Now Reading
Duphaston (Kehamilan berisiko) – Kegunaan, Kesan Sampingan, Interaksi

Duphaston (Kehamilan berisiko) – Kegunaan, Kesan Sampingan, Interaksi

duphaston

Pengenalan

Duphaston digunakan untuk mencegah atau merawat penyakit seperti hiperplasia endometrium, amenorrhoea sekunder dan sebagai terapi penggantian hormon. Kenaikan berat badan dan kesakitan payudara adalah di antara kesan sampingan yang biasa berlaku apabila anda mengambil dos Duphaston yang tinggi. Ubat ini harus dielakkan sepenuhnya bagi sesiapa yang mempunyai penyakit hati, pendarahan kelamin dan kehamilan yang tidak normal.

Kegunaan Duphaston

  • Senggugut. Ubat ini digunakan untuk menghilangkan kesakitan dan kekejangan semasa haid.
  • Endometriosis. Ubat ini digunakan dalam rawatan endometriosis, iaitu satu keadaan yang ditunjukkan oleh simptom seperti sakit perut dan haid yang tidak teratur.
  • Amenorrhoea sekunder. Ubat ini digunakan dalam rawatan amenorrhoea sekunder, iaitu keadaan di mana haid terhenti walaupun anda tidak hamil atau menopaus.
  • Penyakit berkaitan haid yang lain. Ubat ini turut digunakan sebagai rawatan masalah haid lain seperti haid tidak teratur, senggugut, dll.
  • Pendarahan rahim. Ubat ini digunakan dalam rawatan pendarahan rahim, iaitu keadaan yang dicirikan dengan pendarahan rahim yang tidak teratur atau tidak normal.
  • Sindrom pramenstruasi. Ubat ini digunakan dalam rawatan sindrom pramenstruasi, keadaan yang dicirikan dnegan simptom seperti perubahan emosi, mudah marah, kemurungan, keletihan, dll.
  • Kemungkinan keguguran. Ubat ini digunakan dalam rawatan terhadap kandungan yang mudah terancam, keadaan di mana pendarahan faraj mungkin berlaku pada 20 minggu pertama kehamilan dan terdapat risiko keguguran.
  • Pengguguran kandungan. Ubat ini digunakan dalam rawatan pengguguran, keadaan di mana pesakit mengalami tiga atau lebih keguguran yang berturut-turut.
  • Kemandulan disebabkan oleh kekurangan luteal, Ubat ini digunakan dalam rawatan kemandulan oleh kekurangan luteal, iaitu suatu keadaan di mana corpus luteum tidak menghasilkan progesteron yang mengcukupi.
  • Terapi penggantian hormon. Ubat ini digunakan dengan kombinasi bersama estrogen bagi rawatan penggantian hormon untuk wanita yang mengalami gangguan akibat menopaus yang berlaku secara semula jadi atau akibat pembedahan rahim yang sihat.

Langkah Berjaga-Jaga dan Amaran Penggunaan Duphaston

Kehamilan

Ubat ini tidak disarankan untuk digunakan bagi wanita hamil kecuali jika diperlukan. Semua risiko dan manfaat harus dibincangkan terlebih dahulu dengan doktor sebelum meneruskan pengambilan ubat ini.

Menyusu

Ubat ini tidak disyorkan untuk digunakan bagi wanita yang menyusukan bayi.

Memandu atau Mengendalikan jentera

Penggunaan ubat ini boleh menyebabkan pening atau mengantuk bagi sesetengah  pesakit. Adalah dinasihatkan agar anda tidak melakukan sebarang aktiviti seperti memandu kenderaan atau mengendalikan mesin sekiranya anda pening atau mengantuk semasa dalam rawatan dengan ubat ini.

Kanak-kanak

Ubat ini tidak disyorkan untuk digunakan bagi pesakit di bawah usia 18 tahun atas faktor keselamatan dan keberkesanan penggunaannya yang masih belum disahkan secara klinikal.

Pendarahan faraj yang tidak normal

Ubat ini tidak disyorkan untuk digunakan bagi pesakit yang mengalami pendarahan faraj yang tidak normal dan tidak didiagnosis. Ujian yang sesuai harus dilakukan terlebih dahulu untuk mengenalpasti kanser dalam semua kes pendarahan faraj yang tidak normal dan berterusan sebelum anda memulakan rawatan dengan Tablet Duphaston.

Penyakit hati

Ubat ini harus digunakan dengan berhati-hati bagi pesakit yang mempunyai sejarah penyakit hati kerana peningkatan risiko akan memburukkan lagi keadaan pesakit. Justeru itu, pemantauan yang ketat terhadap fungsi hati, penyesuaian dos yang tepat, atau penggantian alternatif yang sesuai mungkin diperlukan dalam beberapa kes berdasarkan keadaan klinikal anda.

