Now Reading
Epal: Jenis-jenis, Pemilihan & Penyimpanan, dan Manfaatnya.

Epal: Jenis-jenis, Pemilihan & Penyimpanan, dan Manfaatnya.

buah epal

Epal adalah buah yang terkenal mengandungi antioksidan, vitamin, serat makanan, dan pelbagai nutrien lain. Kandungan nutriennya yang pelbagai dapat membantu mencegah beberapa masalah kesihatan. Epal terdapat dalam pelbagai bentuk, warna, dan rasa di samping menyediakan pelbagai nutrien yang dapat memberi manfaat kepada pelbagai aspek kesihatan seseorang.

Artikel ini merungkai dengan lebih lanjut mengenai jenis-jenis epal yang paling popular, diikuti dengan nasihat pakar mengenai cara membeli dan menyimpan epal untuk kesegaran maksimum.

Terdapat beribu-ribu jenis epal di dunia, di sini kami mengumpulkan 10 jenis epal yang mewakili kepelbagaian yang terdapat di pasaran masa kini.

Jenis-jenis buah Epal:

1. Epal Jonagold

Warna merah kekuningan ini adalah sepsis kacukan epal Jonathan dan epal Golden Delicious dan mempunyai persamaan fizikal yang samar dengan kedua-duanya. Sama seperti epal Golden Delicious, Jonagold manis dan berkulit nipis. Tetapi epal Jonathan mempunyai kulit buah dan rasa yang lembut membolehkannya digunakan dalam resipi masakan yang memerlukan epal.

2. Epal Cameo

Walaupun epal ini ditemui di Washington pada tahun 1987, ia menjadi popular. Teksturnya adalah berair, segar, dan manis. Epal Cameo dianggap berasal dari epal Red dan Yellow Delicious. Ciri-ciri fizikal epal ini dapat dilihat daripada kulitnya yang berwarna merah-kekuningan serta ketebalan kulitnya berbanding epal Golden Delicious tetapi lebih nipis daripada epal Merah.

Anda bolehlah cuba menggantikan epal Cameo untuk epal Golden sebagai penaik dan dalam resipi memasak. Ianya sangat lazat secara terus.

3. Epal Empire

Epal ini dikembangkan oleh para penyelidik di Stesen Eksperimen Pertanian New York pada tahun 1966. Fizikal buah epal jenis ini adalah bulat dengan kulit yang berwarna merah terang dan sedikit warna hijau. Bahagian dalamannya berwarna putih garing dan berkrim. Ia menjadikan buah ini lebih sesuai untuk dijadikan juadah hidangan berasaskan epal.

4. Epal McIntosh

Teksturnya yang lembut dapat digambarkan sebagai “berkrim” atau “mealy,” menjadikannya antara yang terbaik untuk dimakan atau dibuat sebagai sos epal atau mentega epal. Namun begitu, ia tidak begitu sesuai untuk dipanggang. Sekiranya anda membakar epal ini, gunakan alat pengental untuk mengelakkan epal menjadi terlalu lembik.

5. Epal Fuji

Dicipta oleh penanam Jepun pada tahun 1930-an. Kepopularitian epal Fuji berkembang di Amerika Syarikat pada tahun 1980-an dan kemudian menjadi antara buah epal yang paling popular di negara ini. Epal ini adalah kacukan daripada Red Delicious. Tekstur buah epal Fuji ini adalah besar, manis dan ranggup untuk dimakan. Anda bolehlah cuba menambahkan buah epal Fuji ini ke dalam resipi salad dan slaw kerana keranggupannya.

6. Epal Cortland

Buah epal Cortland ini agak lembut tetapi tidak selembut buah epal McIntosh. Kelebihan buah epal ini adalah anda boleh membakarnya, memasaknya, atau dimakan begitu sahaja.

7. Epal Red Delicious

Buah epal ini berasal daripada Peru, Iowa dan sangat popular di Amerika Syarikat. Fizikalnya dapat dilihat dari segi kedalamannya serta berwarna putih-krim. Buah epal yang lembut dan berair ini menjadikannya sesuai untuk dimakan begitu sahaja serta sesuai untuk dijadikan sebagai ‘makanan ringan’.

