Now Reading
Epal: Jenis-jenis, Pemilihan & Penyimpan dan Manfaatnya.

Epal: Jenis-jenis, Pemilihan & Penyimpan dan Manfaatnya.

Epal

Epal ialah buah yang terkenal kerana ianya mengandungi antioksidan, vitamin, serat makanan dan pelbagai nutrien yang lain. Kandungan nutriennya yang pelbagai dapat membantu mencegah beberapa keadaan kesihatan. Epal terdapat dalam pelbagai bentuk, warna dan rasa di samping memberikan pelbagai nutrien yang dapat memberi manfaat dalam pelbagai aspek kesihatan seseorang. Artikel ini merungkai dengan lebih lanjut mengenai jenis-jenis epal yang paling popular, diikuti dengan nasihat pakar mengenai cara membeli dan menyimpan epal untuk kesegaran maksimum.

Terdapat beribu-ribu jenis epal di dunia, di sini kami mengumpulkan 10 jenis epal yang mewakili kepelbagaian yang terdapat di pasaran masa kini.

Jenis-jenis buah Epal: 

1. Jonagold Apple

Warna merah kekuningan ini adalah sepsis kacukan Jonathan dan Golden Delicious dan mempunyai persamaan fizikal yang sama dengan kedua-duanya. Seperti Golden Delicious, Jonagold manis dan berkulit nipis. Tetapi dari Jonathan, kulit buahnya yang lembut dan rasa lembut membolehkannya digunakan dalam resipi masakan yang memerlukan epal.

2. Cameo Apple

Walaupun epal ini ditemui di Washington State pada tahun 1987, ianya semakin menjadi popular kebelakangan ini. Teksturnya yang berair, segar dan manis seperti sentuhan tart. Cameo dianggap berasal dari Red dan Yellow Delicious. Ciri-ciri fizikal Cameo dapat dilihat daripada kulitnya yang berwarna merah-kekuningan serta ketebalan kulitnya berbanding Golden Delicious tetapi lebih nipis daripada epal Merah. 

Anda bolehlah cuba menggantikan Cameos untuk Goldens sebagai penaik dan dalam resipi memasak. Ianya sangat lazat apabila dimakan mentah.

3. Empire Apple

Empire dikembangkan oleh para penyelidik di Stesen Eksperimen Pertanian New York pada tahun 1966. Fizikal buah epal jenis ini adalah bulat dengan kulit yang berwarna merah terang dan sedikit warna hijau. Bahagian dalamannya berwarna putih garing dan berkrim. Ia menjadikan buah Empire ini lebih ideal untuk dijadikan juadah hidangan berasaskan epal. 

4. McIntosh Apple

Epal ini ialah yang paling lembut berbanding yang lain. Teksturnya yang lembut dapat digambarkan sebagai “berkrim” atau “mealy,” menjadikannya antara yang terbaik untuk dimakan atau di buat sebagai sos epal atau mentega epal. Tetapi tidak begitu sesuai untuk dipanggang. Sekiranya anda membakar dengan McIntoshes, gunakan alat pengental untuk mengelakkan epal menjadi terlalu lembik.

5. Fuji Apple

Dicipta oleh penanam Jepun pada tahun 1930-an. Kepopularitian epal Fuji berkembang di A.S. pada tahun 1980-an dan kemudian menjadi antara buah epal yang paling popular di negara ini. Ia adalah kacukan daripada Red Delicious. Tekstur buah epal Fuji ini adalah besar, manis dan rangup untuk dimakan. Anda bolehlah cuba menambahkan buah epal Fuji ini ke dalam resipi salad dan slaw kerana kerangupannya. 

6. Cortland Apple

Buah epal Cortland ini agak lembut tetapi tidak selembut buah epal McIntosh. Kelebihan buah epal ini adalah anda boleh membakarnya, memasaknya atau dimakan begitu sahaja. 

7. Red Delicious Apple 

Buah epal ini berasal daripada Peru, Iowa dan sangat popular di A.S. Fizikalnya dapat dilihat dari segi kedalamannya serta berwarna putih-krim. Buah epal yang lembut dan berair ini menjadikannya sesuai untuk dimakan begitu sahaja serta sesuai untuk dijadikan sebagai ‘makanan ringan’. 

