Now Reading
Dove Exfoliating Body Polish, Anti Kulit Kasar

Dove Exfoliating Body Polish, Anti Kulit Kasar

dove exfoliating body polish

Keserian kulit badan anda boleh tersorok sebab sel kulit mati, tetapi dengan Dove Exfoliating Body Polish, anda boleh kembalikannya semula.

Skrub penggilap badan amat berkesan dalam membuang sel-sel kulit mati, mendedahkan kulit yang cantik dan lembut serta memberi keserian yang anda idamkan. Formulasi ini menyihatkan kulit anda hasil dari 1/4 krim melembap dan pencuci organik.

Body Exfoliator ini berkrim dengan tekstur diputar untuk menambah sentuhan keseronokan di dalam rutin dengan,dengan 5 aroma berlainan yang anda boleh pilih. Penggilap badan ini melembut malah menghaluskan kulit dengan segera dan untuk jangka masa yang lama.

DOVE BODY POLISH TERBAIK UNTUK?

dove exfoliating body polish

Membuang sel kulit mati

Jikalau anda tidak pernah menggunakan penggilap badan sebelum ini, pasti anda tertanya-tanya akan kegunaannya. Penggilap badan (atau body exfoliator) berkesan untuk membuang sel kulit mati, mendedahkan kulit yang lembut – ideal untuk mencapai kulit badan yang bersinar.

Menyihatkan kulit

Segala apa yang anda letak pada kulit badan, menurut kami, perlulah ada sifat menyihatkan. Oleh kerana body exfoliator ini mengandungi 1/4 krim melembap, ia memulihkan nutrisi semulajadi kulit. Di dalam setiap mandian, kulit anda akan terasa segar dan dijaga dengan baik.

Bauan yang menarik

Setiap skrub badan meninggalkan bauan yang menarik di dalam bilik mandi anda, menjadikan setiap mandian tampak mewah.

APA YANG MENARIK TENTANGNYA?

Dove menyatakan Body Exfoliator mereka selamat untuk semua jenis kulit dan patit digunakan 3 ke 4 kali seminggu semasa mandi atau sebelum menggunakan sabun mandi.Tekstur semasa cedokan pertama bakal memberi anda kejutan.

Ia sangat berkrim, mungkin produk paling berkrim anda pernah cuba. Produknya sendiri sangat halus, dengan hanya sedikit bijian kasar untuk exfoliate badan. Cukup kasar untuk lakukan kerjanya tapi tidak terlalu kasar sampai rasa macam gosok kertas pasir.

Body Exfoliator ringan dan lembut, ia akan membuatkan perubahan ketara pada kulit anda. Bila anda gunakannya pada badan, anda pasti terkejut betapa lembutnya kulit! Ia akan perkenalkan anda satu peringkat kelembutan yang lain.

Badan anda akan selembut kulit bayi dan produk selepasnya akan menyerap ke dalam badan dengan lebih baik. Yang menariknya lagi body exfoliator ini tidak akan menyebabkan jerawat. Ia akan mengurangkan penampakan jerawat dan mengecutkannya!

5 BAUAN DOVE EXFOLIATING BODY POLISH & MANFAATNYA

dove exfoliating body polish

Biji Pomegranate & Shea Butter

Shea butter bebas dari peransang kimia yang menyebabkan kulit kering dan tidak akan menyumbatkan liang pori. Bauan yang ini sesuai untuk semua jenis kulit. Linoleic acid dan oleic acid adalah komponen yang terdapat di dalam shea butter.

Kedua-dua asid ini saling mengimbangi antara satu sama lain. Bermaksud shea butter meresap dengan pantas tanpa meninggalkan rasa berminyak selepas penggunaan.

Makadamia Hancur & Beras Susu

Beras susu ialah bahan yang baik untuk kulit. Ianya digunakan secara tradisional untuk merawat masalah kulit. Asid para-aminobenzoic yang terdapat di dalam beras susu ialah salah satu daripada komponen pelindung cahaya UV. Bila kulit anda terbakar akibat cahaya matahari, susu beras lah yang akan memulihkannya.

Badam Hancur & Mango Butter

Mango butter ialah bahan tidak berminyak, ringan dan tidak berkomedogenik (juga tidak akan menyumbat liang-liang pori).

Ia juga antimicrobial, di mana ia akan membantu masalah jerawat. Bukan saja memulihkan kulit jenis berjerawat malah bantu mengurangkan jerawat dengan memberi amaran kepada kulit untuk mengeluarkan sedikit sahaja sebum.

Mungkin sukar untuk merawat masalah kulit terlalu kering, gatal dan meradang. Body exfoliator jenis ini akan bantu anda rasa lebih baik. Ianya melembapkan, anti radang, melindungi, menenangkan dan menyembuhkan kulit sekaligus.

Kulit badan anda akan menunjukkan perubahan dengan penggunaan yang kerap. Kulit rasa tenang, kurang merah-merah dan juga gatal

Colloidal Oatmeal & Minyak Kalendula

Bahan memulihkan kalendula bantu menganjalkan permukaan kulit dalam jangka masa pendek, memberi anda kulit yang lebih padat dan lembut dengan segera. Kedua-dua sifat anti radang dan antioksida bantu melindungi bekalan kolagen dalam jangka masa panjang.

Gula Perang & Coconut Butter

Gula perang pula menawarkan sinaran kulit yang cantik dengan membuang sel kulit mati sambil melembapkan kulit. Ia juga merawat dan mengelak masalah kulit terbakar.

Dengan menggunakan bauan jenis ini, kulit lebih cerah dan parut beransur hilang. Gula perang mengandungi glycolic acid, komponen yang berfungsi untuk mencerahkan kulit. Ia juga mengawal pengeluaran melanin pada badan seseorang.

Fakta menarik mengenai gula perang, ianya lembut berbanding gula putih. Jadi bauan jenis ini tidak akan menyebabkan iritasi kalau nak guna sebagai body exfoliator. Ia membuang segala daki dan sel kulit mati secara lembut tetapi berkesan

Saya tidak dapat fikirkan produk skrub badan yang lebih baik untuk digunakan ketika mandi. Cara yang berpatutan dengan harga untuk dapatkan kulit lembut dan berbau wangi. Gunakan Body Exfoliator ini selepas badan sudah lembap terkena air mandian anda.

Diikut dengan sabun mandi dan losyen badan selepas anda habis mandi. Produk penjagaan badan lain dijamin meresap dengan pantas dengan adanya body exfoliator ini. Cedok saja dengan tangan dan urut rata ke seluruh badan.

Dove Exfoliating Body Polish mempunyai 5 jenis bauan yang berbeza, mana satukah yang sesuai untuk anda? Tentukan cepat dan pergi beli sebelum terdapat. Tak jumpa dekat kedai, klik sahaja butang di atas, senang dah sekarang nak beli dalam talian. Jimat masa dan tenaga.

Sources:

https://www.dove.com/us/en/washing-and-bathing/body-polish/pomegranate-seeds-shea-butter-moderate-exfoliating-body-polish.html

https://www.byrdie.com/dove-exfoliating-body-polish-review-5180078

https://www.healthline.com/health/beauty-skin-care/what-is-shea-butter#antioxidant

https://tinyqualityhome.com/health-benefits/health-benefits-of-rice-milk/

https://www.florasangels.com/blog/2020-mango-butter

https://www.ipsy.com/blog/calendula-benefits-for-skin

https://www.medindia.net/beauty/top-5-benefits-of-using-brown-sugar-for-glowing-skin.asp

error: Content is protected !!