan kelopak mata anda.
Tempoh pemulihan untuk prosedur ini adalah pendek dan hasilnya bertahan sehingga 3 tahun.
Sumber:
- https://www.healthline.com/health/double-eyelid#surgical-options
- https://www.doctorxdentist.com/ultimate-guide-to-natural-looking-double-eyelids-singapore
- https://www.webmd.com/eye-health/eyelid-problems-injuries#1
- https://www.mayoclinichealthsystem.org/locations/eau-claire/services-and-treatments/plastic-and-reconstructive-surgery/surgical-facial-services/eyelid-surgery