8. Epal Gala

Fizikal buah epal ini mirip dengan epal Golden dan epal Red Delicious. Ia mempunyai rasa yang lembut, manis, dan ranggup. Untuk pengetahuan anda, buah epal ini antara salah satu buah epal yang mempunyai warna merah-kekuningan yang terang. Selain daripada sesuai dijadikan masakan, buah epal ini enak untuk dinikmati begitu sahaja kerana kulitnya yang nipis dan rasanya yang manis. Buah epal ini juga sesuai untuk dihidangkan kepada anak-anak.

9. Epal Granny Smith

Buah epal yang berasal daripada Australia ini menjadi kegemaran ramai. Kulitnya yang berwarna cerah dan rasanya yang ranggup menjadikannya sangat enak. Ketika buah ini betul-betul matang, kulit hijau biasanya akan menjadi sedikit kemerah-merahan. Walaupun ada yang gemar menikmatinya sebagai kudap-kudapan, ia juga sesuai dijadikan masakan kerana rasa manisnya. Ia sesuai dijadikan sebagai pelengkap untuk makanan seperti bawang dan keju. Tambahan pula, kulitnya yang berwarna hijau memberikan elemen visual yang hebat untuk hidangan apa pun.

10. Epal Braeburn

Buah epal yang berasal daripada New Zealand ini mempunyai kulit yang berwarna merah-kekuningan emas dan warna hijau yang samar. Rasanya adalah cukup ranggup dan segar. Ia enak untuk dinikmati begitu sahaja.

Pemilihan dan Penyimpanan Epal:

Berikut adalah beberapa tips untuk memilih, menyimpan, dan mencegahnya daripada menjadi hitam.

1. Pilih Epal yang Segar dan Berkilat

Semasa membeli epal, pilihlah epal yang tanpa lebam atau sebarang bintik-bintik. Selain itu, pilihlah buah epal yang kulitnya berkilat.  Kulit epal yang kusam atau tidak berkilat menandakan buah epal tersebut tidak berapa segar.

2.  Letakkan buah Epal di dalam peti sejuk

Epal menjadi cepat lebam jika diletakkan pada suhu bilik. Untuk menyimpan epal di dalam peti sejuk, letakkan di dalam beg plastik berlubang di dalam rak. Jangan simpan epal yang sudah lebam atau sudah dipotong kerana ia akan merosakkan buah yang lain. Untuk menyimpan epal dalam jangka waktu yang lama, bungkus setiap satu di surat khabar (jangan gunakan kertas dengan tinta berwarna) dan kemudian simpan di tempat yang gelap dan sejuk seperti bilik bawah tanah atau garaj.

3. Gunakan Jus Lemon untuk memastikan Epal Hirisan Anda Segar

Sekiranya anda menghiris epal dan tidak mahu kepingan yang terkena berubah menjadi coklat, celupkan kepingan dalam mangkuk tiga bahagian air hingga satu bahagian jus lemon.

Kebaikan buah Epal:

Berikut adalah beberapa kelebihan buah epal yang akan meyakinkan anda untuk memilihnya hari ini.

1. Baik untuk diabetes dan pengaliran gula dalam darah

Menurut kajian yang dilakukan, fruktosa (sejenis kelas gula) dan antioksidan polifenol dalam buah epal meningkatkan keseimbangan metabolisme dan melambatkan penyerapan kadar gula yang diserap dalam tubuh. Ciri-ciri epal ini sangat berkesan untuk pesakit diabetes yang harus menjaga kadar gula darah mereka. Pakar juga menyarankannya kerana epal dapat mengurangkan risiko diabetes jenis ke-2 kerana mengandungi antioksidan yang dinamakan Anthocyanin.

