Bengkung merupakan salah satu amalan dalam tradisi berpantang bagi masyarakat di negara ini. Jika dibandingkan dengan negara Barat, bengkung mempunyai kesan yang sama seperti penggunaan korset iaitu untuk mengempiskan perut bagi situasi tertentu.
Tetapi, bengkung lebih sinonim dengan tradisi berpantang kerana ia digunakan selepas seorang wanita melahirkan bayinya. Ini dilakukan untuk mendapatkan kembali potongan badan asal serta kekal cergas dan aktif. Sebaliknya, korset boleh digunakan pada bila-bila masa dan tidak semestinya digunakan selepas bersalin.
Secara umumnya, ia adalah kain yang dililit dengan kemas dari bahagian perut hingga pinggul. Dengan rekaan moden sekarang, bengkung kebanyakannya menggunakan cangkuk walaupun masih ada yang diikat menggunakan tali.
Selain mengempiskan perut, tahukah anda bahawa kain ini juga mempunyai faedah lain yang bermanfaat buat individu?
Jom pelajari tentangnya di bawah.
Faedah Menggunakan Bengkung
- Mengempiskan perut dan mengembalikan bentuk badan seperti sebelum kehamilan dengan berkesan.
- Mengecutkan rahim yang bengkak selepas bersalin.
- Membantu mengurangkan sakit belakang dengan menguatkan kedudukannya dengan betul.
- Memecahkan lemak dan selulit badan.
- Mengelakkan masalah perut buncit dan perut menggelebeh selepas bersalin.
- Mencepatkan proses pengeluarah darah kotor.
- Membuang angin dalam badan.
- Mengurangkan rasa lapar.
TAPI,
Malah, pemakaiannya juga biasa hanya boleh dibuat dalam tempoh 5 jam sehari dan tidak lebih dari 8 jam ke atas. Apabila anda terlalu membiasakan diri memakainya, ia boleh menyebabkan beberapa keadaan ini:
- Rasa tidak selesa – dengan pemakaian yang ketat secara berterusan, ia boleh mengurangkan tahap oksigen dalam badan dan menyebabkan anda mudah keletihan, pening dan mual.
- Boleh mendorong kepada penyakit GERD – bengkung akan membuatkan sebahagian organ perut dan paru-paru seperti ditolak ke atas disebabkan tekanan yang tinggi. Ini boleh menyebabkan injap penutup perut terbuka dan limpahan jus asid perut ke dalam esofagus boleh berlaku.
- Sukar untuk bernafas – pemakaian bengkung boleh menyempitkan ruang ‘diaphragm’ sekali gus menyebabkan paru-paru tidak dapat berkembang dengan baik ketika kita bernafas.
- Kelainan bentuk fizikal – ini boleh berlaku kerana tekanan yang bertumpukan pada perut sahaja boleh menyebabkan benjolan di bahagian tubuh yang lain.
JADI,
Pemakaian sebegini haruslah dibuat secara berpada-pada. Bagi ibu yang bersalin secara Caesaeran, pakar menasihatkan golongan ini supaya menunggu sekurang-kurangnya sebulan sebelum mereka dibenarkan untuk memakai bengkung.
Selain itu, pastikan bengkung yang digunakan itu sesuai dengan saiz badan iaitu tidak terlalu longgar dan tidak terlalu ketat. Penggunaannya juga tidak boleh terlama lama agar tidak menyebabkan kesan sampingan kepada badan. Seterusnya, berikut adalah dua contoh produk bengkung yang anda bole cuba.
Bengkung Pantas Adelia
RM 89.00
Bengkung ini senang dipakai, tidak perlu bantuan org lain untuk memakainya, merupakan bengkung yg ketat dan padat yang dapat membantu melangsingkan perut ketika dlm pantang. Ia juga boleh pakai bagi yg c-sec tetapi perlu dilonggarkan di bahagian c-zer. Bengkung ini ada dua saiz iaitu saiz free saiz dan plus size. Sesuai digunakan untuk maksimum berat 95kg untuk free saiz dan maksimum 119kg untuk bengkung yang plus size.
MOONAZ.OS Bengkung 3 saat Razowa
RM 80.00
Bengkung 3 Saat Razowa mudah dibuka dan dipakai semula jika ingin ke tandas. Tiada alasan lagi untuk kekal langsing dan berseri. Bengkung ini adalah pilihan ibu-ibu bersalin Caesarean. Kembalikan bentuk badan dengan mudah, selesa dan pantas. Bengkung bagi penjagaan selepas bersalin amat digalakkan buat para ibu. Bengkung ini adalah sangat selesa dan memudahkan pergerakan. Saiz yang ada untuk bengkung ini adalah saiz S hingga saiz 4xl.
Kredit: Gambar diambil daripada sumber pantangplus.com
SUMBER
https://www.babycenter.com.my/a1033521/amalan-berpantang-bengkung
https://my.theasianparent.com/faedah-memakai-bengkung
https://www.wanista.com/2017/145661/baik-dan-buruk-pakai-bengkung-sila-baca-artikel-ini-dulu/
https://www.mingguanwanita.my/doktor-dedah-bengkung-perosak-organ-dalaman-bahaya-pakai-setiap-hari/