Now Reading
Enterogermina (Gangguan usus) – Kegunaan, Kesan sampingan, Interaksi

Enterogermina (Gangguan usus) – Kegunaan, Kesan sampingan, Interaksi

Enterogermina

Pengenalan

Enterogermina adalah salah satu “suspensi” probiotik oral yang digunakan untuk merawat masalah cirit-birit, gangguan berkaitan usus, masalah saluran pernafasan, dan ketidakseimbangan bakteria akibat penggunaan antibiotik.

Ketoksikan akut dan sakit perut adalah kesan sampingan utama yang dilihat dengan dos berulang yang tinggi. Seterusnya, penggunaan ubat ini sebaiknya dielakkan sekiranya berlaku gangguan usus dan kes alahan.

Kegunaan Enterogermina

Ubat ini digunakan untuk mengawal penyakit berikut:

  • Cirit-birit (akut & kronik)
  • Jangkitan pada usus
  • Ketidakseimbangan bakteria dalam badan
  • Kesan sampingan antibiotik
  • Jangkitan saluran pernafasan
  • Cirit-birit disebabkan oleh virus
  • Ejen probiotik
  • Ejen anti-mikrob
  • Cirit birit amoebik

Kesan sampingan Enterogermina

Selain kesan yang dikehendaki, ubat ini juga mempunyai kesan sampingan tertentu. Kesan sampingan ini adalah berbeza-beza dalam kejadian dan keparahan mengikut individu. Namun, ia adalah salah satu ubat paling selamat yang terdapat di pasaran hari ini.

Kesan sampingan yang boleh berlaku pula adalah:

  • Ketoksikan akut (kurang biasa)
  • Mual (biasa)
  • Ruam (biasa)
  • Kembung (biasa)
  • Sakit perut (kurang biasa)

Interaksi Enterogermina

Sebelum mengambil apa-apa ubat, individu selalu disarankan untuk berhati-hati dengan ubat-ubatan tertentu atau interaksi antara ubat-ubatan ketika mengambil Enterogermina. Sentiasa perhatikan barang makanan, ubatan lain atau ujian makmal semasa mengambil ubat ini. Tiada interaksi ubat yang diketahui selepas menggunakan Enterogermina bersama ubat lain.

Interaksi dengan Alkohol

Pengambilan ubat dengan alkohol boleh mengubah keberkesanan ubat. Rujuk pada doktor sebelum mengambil ubat ini untuk mengelakkan kesan buruk.

Kontraindikasi Enterogermina

Hipersensitiviti terhadap bahan aktif atau salah satu daripada bahannya. Semasa rawatan dengan antibiotik, ubat ini disyorkan diberikan pada selang waktu pemberian antibiotik.

Enterogermina dan kehamilan

Tiada kontraindikasi mengenai penggunaan produk semasa kehamilan dan semasa menyusukan bayi.

Dos Enterogermina

Penetapan dos adalah sangat penting memandangkan kebanyakan ubat boleh menyebabkan banyak masalah apabila diambil dalam jumlah yang banyak. Ubat ini harus diberikan kepada pesakit dalam lingkungan yang diatur dam hanya di bawah bimbingan pakar.

Dos ubat adalah berbeza bergantung pada usia dan keadaan gejala yang dilaporkan kepada doktor. Anda boleh berjumpa dengan doktor dan bertanyakan mengenai dos yang sesuai agar ia tidak terlalu rendah atau berlebihan.

Proses pengambilan ubat selalunya adalah secara oral. Anda boleh memasukkan keseluruhan kandungan ubat ke dalam segelas jus atau susu dan memakannya perlahan-lahan. Anda juga boleh menelan kapsul dengan cecair.

Ubat ini juga boleh berkelakuan berbeza dengan antibiotik, jadi ia mesti diberi masa yang sesuai. Tujuannya adalah untuk membantu antibiotik berfungsi dan mengawal perut sakit yang boleh memberi kesan. Oleh itu, ubat ini biasanya disesuaikan antara dua dos antibiotik yang telah disyorkan.

SUMBER

https://docprime.com/enterogermina-mddp

https://www.enterogermina.in/product

https://cashkaro.com/blog/enterogermina-uses-dosage-side-effects-precautions-

https://hellodoktor.com/drugs-herbals/drugs/enterogermina/

error: Content is protected !!