8. Gala Apple

Buah epal ini berasal daripada New Zealand. Fizikal buah epal ini mirip dengan epal Golden dan Red Delicious iaitu lebih tinggi daripada lebarnya. Ia mempunyai rasa yang lembut, manis, dan rangup. Untuk pengetahuan anda, buah epal ini antara salah satu buah epal yang mempunyai warna merah-kekuningan yang terang. Selain daripada sesuai dijadikan masakan, buah epal ini enak untuk dinikmati begitu sahaja kerana kulitnya yang nipis dan rasanya yang manis. Buah epal ini juga sesuai untuk dihidangkan kepada anak-anak. 

9. Granny Smith Apple

Buah epal yang berasal daripada Australia ini menjadi kegemaran ramai. Kulitnya yang berwarna cerah dan rasanya yang rangup menjadikannya sangat enak. Ketika buah ini betul-betul matang, kulit hijau biasanya akan menjadi sedikit kemerah-merahan. Walaupun ada yang gemar menikmatinya sebagai kudap-kudapan, ia juga sesuai dijadikan masakan kerana rasa manisnya. Ini kerana ia menjadikannya pelengkap ideal untuk makanan seperti bawang dan keju. Tambahan pula, kulitnya yang berwarna hijau memberikan elemen visual yang hebat untuk hidangan apa pun.

10. Braeburn Apple

Buah epal yang berasal daripada New Zealand ini mempunyai kulit yang berwarna merah-kekuningan emas dan warna hijau yang samar. Rasanya adalah cukup rangup dan segar. Ia enak untuk dinikmati begitu sahaja. 

Pemilihan dan Penyimpanan Apple

Berikut adalah beberapa tips untuk memilih, menyimpan, dan mencegahnya daripada menjadi hitam.

1. Pilih Epal yang Elok dan Berkilat 

Semasa membeli epal, pilih epal tanpa lebam atau sebarang bintik-bintik. Selain itu, pilihlah buah epal yang kulitnya berkilat. Kulit epal yang kusam atau tidak berkilat menandakan buah epal tersebut tidak berapa elok. 

2.  Letakkan buah Epal di dalam peti sejuk 

Epal akan cepat lebam jika diletakkan pada suhu bilik. Untuk menyimpan epal di dalam peti sejuk, letakkan di dalam beg plastik berlubang di dalam rak. Jangan simpan epal yang sudah lebam atau sudah dipotong kerana ia akan merosakkan buah-buahan yang lain. Untuk menyimpan epal dalam jangka waktu yang lama, bungkus setiap satu di surat khabar (jangan gunakan kertas dengan tinta berwarna) dan kemudian simpan di tempat yang gelap dan sejuk seperti bilik bawah tanah atau garaj.

3. Gunakan Jus Lemon untuk memastikan Epal Hirisan Anda Segar

Sekiranya anda menghiris epal dan tidak mahu kepingan yang terkena berubah menjadi coklat, celupkan kepingan dalam mangkuk tiga bahagian air hingga satu bahagian jus lemon.

Kebaikan buah epal:

Berikut adalah beberapa kelebihan buah epal yang akan meyakinkan anda untuk memilihnya hari ini.

1. Baik untuk diabetes dan pengaliran gula dalam darah

Menurut buku ‘Healing Foods’ oleh DK Publishing, fruktosa (sejenis kelas gula) dan antioksidan polifenol dalam buah epal meningkatkan keseimbangan metabolisme dan melambatkan kadar penyerapan gulayang  dalam tubuh. Ciri-ciri epal ini sangat berkesan untuk pesakit sakitdiabetes yang harus menjaga kadar gula darah mereka. Pakar juga menyarankannya kerana epal dapat mengurangkan risiko terkena diabetes jenis ke-2 kerana mengandungi antioksidan yang dinamakan Anthocyanin.

