Now Reading
Eprasekolah Penyelesaian Bagi Ibu Bapa

Eprasekolah Penyelesaian Bagi Ibu Bapa

eprasekolah

Eprasekolah Nampak baru bukan? Penulis yakin sebagai ibu bapa, mereka mesti mahukan sesuatu yang terbaik untuk anak-anak mereka sebab itu setiap tahun ibu bapa berlumba-lumba untuk mendaftarkan anak mereka yang berusia 4-5 tahun ke sekolah-sekolah yang mereka rasakan terbaik.   Melalui semakan sistem pendaftaran prasekolah / tadika kpm secara online untuk membuat permohonan kemasukan bermula tahun 2022!

Tetapi peluang untuk masuk cukup sengit sehingga banyak semakan permohonan Eprasekolah 2021 yang dihantar dan yang dimohon terpaksa ditolak. Tidak semua ibu bapa mampu menghantar anak-anak mereka te taska atau tadika swasta.

Pendidikan awal kanak-kanak amat dititikberatkan kerana mereka perlu diberi pendedahan awal sebelum memasuki alam persekolahan sebenar. Kanak-kanak ibarat kain putih yang perlu dicorakkan oleh ibu bapa supaya menjadi pelapis yang berguna untuk agama, bangsa dan negara.

Pendidikan awal kanak-kanak amat penting dalam menentukan hala tuju kehidupan mereka pada masa akan datang. Pendidikan pra pembelajaran di prasekolah amat berbeza dengan yang berada di sekolah, di mana kanak-kanak akan belajar tentang sesuatu perkara secara santai. Malah, kebanyakan prasekolah menggunakan teknik bermain atau menggunakan contoh kartun sebagai pengajaran  supaya kanak-kanak lebih tertarik mendalami ilmu

Atas sebab itu, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia mengambil inisiatif mewujudkan ePrasekolah ini.

Disini penulis sertakan kaedah untuk permohonan Eprasekolah ini untuk  memudahkan ibu bapa diluar sana.

  • Dalam Talian (online)
    • Tempoh permohonan secara dalam talian bermula 1 Mac hingga 30 April tahun sebelumnya.
    • Permohonan ini boleh dibuat melalui laman sesawang eprasekolah.
    • Ibu bapa/penjaga yang telah mengemukakan permohonan secara dalam talian hendaklah mencetak borang permohonan tersebut.
    • Borang ini perlu dihantar ke sekolah yang dimohon berserta dokumen-dokumen berkaitan. Borang dan dokumen tersebut perlu dikemukakan kepada pihak sekolah/institusi selewat-lewatnya pada 31 Mei.
    • Manual pengguna boleh dimuat turun daripada laman sesawang eprasekolah sebagai panduan.
  • Manual
    • Tempoh permohonan secara manual bermula 1 Mac hingga 31 Mei tahun sebelumnya.
    • Ibu bapa/penjaga boleh mengambil borang permohonan di sekolah yang ingin dimohon. 
    • Pihak sekolah/institusi mesti mencetak borang permohonan kemasukan dari laman sesawang Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan (SMPK). 
    • Borang permohonan yang lengkap diisi berserta dokumen-dokumen berkaitan hendaklah dihantar ke sekolah yang dimohon.  

Untuk semakan keputusan :

  • Anda boleh mulakan semakan pada 10 September
  • Semakan status secara online untuk permohonan rayuan prasekolah 2022 boleh dilakukan terus di portal online
  • Manakala untuk rayuan manual, keputusan dimaklumkan oleh pihak sekolah sendiri akan kepada anda sekiranya berjaya  dalam semakan keputusan kemasukan murid kali ini

Bagi semakan permohonan yang tidak berjaya, anda boleh mohon sekali lagi melalui sistem rayuan permohonan prasekolah 2022 online yang disediakan.

  • Bermula 5 Ogos hingga 20 Ogos
  • Selepas sahaja dari keputusan sudah mula keluar, anda boleh membuat rayuan 2 minggu selepas tarikh keputusan keluar.
  • Rayuan online juga boleh dilakukan terus melalui sistem secara online
  • Manakala rayuan yang dibuat secara manual, anda perlu hantar borang rayuan kepada Pejabat Pendidikan Daerah PPD atau Jabatan Pendidikan Negeri JPN yang berdekatan dengan tempat tinggal and untuk sekolah yang dimohon
  • Tetapi adalah lebih baik menggunakan sahaja permohon secara online melalui sistem aplikasi e prasekolah kerana itu lebih baik dan lebih senang selaras dengan slogan ‘maklumat dihujung jari’.

Disini penulis letakkan beberapa kelebihan eprasekolah anjuran KPM ini.

  • Guru yang ajar anak anda semuanya adalah kelulusan ijazah
  • Silibus belajar yang disediakan adalah terbaik daripada kerajaan melalui KPM
  • Kemudahan dan persekitaran berada dalam keadaan yang terbaik
  • Menu makanan yang disediakan sangat berkhasiat
  • Anak anda dilindungi Insurans Takaful sepanjang pembelajaran di prasekolah kpm ini. TERBAIK!
  • Dan yang paling penting, tiada yuran pra sekolah kerajaan secara bulanan. Jika berjaya masuk, yuran prasekolah kpm SEMUANYA adalah PERCUMA & FREE!!

Terdapat juga berita baik buat para ibu bapa yang merupakan pemohon eprasekolah ini, pihak KPM turut menyediakan bantuan elaun murid khas sebanyak RM150 setiap bulan dengan syarat pemegang kad OKU.

Diharapkan info ini memabntu para ibu bapa diluar sana.

Sumber

https://ecentral.my/eprasekolah

https://preschool.klceducation.asia/ms/blogs/why-early-child-education-is-important%3F

https://mypt3.com/pendaftaran-prasekolah

error: Content is protected !!