eSPKWS ONLINE KPM adalah Sistem Perakaunan Sekolah yang digunakan oleh pihak sekolah untuk menyelenggara perakaunan dan menyimpan data-data yang berkaitan dengan lebih mudah dan cepat melalui Sistem Perakaunan ini.
Syabas diucapkan kepada pihak KPM kerana telah menghasilkan sebuah sistem Perakaunan Sekolah yang memudahkan pihak sekolah dalam membuat urusan berkaitan perakaunan.
Apa Itu eSPKWS ?
eSPKWS online KPM adalah sebuah sistem baharu yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). eSPKWS merupakan sistem perakaunan berasaskan komputer bagi membuat selenggara perakaunan kumpulan wang sekolah berelektronik dengan lebih cekap serta efisien pada bila-bila masa dan dimana jua.
Cara Login eSPKWS Online
Berikut merupakan cara-cara untuk login portal eSPKWS tersebut dan anda boleh mengikuti langkah-langkah seperti di bawah
- Pergi ke pautan ini spkws.moe.gov.my
- Kemudian masukkan ID Pengguna & Kata Laluan
- Seterusnya klik pada pilihan butang Masuk
Jika anda terlupa kata laluan atau ada masalah untuk login boleh rujuk FAQ. Capaian boleh dibuat kepada 3 ketegori pengguna yang diwakili daripada 2 organisasi pengurusan (Pengurus Sekolah dan Pembantu Tadbir) sahaja iaitu:
- Pentadbir Sistem
- Pengurusan
- Operasi
ESPKWS cek batal
Modul ini berfungsi sekiranya ada cek yang perlu dibatalkan dalam perakaunan.
Borang Capaian eSPKWS
Semua jenis borang capaian, borang tambah perihal, ataupun borang aduan berkaitan sistem ini, anda boleh rujuk pautan Borang ini . Semua borang yang disediakan ini boleh dimuat turun dalam bentuk file PDF dan cetak sebagai rujukan anda.
Modul eSPKWS Online KPM
terdapat 12 capaian modul yang disediakan oleh KPM iaitu:
- Modul Permulaan
- Modul Terimaan
- Pengesahan Pengurus Sekolah
- Modul Daftar Bil
- Modul Bayaran
- Modul Deposit
- Modul PWR
- Modul Pindah Peruntukan
- Modul Penyesuaian Bank
- Modul ABT ABB
- Modul Laporan
- Kursus Hands On Sistem Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah
Semua modul-modul ini boleh anda dapatkan melalui capaian Nota espkws pada pautan spkws.moe.gov.my
Soalan Lazim
Bagaimanakah jika saya ingin mendapatkan nota eSPKWS?
Sila layari spkws.moe.gov.my kemudian klik pada pautan nota berwawarna merah di skrin.
Bagaimanakah jika saya ingin mendapatkan cara login penuh eSPKWS?
Sila rujuk pautan Manual Pengguna eSPKWS.
Apakah tujuan portal eSPKWS?
Tujuan portal eSPKWS ialah memudahkan pihak sekolah dalam membuat urusan berkaitan perakaunan kelak.
Siapakah yang boleh membuat tindakan seperti dibawah?
Membatalkan resit / baucar. [ Penyedia]
Membatalkan penyesuaian bank yang telah disimpan. [Pelulus]
Membatalkan penutupan bulanan bagi mengemaskini transaksi terimaan dan bayaran bulan lepas [Pelulus]
Membatalkan bil. [Pelulus]
Membatalkan penutupan buku tunai PWR. [Pelulus]
Membatalkan baucar kecil yang belum direkup. [Penyedia]
Meluluskan permohonan pelarasan lajur. [Pelulus]
Membatalkan kelulusan pelarasan lajur.[Pelulus]
Meluluskan permohonan pindah peruntukan dalam sistem.[Pelulus]
Mengemaskini status deposit pada resit / baucar. [Penyedia]
Apakah tindakan yang perlu diambil sekiranya cek bagi baucar rekupmen PWR rosak / batal ?
Tindakan yang perlu diambil adalah seperti berikut :
Sekiranya semasa menyediakan cek, cek tersebut salah tulis/rosak.
Tindakan yang perlu diambil adalah Membatalkan baucar dan cek dan membuat baucar gantian seperti berikut :
- Pilih Modul Bayaran –> ke Senarai Bayaran
- Pilih bulan – Klik X di kotak kecil.
- Pilih Modul Panjar Wang Runcit
- Pilih Submodul Rekupmen dan klik
Bagaimana pula kalau cek di tolak oleh Pihak Bank?
Sekiranya cek ditolak oleh bank / cek batal, tindakan yang perlu diambil adalah Membuat resit bagi terimaan cek batal dan membuat baucar gantian seperti berikut :
- Piih Modul Terimaan – Submodul Terimaan Cek Batal
- Pilih no cek yang nak dibatalkan – klik Simpan
- Pergi ke Modul Panjar Wang Runcit
- Pilih Submodul Rekupmen dan klik
- Ke Modul Bayaran -> senarai bayaran ->pilih bulan dan cari Print baucar tulis cek.
Maklumat Lanjut
Jika ada sebarang aduan/ masalah berkaitan dan permohonan ID capaian eSPKWS sila hubungi
Talian helpdesk 03 8872 1436
Emel rasmi ba.espkws@moe.gov.my
Capaian manual pengguna rujuk Manual Pengguna
Semoga segala maklumat yang dikongsi dapat membantu anda menggunakan eSPKWS ONLINE KPM dan selamat mencuba semoga berjaya.
Sumber:
https://portalcikgu.com/espkws-online-kpm.html
https://adoc.pub/sistem-perakaunan-kumpulan-wang-sekolah-espkws.html