Now Reading
Dove Hyaluron Serum Conditioner, Kelembapan 48-jam

Dove Hyaluron Serum Conditioner, Kelembapan 48-jam

dove hyaluron serum conditioner

Dengan kuasa HYALURON, ramuan penjagaan kulit yang maju terkandung di dalam Dove Hyaluron Serum Conditioner. Ini pastinya menjadi kegemaran ramai.

Perapi serum dengan Hyaluron + Ceramid Complex ini menyihatkan rambut rosak dari dalam, perbaiki dan mengunci kelembapan untuk memberi hidrasi kepada rambut tanpa rasa licin dan berminyak.

Pengenalan Dove Hyaluron Serum Conditioner

Okay anda kena dengar ini: Rambut anda perlukan hidrasi tidak kira di mana anda berada, samada selamat berkurung di rumah ataupun keluar berjalan-jalan. Lagipun, tiada siapa mahukan rambut yang kering dan tidak bermaya!

Tapi, yang lagi penting, rambut anda perlukan air untuk kekal sihat dan kuat. Walau bagaimanapun, cara biasa anda menjaga rambut mungkin takde kesan dah. Kekuatan dari hyaluronic acid lah yang anda perlukan saat ini.

Anda tahu tak Hyaluron atau HA, mampu untuk menampung 1000 kali gandu isipadunya sendiri di dalam air? Sebab itulah ianya bahan yang digemari di dalam penjagaan kulit kerana ia mengunci air dan kolagen serta menampung lembapan, jadikan kulit anda anjal dan sentiasa lembap.

Sebab itu jugalah HA sangat bagus untuk rambut. Hyaluron bukan sahaja melembapkan rambut malah ia mengekalkan kelembapan tersebut dengan menyimpan sedikit air ke dalam batang rambut. Apa hasilnya? Rambut yang lembap, lembut, sihat dan halus bak sutera.

dove hyaluron serum conditioner

KEBAIKAN DOVE HYALURON SERUM CONDITIONER

Perapi rambut Dove guna pelindung yang pantulkan semula kutikel, membolehkan rambut terus tumbuh dan tidak mudah rosak. Kutikel atau lapisa luar rambut rosak akibat persekitaran dan akhirnya rosak, perapi Dove membaiki kerosakan dan melapisi rambut untuk bantu kutikel.

Hyaluronic acid bantu dalam pertumbuhan rambut yang sihat. Ia diarah untuk berfungsi seperti baja, menyihatkan rambut dan kulit kepala serta menggalakkan pertumbuhan semula sel. Berdasarkan anekdot, HA juga mendorong pertumbuhan dan ketebalan rambut.

Helaian rambut juga semakin tebal hasil dari gabungan hyaluronic acid, kolagen dan chitosan. Hasilnya, ia mungkin bantu anda dalam menambah isipadu rambut.

Hyaluonic acid bertindak sebagai perapi, membuatkan rambut tampak halus dan terasa lembut bila dipegang. Humectant ini tarik kelembapak ke helaian rambut, melicinkan kutikel dan jadikannya lebih kuat serta tidak mudah putus.

Ia juga memberi kilauan kepada rambut sambil pertingkatkan keanjalan sebab kutikel tertutup memantaulkan cahaya secara meluas! Jadi, HA dapat bantu pertumbuhan rambut yang lebih panjang, tebal dan berkilau.

BAGAIMANA PERAPI RAWAT SETIAP MASALAH RAMBUT?

dove hyaluron serum conditioner

Rambut kusut: Sangat berkesan apabila digunakan pada rambut lembap untuk mengawal rambut kusut. Letakkan produk dengan rata dari pertengahan rambut sehingga hujung.

Memberi rambut anda kekuatan: Pakailah Dove untuk kuatkan rambut anda. Kerana Hyaluron di dalamnya amat melembapkan untuk rambut, perapi rambut ini akan meningkatkan rawatan perapi rambut anda.

Membuat rambut kerinting kekal segar: Perapi ini sangat bagus untuk rambut kerinting yang tidak dibasuh selama 2 hari. Rambut anda akan kembali lembap dan kuat dengannya. Senang je cara pakai, oleskan pada rambut kerinting, bukan kulit kepala tahu!

KEKERAPAN PENGGUNAAN

Perapi rambut ini melembutkan dan menguraikan rambut dari kekusutan, ia membantu cegah kerosakan dan rosak di hujung rambut. Sebab inilah seorang penata rambut terkenal sangat mengesyorkan untuk menggunakan perapi setiap kali selepas syampu untuk kembalikan kelembapan.

Bukan itu sahaja, penggunaan perapi Dove juga dapat melembutkan dan mengurai kembali rambut anda. Anda sepatutnya menggunakan perapi ini setiap kali cuci rambut. Bila nak sikat dan gayakan rambut pun jadi mudah. Rambut susah ya nak sikat bila anda berhenti gunakan perapi ini.

Masa proses gayakan rambut, pasti akan ada rambut tercacak dan kusut, bercabang dan putus pun pasti ada. Rambut anda akan nampak tidak bermaya. Jadinya, anda memang wajib ada perapi ini di dalam bilik mandi sebagai penyelamat.

Pembungkusan perapi rambut yang jernih untuk kemudahan penggunaan semasa mandi, sama seperti kebanyak produk Dove yang lain. Pilihan anda sangat banyak dan bergantung kepada keperluan masalah rambut. Sama macam pilih produk penjagaan kulit.

Picit satu setengah produk ke telapak tangan dan lurutkan ke pertengahan rambut sehingga hujung. Biarkan selama seminit sebelum anda bilas secara menyeluruh dengan air.

Setakat ini, banyak benda bagus saja kita dengan mengenai Dove Hyaluron Serum Conditioner, jadi biarkan ia buat silap mata pada rambut anda dan pergilah beli satu. Anda layak dapatkan rambut yang cantik dan sihat seperti orang lain. Pergi beli sekarang!

Sumber:

https://www.clozette.co/article/dove-hyaluron-serum-hair-hydration-6994

https://www.stylecraze.com/articles/hyaluronic-acid-for-hair

https://www.allure.com/story/what-does-a-conditioner-do-why-should-you-use-it

error: Content is protected !!