2. Menurunkan Berat Badan

Serat pektin membantu mengurangkan penyerapan lemak makanan yang berlebihan oleh tubuh. Kuantiti serat yang terdapat dalam epal juga membantu anda berasa kenyang untuk lebih lama. Pakar pemakanan di Bangalore, Dr. Anju Sood mengatakan, “Serat memerlukan waktu paling lama untuk dicernakan. Oleh itu, ia membantu anda tetap kenyang dan mencegah anda dari makan makanan yang menggemukkan dan gula-gula yang lain. Dalam jangka masa panjang, ini membantu mengurangkan berat badan.”

3. Pencernaan Lebih lancar

Beberapa faedah kesihatan bagi epal adalah ia berasal dari pektin serat ajaib yang terdapat di dalamnya. Serat larut ini sangat berkesan untuk pencernaan anda. Pektin adalah bentuk serat larut menarik air dari saluran pencernaan anda dan membentuk gel sekali gus membantu melambatkan pencernaan dan memudahkan proses pembuangan anda.  Epal juga mengandungi asid malik yang akan membantu proses pencernaan anda.

4. Membantu Melegakan Sembelit dan Cirit-birit

Serat pektin yang tinggi bukan sahaja membantu pencernaan tetapi juga melancarkan pergerakan usus. Pektin mempunyai tindakan amfoterik. Secara amnya, ia dapat membuktikan kelegaan dari sembelit dan cirit-birit bergantung pada  kondisi tubuh badan.”

5. Melindungi tulang

Epal juga berkesan untuk menguatkan tulang dan memainkan peranan penting dalam kesihatan tulang secara keseluruhan. Florizin favanoid tertentu yang terdapat pada kulit epal dapat membantu mencegah kereputan tulang yang berkaitan dengan menopaus . Ini disebabkan oleh kemampuannya melawan keradangan dan pengeluaran radikal bebas yang menyebabkan degenerasi tulang.

6. Mengurangkan Kolesterol

Serat pektin dan konstituen lain seperti polifenol antioksidan telah dikaitkan dengan penurunan kadar kolesterol “tidak sihat” dan memperlambatkan pengoksidaannya. Ini membantu mengurangkan risiko pengerasan arteri, kerosakan otot jantung dan saluran darah.

7. Meningkatkan Daya Otak

Epal juga dikaitkan dengan peningkatan kekuatan daya otak. Epal meningkatkan pengeluaran asetilkolin yang membantu penghubungan yang lebih kuat antara sel saraf dan otak. Hal ini sekali gus meningkatkan lagi daya ingatan anda dan merendahkan risiko menghidap Alzheimer. Manfaat ini boleh diperoleh dengan jus epal buatan sendiri tanpa sebarang bahan tambahan dan bukan jus yang dibeli di kedai.

8.  Untuk Gusi yang Lebih Kuat dan Gigi yang Cerah

Epal merupakan sumber air dan serat yang hebat bertindak sebagai agen pembersih. Ia mengandungi asid malik yang meningkatkan pengeluaran air liur sehingga mengeluarkan bakteria dari mulut. Epal juga mengandungi kandungan vitamin dan mineral yang mendorong gigi menajdi lebih sihat. Tekstur epal yang berserat juga membantu meningkatkan kesihatan gusi anda.

Kesimpulannya

Epal di pasaran boleh kelihatan berkilat dengan mengosokkan lilin ke atas kulit epal. Oleh itu, disarankan agar anda mencuci epal dengan bersih sebelum memakannya. Mengupas kulit epal boleh menghilangkan sebahagian besar serat buah, vitamin C dan zat besi. Oleh itu, cubalah menikmatinya dengan kulit. Jadi, apa tunggu lagi? Mulalah mengisi stok epal anda untuk menikmati semua faedah ini. Setiap bahagian epal boleh dimakan tanpa rugi!

Sumber:

https://www.healthline.com/nutrition/10-health-benefits-of-apples

https://www.epicurious.com/expert-advice/types-and-varieties-of-apples-article

https://bestapples.com/varieties-information/varieties/

https://www.medicalnewstoday.com/articles/267290#benefits

https://food.ndtv.com/food-drinks/apple-fruit-benefits-8-incredible-health-benefits-of-apple-that-you-may-not-have-known-1761603

error: Content is protected !!