Now Reading
Enterokolitis Nekrosis – Simptom, Punca, Diagnosis dan Rawatan

Enterokolitis Nekrosis – Simptom, Punca, Diagnosis dan Rawatan

enterokolitis nekrosis

Enterokolitis Nekrosis, atau ‘Necrotizing enterocolitis – NEC’, merupakan penyakit serius yang menjejaskan usus bagi bayi pramatang. Ia biasanya berlaku dalam tempoh 2 minggu pertama pada bayi yang menyusu dengan susu formula dan bukannya susu badan.

Dalam keadaan ini, bakteria menyerang dinding usus. Keradangan yang berlaku selepas itu boleh mewujudkan keretakan atau jurang yang membolehkan kuman jahat masuk ke dalam   abdomen. Jika keadaan itu tidak dirawat, ia boleh mengakibatkan jangkitan yang serius dan membawa maut.

Simptom Enterokolitis Nekrosis

Simptom ini berbeza mengikut individu. Namun begitu, bayi yang menghidapi penyakit ini biasanya akan menghidapi masalah berikut dalam usia dua minggu pertama:

  • Perut membengkak atau kembung.
  • Susu yang kekal di perut dan tidak bergerak melalui usus.
  • Mempunyai cecair hijau di dalam perut.
  • Najis berdarah.
  • Masalah pernafasan, denyutan jantung yang rendah atau kelesuan.

Keadaan pencernaan atau masalah perubatan lain juga boleh menghasilkan simptom yang sama dengan penyakit ini. Sekiranya anak anda mempunyai mana-mana gejala seperti yang disenaraikan di atas, hubungi doktor dengan segera.

Punca Enterokolitis Nekrosis

Doktor tidak pasti apakah punca yang mendorong kepada penyakit ini. Walau bagaimanapun, mereka mengetahui bahawa bayi pramatang mempunyai paru-paru   dan usus yang lemah serta kurang matang berbanding bayi normal. Ini bermakna bahawa tubuh mereka tidak dapat mengalirkan darah dan oksigen seperti yang sepatutnya. Di samping itu, golongan bayi ini juga menghadapi masalah untuk memecahkan makanan dan menentang jangkitan.

Diagnosis Enterokolitis Nekrosis

Doktor akan mengambil sinar-X (X-ray) abdomen anak anda dan melakukan beberapa ujian darah, biasanya dalam unit rawatan rapi neonatal. Jika diagnosis ialah penyakit Enterokolitis Nekrosis, sinar-X (X-ray) akan menunjukkan gas atau gelembung udara di bahagian dinding ususnya.

Tambahan pula, doktor juga boleh memasukkan jarum ke dalam abdomen bayi anda. Jika terdapat cecair yang keluar, ini bermakna terdapat kebocoran pada usus bayi Ujian darah bagi bayi yang menghidapi penyakit ini akan menunjukkan bilangan darah putih yang rendah. Ini menandakan bahawa keupayaan bayi anda untuk melawan jangkitan adalah lemah.

Rawatan Enterokolitis Nekrosis

Rawatan ini akan bergantung kepada beberapa perkara, termasuk sejauh mana kematangan bayi, sejarah kesihatan dan perubatan secara keseluruhan serta sejauh mana jangkitannya telah merebak.

Kemudian, doktor boleh melakukan perkara-perkara seperti berikut:

  • Hentikan penyusuan.
  • Masukkan tiub melalui hidung ke dalam perut untuk mengeluarkan cecair dan mengosongkan perutnya.
  • Menggunakan cecair IV pada bayi untuk memastikan bayi anda dipelihara dan kekal hidrat.
  • Memberikan antibiotik   untuk melawan jangkitan.
  • Mengambil sinar-X (X-ray) biasa untuk memantau keadaan bayi.
  • Memberi oksigen tambahan atau mesin pernafasan jika perut bayi terlalu bengkak untuk bernafas secara sendiri.
  • Mengkuarantin bayi anda daripada bayi-bayi lain untuk menghentikan penyebaran penyakit Enterokolitis Nekrosis.

SUMBER

https://www.webmd.com/parenting/baby/what-is-necrotizing-enterocolitis

https://www.healthline.com/health/necrotizing-enterocolitis

https://medlineplus.gov/ency/article/001148.htm

https://www.medicalnewstoday.com/articles/318567

error: Content is protected !!