2. Menurunkan Berat Badan

Serat pektin membantu mengurangkan penyerapan lemak makanan yang berlebihan oleh tubuh. Kuantiti serat yang terdapat dalam epal juga membantu anda merasa kenyang untuk lebih lama. Pakar pemakanan di Bangalore, Dr. Anju Sood mengatakan, “Serat memerlukan waktu paling lama untuk dicernakan. Oleh itu, ia membantu anda tetap kenyang dan mencegah anda dari makan makanan yang menggemukkan n dan gula-gula yang lain. Dalam jangka masa panjang, ini membantu mengurangkan berat badan. “

3. Pencernaan Lebih lancar

Beberapa faedah kesihatan bagiepal berasal dari pektin serat ajaib yang terdapat di dalamnya. Serat larut ini sangat berkesan untuk pencernaan anda. Pektin adalah bentuk serat latut yang menarik air dari saluran pencernaan anda dan membentuk gel, sekali gus membantu melambatkan pencernaan dan memudahkan proses pembuangan air besar. Epal juga mengandungi asid malik yang akan membantu proses pencernaan anda.

4. Membantu Melegakan Sembelit dan Cirit-birit

Berat pektin yang tinggi bukan sahaja membantu pencernaan tetapi juga melancarkan pergerakan usus. Menurut buku ‘Healing Foods’, “Pectin mempunyai tindakan amfoterik. Secara amnya ia dapat membuktikan kelegaan dari sembelit dan cirit-birit bergantung pada kondisi tubuh badan. “

5. Melindungi tulang

Epal juga berkesan untuk menguatkan tulang dan memainkan peranan penting dalam kesihatan tulang secara keseluruhan. Florizin favanoid tertentu, yang terdapat pada kulit epal, dapat membantu mencegah kereputan tulang yang berkaitan dengan menopaus. Ini disebabkan oleh kemampuan melawan keradangan dan pengeluaran radikal bebas yang menyebabkan degenerasi tulang.

6. Mengurangkan Kolesterol

Serat pektin dan konstituen lain, seperti polifenol antioksidan telah dikaitkan dengan penurunan kadar kolesterol “tidak sihat” (LDL) dan memperlambatkan pengoksidaannya. Ini membantu mengurangkan risiko pengerasan arteri, kerosakkan otot jantung dan saluran darah.

7. Meningkatkan Daya Otak

Epal juga dikaitkan dengan peningkatan kekuatan otak. Epal meningkatkan pengeluaran asetilkolin yang membantu penghubungan yang lebih kuat antara sel saraf dan otak. Hal ini sekali gus meningkatkan lagi daya daya ingatan anda dan merendahkan risiko menghidap Alzheimer. Ianya bermanfaat boleh diperoleh dengan ia adalah jus epal buatan sendiri tanpa sebarang bahan tambahan dan bukannya jus yang dibeli dari kedai.

8.  Untuk Gusi yang Lebih Kuat dan Gigi yang Cerah

Epal merupakan sumber air dan serat yang hebat bertindak sebagai agen pembersih. Ia mengandungi asid malik yang meningkatkan pengeluaran air liur sehingga boleh menyingkirkan bakteria dari mulut. Epal juga mengandungi kandungan Ianya juga mengandungivitamin dan mineral yang mendorong gigi menjadi  lebih sihat dan kuat. Tekstur epal yang berserat juga membantu meningkatkan kesihatan gusi anda.

Kesimpulannya

Pasar raya biasanya  epal berkilat dengan mengosokkan lilin ke atas kulit epal. . Oleh itu, anda disarankan agar mencuci epal dengan bersih memakannyasebelum menikmatinya. Mengupas kulit epal dapat menghilangkan sebahagian besar serat buah, vitamin C dan zat besi. Oleh itu, cubalah menikmatinya buah dengan kulit sekali. Jadi, tunggu apa lagi? Mulalah mengisi stok epal anda untuk menikmati semua faedah ini. Setiap bahagian epal boleh dimakan tanpa rugi. 

Sumber:

https://www.healthline.com/nutrition/10-health-benefits-of-apples

https://www.epicurious.com/expert-advice/types-and-varieties-of-apples-article

https://bestapples.com/varieties-information/varieties/

https://www.medicalnewstoday.com/articles/267290#benefits

https://food.ndtv.com/food-drinks/apple-fruit-benefits-8-incredible-health-benefits-of-apple-that-you-may-not-have-known-1761603

error: Content is protected !!