Now Reading
Fakta-Fakta Mengenai Nanas Batu

Fakta-Fakta Mengenai Nanas Batu

Fakta-Fakta Mengenai Nanas Batu

Anda mungkin pernah memegangnya, bahkan mungkin menghiasi karangan bunga percutian dengan mereka, tetapi apakah nanas batu? Dan peranan apa yang dimainkan oleh pokok pinus yang aneh dan bersisik ini di dunia kita?

Anda mungkin terkejut bahawa sepanjang sejarah, nanas batu telah melambangkan keabadian, pencerahan manusia, dan ‘mata ketiga.’ Kenapa? Selepas beberapa penggalian, banyak rahsia fakta tentangnya yang tidak diketahui oleh manusia telah ditemui.

1. Boleh digunakan untuk kesuburan

Selalunya, ia tidak dilihat sebagai sejenis biji yang boleh ditelan atau dimakan, akan tetapi, ramai individu mencuba untuk mengambilnya sebagai sumber makanan dengan menggunakan cara-cara yang berlainan daripada zaman dahulu kala sehinggalah zaman moden ini. Untuk mendapatkan khasiat dan zat-zatnya, ia perlu dimasukkan kedalam diet pemakanan.

Di dalam dunia ini, terdapat dua puluh jenis-jenis pokok pinus yang boleh membuat spesis kacang pinus dan nanas batu yang mempunyai sifat-sifat yang sesuai dan saiz yang cukup untuk proses penuaian. Pinus Chilgoza dan pinus Korea yang bertempat di kawasan Himalaya yang selalunya diiktiraf untuk memiliku kacang pinus yang bagus di kawasan rentas Asia.

Spesis ini juga merupakan sumber-sumber vitamin seperti vitamin K dan vitamin L, protein-protein yang elok untuk seseorang individu tersebut serta magnesium.

2. Di dalam anggota keluarga spesis pinus, bukan semua jenis biji adalah spesis nanas batu.

Dalam keluarga spesis pinus yang terdiri daripada ‘hemlocks’, ‘larch’, ‘yews’, pohon aras, pelbagai jenis cemara, nanas batu dan juga spesis lain lagi, semua spesis tersebut memiliki kerucut. Akan tetapi, hanya ‘nanas batu’ sahaja yang bertempat atau dikeluarkan oleh pokok pinus itu sendiri.

Untuk pengetahuan anda, ia dipanggil ‘Widowmaker’, spesis nanas batu yang mempunyai saiz yang paling besar bertempat di Baja, California yang boleh mencapai amaun berat sehingga sebelas paun.

3. Salah satu bahagian otak manusia mempunyai bentuk hampir sama dengan nanas batu

Bahagian otak yang menguruskan perkara-perkara seperti pola atau waktu tidur dan bangun seseorang manusia ataupun menjadi pusat untuk geografi seseorang individu dan sebagainya merupakan bahagian yang dikenali sebagi kalenjar Pineal.

Kalenjar ini berbentuk seperti nanas batu. Kalenjar ini juga mempunyai amaun saluran darah yang banyak, kalah dengan buah pinggang.

4. Aspek-aspek nanas batu mempunyai kaitan dengan agama Kristian.

Daripada sudut kisah-kisah mitologi yang wujud dari sumber kaum Yunani, tongkat ‘Thyrsus’ yang dimiliki oleh Dionysus mempunyai nanas batu yang terletak di kepala tongkat ‘Thyrsus’ tersebut. Di zaman moden pula, “The Court of the ‘Pine Cone’” atau lebih dikenali sebagai “Court of the Pigna” yang terletak di Vatican City mempunyai patung nanas batu sebesar tiga tingkat.

Patung itu diperbuat daripada material gangsa dan tempat ini berfungsi sebagai tarikan pelancongan di Vatican City.

5. Sebagai bunga rasmi di negeri Maine, Amerika Syarikat.

Dari segi aspek botani, nanas batu merupakan sejenis biji ataupun ‘gymnosperm’. Ini menunjukkan bahawa ia bukannya sejenis bunga ataupun tiada kaitan denga apa-apa bunga sekalipun.

Ini menunjukkan bahawa negeri Maine yang terletak di Amerika Syarikat merupakan negara yang pertama di mana bunga rasmi mereka bukannya sejenis bunga ataupun tiada kaitan denga apa-apa bunga sekalipun kerana mereka mengambil nanas batu sebagai bunga rasmi mereka.

6. Spesis betina yang lebih dominan berbanding dengan spesis jantan.

Nanas batu merupakan spesis betina merupakan spesis yang lebih senang untuk dikesan dan amat ketara, lebih keras dan lebih besar berbanding dengan spesis berjenis jantan. Spesis jantan pula akan membebaskan debunga-debunga yang akan berjumpa dengan spesis betina.

7. Sebagai makanan Dinosaur zaman purba.

Spesis Parasaurolophus merupakan sepsis hadrosaur yang hidup di zaman dahulu. Ia merupakan spesis yang amat dikenali secara lazim kerana ia mempunyai bentuk kepala yang termasyur.

Spesis ini juga dikenali sebagai spesis dinosaur yang dikenali sebagai ‘duckbill’, ini kerana tengkorak haiwan zaman purba ini mempunyai bentuk yang serupa seperti spesis itik yang hidup pada zaman moden ini.

Spesis ini pernah berpijak di Bumi sekitar enam puluh juta tahun zaman dahulu, dan spesis ini berhabitat di tanah rawa mereka pada zaman Cretaceous. Ia didapati mempunyai rahang yang mempunyai rupa yang berbeza kerana ia mempunyai beribu barisan gigi yang amat sesuai untuk mengambil nanas batu yang amat kenyal.

Jika dibandingkan, spesis ini amat berbeza dengan spesis-spesis moden yang juga menggunakan nanas batu untuk sumber kehidupan, spesis-spesis seperti burung cakar dan tupai.

8. Menjadi barometer untuk alam sekitar.

Jika seseorang individu itu ingin mencari petunjuk atau tanda-tanda untuk mengetahui sama ada hutan tersebut berisiko tinggi untuk mengalami kebakaran, jika menemui nanas batu di sekitar lantai tanah di hutan walaupun pokok spesis itu menujukkan sisik yang masih lagi terbuka, ini menunjukkan bahawa lantai tanah di hutan tersebut adalah kering.

Untuk menunjukkan petanda apabila musjm sejuk pula, spesis pokok itu akan mengeluarkan nanas batu dalam saiz yang lebih besar serta jumlah yang lebih banyak.

Sumber

https://www.scientificamerican.com/article/unlocking-the-secrets-of-the-pinecone/#:~:text=But%20did%20you%20know%20that,might%20eat%20their%20precious%20cargo

https://www.huffpost.com/entry/thirteen-things-you-never_b_11763858

error: Content is protected !!