Now Reading
Dove Hyaluron Serum Shampoo, Keajaiban Buat Rambut

Dove Hyaluron Serum Shampoo, Keajaiban Buat Rambut

dove hyaluron serum shampoo

Dove Hyaluron Serum Shampoo dengan HYALURON + Hydro complex yang jernih ini akan membersih dan menyucikan rambut juga kulit kepala di samping memberi kelembapan dan mengimbangi rambut anda.

Apa itu Hyaluron Acid?

dove

Bagus ke Hyaluron atau nama panjangnya, Hyaluronic Acid ni untuk rambut? Kita selalu dengar Hyaluronic Acid memberi perhatian utamanya di dalam produk penjagaan kulit muka, tapi sekarang tidak lagi.

Dove memperkenalkan kebaikan serum Hyaluron, pertama sekali di dalam rangkaian produk penjagaan rambut. Anda wajib ada syampu serum ni di dalam bilik mandi. Dove mengeluarkan syampu serum yang diformulai khusus dengan teknologi serum Hyaluron unik.

Hyaluron yang sudah semestinya datang dari Hyaluronic Acid. Produk yang sangat ideal dalam menjaga rambut dan kulit kepala secara menyeluruh.

Kebaikan Dove Hyaluron Serum Shampoo

dove hyaluron serum shampoo

Buat anda yang cintakan produk penjagaan kulit, pastinya menyukai produk yang melembapkan kulit, jadi Hyaluronic Acid (HA) tidak asing lagi di dalam senarai bahan produk yang anda ada. Tapi kan, pernah tak anda dengar HA ada di dalam produk penjagaan rambut?

Macam kita borak tadi, HA wujud secara semulajadi di dalam badan setiap manusia. Tapi lama-kelamaan, jumlah HA akan menurun di atas banyak faktor, salah satunya tanda penuaan. HA bukan saja bagus untuk kulit muka malah bahagian badan lain dengan fungsi yang berbeza.

Sebagai contoh, HA bantu mengeluarkan kolagen dan mampu untuk mengekalkan keanjalan otot dan sendi-sendi. Fakta menarik lain, HA boleh tamping kelembapan air 1000 kali ganda lebih dari beratnya iaitu 1 gram yang bersamaan dengan 6 liter air. Hebat betul ya.

Patutlah ramai orang gilakan produk yang ada HA ini, sebab ia sangat hebat. Okay lah, apa kata kita bongkar kebaikan lain syampu serum ini:

  • Melembapkan rambut: Sifat humectant-binding HA berfungsi sama seperti apa yang mereka lakukan di kulit pasa fiber rambut, membolehkan fiber rambut untuk kunci dan kekalkan kelembapan selepas menggunakan syampu.
  • Mengurangkan rambut kusut: HA bantu mencegah kelembapan berlebihan dari masuk ke dalam kulit kepala dan menyebabkan rambut kusut. Tekstur rambut rosak dan berminyak.
  • Melebatkan rambut: Rambut yang rosak dan kering boleh mendapat manfaat dari HA. Kesan pemadatan ini mungkin digunakan untuk kembalikan isipadu ke akar, tapi ia perlu bahan-bahan lain juga untuk betul-betul baiki kerosakan rambut anda.
  • Membapkan kulit kepala: HA juga bermnafaat untuk kulit rambut, bukan helaian rambut saja. Kolagen tumbuh subur di kulit dan kepala bila molekul humectant menarik dan kunci kelembapan pada kulit kepala.

JENIS RAMBUT YANG SESUAI

dove hyaluron serum shampoo

Mana-mana produk yang mengandungi HA sangat sesuai untuk digunakan oleh semua jenis dan tekstur rambut. Kapasti komponen untuk mengunci kelembapan bantu kekalkan keseimbangan lipid, humectant dan protin yang betul.

Ini penting untuk kekuatan dan keanjalan dalam semua jenis dan tekstur rambut. Anda yang mempunyai masalah rambut rapuh, rosak, kering dan juga kusut akan sukakan syampu serum ini.

Rambut yang berwarna dan diproses dengan bahan kimia juga boleh dijaga dengan baik jika menggunakan syampu Hyaluron ini. Lagi rosak rambut, lagi bagus. Senang produk ni nak pulihkan rambut anda.

Tambahan lagi, batang rambut berliang, dan HA dapat bantu mengisi setiap pori di kulit kepala dan lembapkan rambut dari akar. Selain itu, Bahan ini sangat baik ia tidak akan kacau rambut kerinting atau tinggalkan sisa berminyak pada rambut.

CARA GUNA DOVE HYALURON SERUM SHAMPOO

  • Gunakan sebagai rawatan pra syampu: Picitkan sedikit syampu serum Dove di telapak tangan dan urut di seluruh kulit kepala sebelum membasuh, urutkan secara membulat dengan jari anda, beri perhatian pada bahagian kulit kepala yang rosak.
  • Guna ketika rambut basah atau lembap untuk kesan lebih baik: Masa helaian rambut anda masih lembap, gunakan
  • Dove selepas mandi. Air sangat penting masa guna produk ini kerana masa ini lah rambut senang menerima rawatan dari produk. Hyaluron di dalam syampu serum ini akan percepatkan kesan kerana ia menyerap air.
  • Campurkan dengan minyak: HA boleh bantu tebalkan rambut, cara terbaik adalah gabungka Dove dengan bahan-bahan lain yang terbukti boleh rawat rambut rosak. Minyak jojoba dan argan bagus untuk rambut kering, kolagen dan protin macam keratin pula bagi untuk kuatkan rambut.

Rambut anda akan jadi lebih lembut, halus dan senang untuk diurus selepas menggunakan syampu serum ini. Kulit kepala pun rasa segar dan lembap saja sepanjang hari, takde rasa gatal dah. Rasa nak garu kepala tanpa sedar pun hilang dah. Seronoknya!

Kelemumur berkeping juga bukan lagi masalah anda, dan yang paling seronoknya ialah bila anda sikat rambut lepas mandi, rambut gugur pun dah berkurangan. Nampak lagi cantik dan tebal. Bila digayakan pun ia nampak lebat dan sihat.

Berbaloi atau tak beli Dove Hyaluron Serum Shampoo ini sebenarnya? Pada saya, mestilah berbaloi dan sangat dicadangkan untuk anda yang ada maslaah kulit kepala atau rambut.

Poin tambahan, syampu serum ini didatangkan dengan pemicit dan pembungkusan yang jernih, senang betul nak guna masa mandi. Bila dah habis pun tak kelam kabut dah, boleh terus buka syampu baru. Produk yang sangat bagus untuk mahkota kekal kita!

Sources:

https://www.byrdie.com/hyaluronic-acid-benefits-for-hair-5101129

https://cleffairy.com/fixing-damaged-hair-with-dove-hyaluron-serum-shampoo/

error: Content is protected !!