Ekzema Dishidrotik adalah keadaan di mana terdapat lepuh pada kulit di bahagian tapak kaki atau di tapak tangan.
Lepuh berkenaan mengakibatkan rasa gatal dan di dalamnya terkandung cecair. Keadaan ini mengambil masa sehingga dua ke empat minggu untuk sembuh.
Dan ianya berkaitan dengan dengan tekanan atau alahan bermusim.
Simptom Ekzema Dishidrotik
Antara simptom-simptom bagi individu yang mempunyai eczema dishidrotik adalah :
- Lepuh selalunya muncul di sisi-sisi jari dan juga tapak tangan. Tapak kaki juga tidak terkecuali.
- Lepuh biasanya bersaiz kecil dan selebar pensil grafit- sering muncul dalam kelompok dengan penampilan yang serupa ubi kayu.
- Lepuh-lepuh kecil boleh bergabung menjadi satu lepuh besar.
- Kulit yang terjejas kerana dishidrotik akan bertukar menjadi sangat gatal dan sakit.
- Simptom ini boleh berulang dengan kerapa sama ada berbulan atau tahun.
Punca Ekzema Dishidrotik
Sebetulnya doctor masih belum dapat mengenal pasti punca kenapa boleh berlakunya penyakit eczema dishidrotik ini.
Walau bagaimanapun, mereka tidak menyangkal ia mungkin berkaitan dengan alahan bermusim, seperi demam hay.
Keadaan ini mungkin timbul lebih kerap sewaktu musim bunga.
Faktor Risiko Ekzema Dishidrotik
Terdapat banyak faktor risiko bagi penyakit eczema dishidrotik ini, antaranya adalah :
- Dishidrotik dilihat cenderung untuk berlaku pada atau disaat seseorang individu itu sedang mengalami tekanan emosi dan fizikal.
- Kemungkinan terdedah kepada logam tertentu. Termasuk lah kobalt dan nikel yang selalu digunakan di bahagian perindustrian.
- Kulit yang sensitif. Individu yang mengalami ruam selepas bertentangan dengan ransangan tertentu berisiko mendapat dishidrotik.\
- Individu yang sudah mempunyai eczema atopik turut berisiko untuk beralih mendapat eczema dishidrotik.

Rawatan Ekzema Dishidrotik
Rawatan bagi penyakit Ekzema Dishidrotik boleh menggunakan :
Ubat-ubatan atau rawatan
Krim kortikosteroid atau ubat salap yang anda perlu sapu terus ke kulit anda untuk gejala yang ringan atau, untuk wabak yang lebih teruk, anda boleh diberi suntikan kortikosteroid atau pil.
Antara rawatan lain adalah :
- Rawatan Cahaya UV
- Keringkan lepuhan besar
- Antihistamin
- Pelbagai krim anti-gatal
Rawatan di rumah
Tekan tempat gatal dengan menggunakan tuala basah dan sejuk untuk kurangkan rasa tidak selesa.
Setelah itu disarankan juga untuk menyampu pelembap pada kulit untuk mengurangkan kegatalan. Krim korticosteroid atau ubat salap yang anda perlu sapu terus ke kulit anda untuk gejala yang ringan atau, untuk wabak yang lebih teruk, anda boleh diberi suntikan kortikosteroid atau pil.
Diet
Antara cara lain adalah dengan mengubah diet pemakanan anda bagi mengelakkan kejadian ini berlaku.
Jika diri and alah kepada kandungan seperti nikel dan kobalt, hentikan dari mengambilnya serta merta.