Eye Cream Himalaya merawat kegelapan di bawah mata. Produk kegemaran ramai untuk menangani masalah garis-garis halus pada awal 30-an.
Hasil daripada beberapa kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa rawatan mata anti-penuaan tertentu dapat membantu meningkatkan kelancaran di bawah mata dan mengurangkan kedutan yang lebih besar.
Tindakan menggantikan krim mata dengan pelembap biasa adalah satu kesalahan yang sering dianggap biasa. Formula dan juga konsistensi krim mata dan krim wajah adalah berbeza. Tekstur krim mata lebih lembut bagi mengelakkan pori tersumbat dan masalah kantung minyak bawah mata milia.
Bahan aktif di dalam krim mata sudah pastinya berbeza dengan krim pelembap dan sebarang produk wajah yang lain kerana kegunaan krim mata hanyalah untuk merawat masalah di kawasan mata sahaja. Sifat konsistensi krim mata yang lebih lembut dan ringan membuatkan teksturnya lebih cair dan cepat meresap.
Himalaya Under Eye Cream ini sangat sesuai untuk sesiapa yang berkulit kering dan merekah kerana formulanya sedikit berat dan pekat daripada krim mata yang lain.
Ianya juga mencerahkan kegelapan bawah mata dengan kebaikan Bergenia Ligulata dan Cipadessa Baccifera iaitu herba yang membantu melawan kesan gelap bawah mata dan juga melindung bawah mata daripada cahaya matahari yang kasar.
Krim mata ini juga mengandungi wheatgerm oil dan Vitamin E oil yang melembap kawasan bawah mata anda, sekaligus dapat menyegarkan kawasan mata, menganjalkan kulit di kawasan mata dan membuatkan anda kelihatan muda. Produk ini tidak diuji ke atas haiwan, bersifat vegan, hypoallergenic, and juga non-comedogenic.
Bahan aktif herba mengurangkan penampilan lingkaran hitam dan melindungi kawasan sensitif di bawah mata dari cahaya matahari.
Himalaya Under Eye Cream menyahtoksin dan melembapkan kawasan bawah mata serta melicinkan kedutan dan garis-garis halus. Penggunaannya yang kerap membantu mencegah pembentukan kedutan baru.
Kelebihan Eye Cream Himalaya
- Berbentuk tiub, sangat mudah untuk dibawa ke dalam beg solek
- Jangka hayat produk adalah 4 tahun.
- Bebas Parabens
- Pembungkusan kemas
- Tahan lama, satu tiub bertahan selama dua bulan
- Mempunyai bahan-bahan semulajadi seperti Cipadessa Baccifera, Wheat Germ Oil dan Winter Begonia.
Bahan Rahsia Eye Cream Himalaya
Cipadessa Baccifera
Ini menghalang garis halus dan mencerahkan lingkaran hitam.
Wheat Germ Oil
Ini adalah sumber Vitamin E semula jadi yang kaya, yang melindungi kulit anda dari kerosakan yang disebabkan oleh pencemaran dan sinar UV yang keras. Sifat antioksidannya menyuburkan kulit.
Winter Begonia
Ini adalah ramuan dengan pelbagai khasiat perubatan. Digunakan dalam komposisi Under Eye Cream, ia mencerahkan kulit bawah mata.
Fungsi Himalaya Under Eye Cream
- Mencegah kulit area mata yang kering
- Mengurangi tanda penuaan
- Menghilangkan lingkaran di bawah mata dan kantung mata agar mata kelihatan lebih bermaya
Penyebab Munculnya Lingkaran Hitam
- Keletihan dan kurang tidur
- Peningkatan jumlah melanin di kulit sekitar mata, misalnya akibat paparan sinar matahari berlebihan
- Peradangan atau hiperpigmentasi
- Penumpukan cairan di sekitar mata, misalnya kerana perubahan hormon atau terlalu banyak mengambil garam
- Stress. Lingkaran gelap terbentuk kerana kulit di bawah mata kita nipis dan tidak mempunyai kelenjar minyak seperti seluruh badan. Akibatnya, seiring bertambahnya usia, kulit menjadi kering dan berkedut. Lingkaran gelap terhasil apabila urat di kawasan mata bawah kelihatan lebih menonjol. Selain itu, kurang tidur, kekurangan nutrisi, penuaan, terbakar sinar matahari juga dapat menyebabkan lingkaran hitam bawah mata.
Jaminan Himalaya Under Eye Cream
Penggunaan Himalaya Under Eye Cream secara berkala membantu mencegah pembentukan kedutan baru. Mengalami pengurangan 80% pada lingkaran hitam dan 28% pengurangan kedutan mata di bawah hanya dalam 4 minggu. Dapatkan juga kontur mata yang lebih cerah dan licin.
Siapa Yang Perlu Menggunakan Himalaya Under Eye Cream?
Pada dasarnya, tidak ada usia tertentu untuk mula menggunakan krim mata dalam rutin penjagaan kulit anda.
Bagi anda yang mempunyai kulit kering, kulit sensitif, kulit berkedut, dan masalah dengan kantung mata dan lingkaran hitam yang sangat kelihatan adalah calon terbaik yang perlu menggunakan penggunaan krim mata.
Namun, pencegahan lebih baik daripada mengubati. Jadi, anda disarankan untuk merawat kawasan kulit di sekitar mata secara rutin sejak usia 20 tahun untuk melambatkan penampilan proses penuaan.
Kepentingan Menggunakan Himalaya Under Eye Cream
- Memperbaiki tekstur kulit di sekeliling mata.
- Menegangkan dan menghidratkan kulit di sekeliling mata.
- Hilangkan lingkaran gelap di bawah mata.
- Melembap dan mengurangkan kesan lebam di sekeliling mata.
- Menjadikan kulit lebih licin, cantik dan halus
- Mata akan jadi lebih segar, masalah mata letih akan berkurangan
Lingkaran gelap di bawah mata mungkin kelihatan ungu atau biru menjadi coklat gelap atau hitam bergantung pada warna kulit. Oleh itu, kita hendaklah menjaga kesihatan bawah mata untuk menjaga keserian kulit wajah.
Justeru anda perlu dapatkan Himalaya Under Eye Cream dengan segera bagi mengatasi masalah tersebut! Semua masalah memerlukan usaha untuk mengatasinya agar menjadi lebih baik. Selamat mencuba!