Drypers Baby Talcum merupakan bedak produk lain keluaran Drypers selain daripada lamping pakai buang dan bahan mandian bayi. Bedak keluaran Drypers ini mengandungi ekstrak Isirung Oat dan Provitamin B5, khasiat ini berguna dalam membantu untuk menenang dan membelai kulit anak anda agar nyaman dan selesa, maka bayi anda akan berasa segar dan berbau wangi.
Kesan pemakaian secara berterusan berupaya menjadikan kulit bahagian sensitif bayi akan kekal kering tanpa menimbulkan kerengsaan pada celah-celah lipatan isi serta dapat mencegah ruam terutama ketika cuaca panas. Bedak ini amat sesuai di sapu ketika bayi anda telah selesai mandi. Kenapa selepas mandi? Sebab anak anda sangat mudah berpeluh pada musim panas. Dengan menyapu bedak ini, bayi anda akan sentiasa selesa, segar dan kering. Jadi anak anda dapat tidur dengan lebih lama tanpa rasa rimas dan melekit, anda pula boleh lah siapkan kerja rumah yang lain.
Bedak ini juga sangat berguna ketika anda dalam perjalanan yang jauh. Jika anda belum pernah mencuba, mungki anda perlu cuba. Tekstur bedak yang halus menyebabkan ianya mudah utuk diratakan dan disapu. Boleh didapati dalam saiz pek 300g & 500g.
Bahan-bahan dalam bedak baby drypers:
1. Ekstrak isirung oat semulajadi
Ekstrak kernel oat sememang telah banyak digunakan dalam setiap produk mandian dan penjagaan bayi Drypers. Drypers sangat gemar menggunakan ekstrak ini kerana ianya terbukti sebagai agen yang menenangkan kulit dan terkenal sejak lama lagi. Kernel oat juga boleh membantu untuk mengekalkan kelembapan dan mengurangkan ketidakselesaan pada kulit.
2. Provitamin B5
Provitamin B5 juga abtara bahan yang tidak asing dalam produk Drypers yang bertindak sebagai pelembap, membantu untuk mengekalkan hidrat kulit, licin dan sihat. Vitamin B5 secara alaminya berfungsi sebagai agen untuk mengikat air atau kelembapan dari udara ke dalam kulit.
3. Baby Friendly Fragrance
Produk penjagaan bayi Drypers adalah sesuai untuk bayi kerana ia dibuat daripada bahan-bahan wangian Baby Friendly Fragrance yang diluluskan oleh Persatuan Fragrance Antarabangsa (IFRA)
Cara penggunaan:
Taburkan di tapak tangan dan sapukan pada kulit bayi. Pastikan anda taburkan jauh dari persekitaran hidung anak anda. Bedak ini juga sesuai untuk bayi yang baru lahir.
Kesimpulannya, Drypers Baby Talcum sangat disyorkan kepada bayi kerana ianya sesuai untuk kulit bayi yang sensitif dan kering. Selain itu, tahukah anda Drypers memberikan anda mata ganjaran melalui Drypers Baby Club. Anda hanya perlu kumpul point dan dapat menukarnya dengan produk Drypers.