Now Reading
Entresto (Kegagalan Jantung) – Kegunaan, Amaran Penggunaan, Kesan Sampingan, Kontraindikasi, Interaksi dan Dos

Entresto (Kegagalan Jantung) – Kegunaan, Amaran Penggunaan, Kesan Sampingan, Kontraindikasi, Interaksi dan Dos

entresto

Entresto mengandungi gabungan sacubitril dan valsartan. Sacubitril adalah ubat tekanan darah yang berfungsi dengan meningkatkan tahap protein tertentu dalam tubuh. Ini dapat melebarkan saluran darah kita. Malah, ia juga membantu menurunkan tekanan darah dengan mengurangkan kadar sodium.

Seterusnya, valsartan pula adalah penyekat reseptor angiotensin II (kadangkala dipanggil ARB). Ia menghalang daripada berlakunya penyempitan saluran darah, yang menurunkan tekanan darah dan meningkatkan aliran darah.

Kegunaan Entresto

Entresto digunakan pada individu tertentu yang mengalami masalah kegagalan jantung yang kronik.

Ubat ini membantu menurunkan risiko anda daripada perlu dimasukkan ke hospital apabila simptom bertambah buruk, serta membantu menurunkan risiko kematian akibat kegagalan jantung.

Malah, ia juga turut digunakan untuk merawat kegagalan jantung di kalangan kanak-kanak yang berumur sekurang-kurangnya 1 tahun.

Cara menggunakan Entresto

Ambil produk ini secara oral dengan atau tanpa makanan seperti yang diarahkan oleh doktor anda, biasanya dua kali sehari.

Sekiranya anda menggunakan ubat bentuk suspensi, goncangkan botol sebelum minum bagi setiap dos. Ukur dos dengan berhati-hati menggunakan alat pengukur / sudu khas.

Jangan gunakan sudu makan kerana anda mungkin tidak mendapat dos yang betul.

Langkah Penjagaan dan Amaran Penggunaan Entresto

Jangan gunakan Entresto jika anda hamil. Sebaliknya, berhenti menggunakannya dan beritahu doktor anda sekiranya anda hamil. Ubat ini boleh menyebabkan kecederaan atau kematian pada janin sekiranya anda mengambilnya semasa trimester kedua atau ketiga anda.

Sekiranya anda menghidap diabetes pula, jangan gunakan Entresto bersama ubat yang mengandungi aliskiren (Tekturna, Tekamlo).

Kontraindikasi Entresto

Keadaan berikut dikontraindikasikan dengan Entresto. Bertanyalah pada doktor anda jika anda mempunyai perkara berikut:

Keadaan:

  • jumlah sodium yang rendah dalam darah
  • kadar potassium yang tinggi dalam darah
  • stenosis arteri buah pinggang
  • tekanan darah rendah
  • masalah hati
  • masalah buah pinggang yang teruk
  • sejenis reaksi alahan (angioedema)
  • kehamilan
  • penurunan jumlah darah

Alahan:

  • Valsartan
  • Antagonis Reseptor ARB-Angiotensin
  • Sacubitril

Kesan sampingan Entresto

Batuk, pening, atau sakit kepala mungkin berlaku. Sekiranya kesan ini berlanjutan atau bertambah buruk, beritahu doktor atau ahli farmasi anda dengan segera.

Untuk mengurangkan risiko pening dan pening lalat, bangun secara perlahan ketika anda bangun daripada posisi duduk atau berbaring.

Ingatlah bahawa doktor menetapkan ubat ini kerana beliau telah menilai faedah ubat ini untuk anda adalah lebih besar daripada risiko kesan sampingannya. Ramai individu yang menggunakan ubat ini tidak mempunyai kesan sampingan yang serius.

Tetapi, maklumkan pada doktor dengan segera jika anda mempunyai kesan sampingan yang serius, termasuklah tanda-tanda masalah buah pinggang (seperti perubahan jumlah air kencing), kadar potassium yang tinggi dalam darah (seperti lemah otot, degupan jantung yang perlahan / tidak teratur), pengsan .

Reaksi alahan yang sangat serius terhadap ubat ini jarang berlaku. Walau bagaimanapun, dapatkan bantuan perubatan sekiranya anda melihat gejala reaksi alergi yang serius, termasuklah ruam, gatal / bengkak (terutama pada muka / lidah / tekak), pening teruk, kesukaran bernafas.

Interaksi Entresto

Interaksi ubat boleh mengubah cara ubat berfungsi atau meningkatkan risiko anda mendapat kesan sampingan yang serius. Artikel ini tidak mengandungi semua kemungkinan interaksi ubat yang boleh terjadi.

Justeru itu, simpan senarai semua produk yang anda gunakan (termasuk ubat preskripsi / bukan preskripsi dan produk herba) dan kongsikan kepada doktor dan ahli farmasi anda. Jangan mula, henti atau ubah dos ubat-ubatan tanpa kebenaran doktor anda.

Beberapa produk yang mungkin berinteraksi dengan ubat ini termasuklah aliskiren, lithium, ubat-ubatan yang dapat meningkatkan kadar potassium dalam darah (seperti perencat ACE termasuk benazepril / lisinopril, pil kawalan kelahiran yang mengandung drospirenone).

Beberapa produk juga mempunyai bahan yang boleh memburukkan kegagalan jantung anda. Beritahu ahli farmasi anda tentang produk apa yang anda gunakan, dan bertanyakan mengenai cara penggunaan yang selamat (terutamanya produk batuk dan selesema, suplemen diet, atau NSAID seperti ibuprofen / naproxen).

Dos Entresto

Bentuk & Kekuatan Dos

  • sacubitril / valsartan
  • Bentuk: tablet bersalut filem
  • Dos: 24mg / 26mg
  • Dos: 49mg / 51mg
  • Dos: 97mg / 103mg

Sumber:

https://www.webmd.com/drugs/2/drug-169241/entresto-oral/details

https://www.drugs.com/entresto.html

https://reference.medscape.com/drug/entresto-sacubitril-valsartan-1000010

error: Content is protected !!