Kesan Sampingan Duphaston

Duphaston mungkin berinteraksi dengan beberapa bahan atau keadaan perubatan dan aakan menunjukkan kesan sampingan tertentu. Sesetengah reaksi yang mungkin berlaku semasa pemgambilan Tablet Duphaston adalah:

  • Sakit Perut
  • Loya
  • Kenaikan Berat Badan yang luar Biasa
  • Kemurungan
  • Masalah Hati
  • Sakit pada payudara
  • Kitaran haid tidak normal
  • Pendarahan haid yang banyak
  • Alahan Kulit
  • Kelemahan badan

Kontraindikasi Duphaston

Kehipersensitifan terhadap Duphaston adalah satu kontraindikasi. Tambahan lagi, Duphaston tidak boleh digunakan jika anda mempunyai keadaan yang berikut:

  • Kehamilan pada trimester ketiga
  • Gangguan pembekuan darah
  • Kanser otak
  • Kanser payudara
  • Ibu menyusukan bayi
  • Kanak-kanak di bawah umur 18 tahun
  • Kehipersensitifan
  • Keguguran kandungan yang tidak lengkap
  • Disfungsi hati
  • Pesakit yang tidak mempunyai risiko mengalami keguguran

Interaksi Duphaston

Setiap ubat berinteraksi secara berbeza bergantung pada individu. Anda harus memeriksa semua kemungkinan interaksi dengan doktor anda sebelum memulakan ubat Duphaston.

Alkohol berinteraksi dengan DUPHASTON

Interaksi Duphaston dan alkohol adalah masih tidak diketahui. Sebaiknya berjumpalah dengan doktor anda dan berbincang dengan beliau sebelum mengambil alkohol bersama Duphaston

Ubat-ubatan berinteraksi dengan DUPHASTON

Ubat-ubatan berikut boleh berinteraksi dengan Duphaston, elakkan penggunaan bersama Duphaston tanpa arahan doktor:

  • Fenobarbital
  • Nevirapine
  • Phenytoin
  • Carbamazepine
  • Rifampisin
  • Ritonavir

Penyakit berinteraksi dengan DUPHASTON

Tiada maklumat mengenainya.

Makanan berinteraksi dengan DUPHASTON

Tiada maklumat mengenainya.

Ujian makmal berinteraksi dengan DUPHASTON

Tiada maklumat mengenainya.

Walau bagaimanapun, senarai di atas bukanlah senarai lengkap kemungkinan interaksi ubat Duphaston. Anda harus berjumpa dengan doktor untuk mengenalpasti semua kemungkinan interaksi yang mungkin terjadi berkenaan Duphaston.

Dos Duphaston

Dos ubat ini biasanya ditetapkan berdasarkan:

  • Sejarah reaksi ubat / alahan terhadap ubat
  • Keparahan penyakit
  • Tindak balas terhadap dos pertama
  • Keadaan perubatan pesakit / sejarah kesihatan
  • Pesakit dengan penyakit hati atau buah pinggang (harus berjumpa doktor sebelum mengambil ubat ini)

Ia harus diambil pada waktu dan jangka waktu yang sama seperti yang dinasihatkan oleh doktor anda. Tablet harus ditelan sebiji, dan tidak boleh dipecahkan, dihancurkan atau dikunyah. Anda disarankan untuk meneruskan jadual ubat yang dinasihatkan dan tidak menghentikan pengambilannya walaupun setelah anda berasa baik. Sebaiknya tablet Duphaston diambil selepas makan. Ia mungkin mengambil masa setengah jam sebelum ubat mula menunjukkan kesannya. Kesan ubat ini boleh bertahan selama 6 jam selepas diambil.

Terlepas Dos

Sekiranya pesakit terlepas dos ubat ini, adalah disarankan untuk mengambilnya dengan segera apabila anda teringat. Tetapi jika sudah menghampiri tempoh dos yang berikutnya, anda disarankan untuk abaikan dos yang terlepas dan mengambil dos seterusnya mengikut jadual asal.

Terlebih Dos

Sekiranya pesakit mengesyaki telah mengambil ubat dalam dos yang berlebihan, adalah disarankan untuk segera mendapatkan bantuan perubatan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

SUMBER

https://www.practo.com/medicine-info/duphaston-tablet-45731

https://docprime.com/duphaston-tablet-mddp

https://www.tabletwise.com/duphaston-tablet?#contraindications

https://cashkaro.com/blog/duphaston-uses-dosage-side-effects-precautions-more/41599/1

error: Content is protected !!