Now Reading
Duodenitis – Simptom, Punca, Faktor Risiko, Diagnosis, Rawatan

Duodenitis – Simptom, Punca, Faktor Risiko, Diagnosis, Rawatan

duodenitis

Duodenitis adalah keradangan pada duodenum. Keadaan ini selalunya boleh dirawat dan tidak menyebabkan komplikasi yang berpanjangan.

Simptom Duodenitis

Simptom biasa termasuklah:

  • Loya
  • Muntah
  • Perut terasa panas atau kejang
  • Sakit perut sehingga ke bahagian belakang
  • Ketidakhadaman
  • Mudah rasa kenyang sebaik sahaja anda mula makan

Punca Duodenitis

Punca duodenitis yang sering berlaku adalah disebabkan bakteria yang dipanggil Helicobacter pylori. Sebilangan besar bakteria yang menyerang perut atau usus kecil anda boleh menyebabkan keradangan. Punca umum gastritis dan duodenitis yang lain termasuklah penggunaan jangka panjang ubat-ubatan tertentu, seperti aspirin, ibuprofen atau naproxen, ataupun pengambilan terlalu banyak alkohol.

Punca yang kurang biasa pula termasuklah:

  • Penyakit Crohn
  • Keadaan autoimun yang mengakibatkan atrophic gastritis
  • Penyakit celiac
  • Refluks hempedu
  • Gabungan jangkitan virus tertentu seperti herpes simplex dengan sistem imun yang lemah
  • Kecederaan trauma pada perut atau usus kecil anda
  • Pernah menggunakan mesin pernafasan
  • Tekanan yang teruk disebabkan pembedahan besar, trauma atau hentakan badan yang serius
  • Tertelan bahan atau racun ‘caustic’
  • Menghisap rokok
  • Melakukan terapi radiasi
  • Melakukan kemoterapi

Faktor Risiko Duodenitis

Sesetengah faktor boleh meningkatkan risiko individu menghadap duodenitis. Namun begitu, tidak semua orang mempunyai faktor risiko yang sama. Faktor risiko untuk duodenitis termasuklah:

  • Ketagihan arak yang melampau
  • Penyakit Crohn (penyakit keradangan usus yang boleh menyerang bahagian usus)
  • Jangkitan H pylori
  • Mempunyai sejarah terapi radiasi
  • Penggunaan ubat anti-radang bukan steroid (NSAID) yang berpanjangan, seperti ibuprofen (Advil, Motrin), naproxen (Aleve), atau aspirin
  • Mempunyai tekanan atau penyakit yang serius
  • Penggunaan tembakau

Diagnosis Duodenitis

Keadaan ini mungkin didiagnosis dengan pelbagai kaedah tetapi kaedah yang paling tepat dan berguna adalah OGD (Oesophago-Gastro-Duodenoscopy).

Endoskopi yang fleksibel dimasukkan melalui mulut ke dalam perut dan duodenum anda. Keradangan boleh didiagnosis dan melalyi proses biopsi. Sampel kemudian diambil untuk memeriksa kehadiran Helicobacter Pylori.

Rawatan Duodenitis

Keadaan ini biasanya akan sembuh dengan terapi pemampatan asid selama enam minggu menggunakan ubat perencat pam proton (Omeprazole, Esmoprazole dll) dan pembasmian Helicobacter Pylori (jika ada) iaitu dengan gabungan dua antibiotik selama seminggu.

Sumber:

https://www.healthline.com/health/gastritis-duodenitis#treatments

https://sussexsurgical.co.uk/information.php?t=Duodenitis&s=Upper-Gastrointestinal-Surgery&id=101


 

error: Content is protected !!