Ikea merupakan syarikat penjual perabot yang terkenal di dunia syarikat yang berasal dari Sweden ini mempunyai lebih dari 160 cawangan di 30 buah negara. Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 1943 oleh seorang remaja dari Sweden iaitu Ingvar Kamprad.
Ingvar Kamprad berjaya mengasaskan syarikat ini dan bahkan berjaya membawa nama ini menjadi syarikat penjualan perabot terbesar di dunia semasa zaman kegemilangannya.
Tahukah anda, lkea adalah singkatan dari nama depan dan belakangnya, ditambah dengan nama ladang keluarganya (Elmtaryd) dan nama kampungnya, Agunnaryd.
Beliau mengambil keputusan untuk memindahkan pejabat lkea dari Sweden ke Copenhagen di Denmark, pada tahun 1973 untuk mengelakkan cukai yang tidak menguntungkan bagi syarikatnya yang berkembang di Sweden.
Beliau juga membawa keluarganya berpindah ke Switzerland untuk memprotes kenaikan pajak di Sweden. Selepas itu, syarikat itu berpusat di Belanda, dan beliau kembali ke Sweden.
Sehingga kini, lkea mempunyai 370 kedai di 47 negara. Pada tahun 2014 penjualan makanan di ikea menyumbang sehingga AS$1.8 Billion.
Fakta Mengenai lKEA dan pengasanya
1. Wang Hadiah
Pengasas lkea Ingvar Kamprad, pada tahun 1943 menerima hadiah berupa wang tunai daripada bapanya ketika berusia 17 tahun. Beliau mendapat hadiah itu kerana berjaya semasa di sekolah. Dengan wang itu, beliau membeli pen, dompet, dan hiasan. Kemudian dia menjualnya. Pada tahun 1948, lkea menjual barang-barang tersebut.
2. Nama Sebenar lKEA
Huruf I dan K dari lKEA diambil dari nama beliau iaitu Ingvar Kampard. Manakala Huruf E dan A adalah huruf awal dari kampung tempat dia dibesarkan: Elmtaryd dan Agunnaryd. Dari sinilah lahirnya nama syarikat lkea
3. Iklan pertama IKEA
Pada tahun 1994, iklan lKEA di Amerika Syarikat memaparkan dua model homoseksual. Mereka diceritakan sedang membeli-belah di Ikea. Item yang diserlahkan dalam iklan ini adalah meja makan.
4. Gedung lKEA di CHINA
Di China para pengunjung kedai tersebut dibenarkan untuk tidur betul di atas katil. Jarang kedai lain melakukan hal ini.
5. Susun atur yang mengelirukan di IKEA
Sesiapa yang berkunjung atau membeli-belah di Gedung ini pasti akan melalui lorong-lorong yang membingungkan. Ini adalah strategi kedai. Menurut penyelidik dari University College London, laluan yang membingungkan ini berjaya mengalihkan perhatian mereka dan memerangkap pelanggan di kedai. Ini akan menjadikan pembeli impulsif, iaitu membeli barang tanpa berfikir.
6. Gedung terbesar ada di Korea Selatan
IKEA membuka kedai terbesar mereka di Korea Selatan pada tahun 2014. Ia meliputi kawasan seluas 60,000 meter persegi. Bolehkah anda bayangkan tak apa yang anda akan buat dekat sana?
7. Nama-nama produk yang tidak menarik
Tidak ada nama khusus untuk perabot yang dijual di IKEA. Semuanya mempunyai nama yang sederhana, bahkan tidak menarik. Ramai bertanya apa maksud sebenar di sebalik setiap nama yang diberikan. Sebagai contohnya, nama “Rugs” diambil sempena satu tempat di Denmark, dan rak buku berasal dari kata nama pekerjaan hasil terjemahan dari bahasa Sweden. Idea nama-nama yang dihasilkan oleh IKEA sebenarnya datang daripada pengasasnya iaitu ingvar Kampard yang mengidap penyakit Dislexsic (penyakit sukar untuk belajar atau mengingat) jadi menggunakan nama yang ringkas adalah satu kemudahan.
8. Boleh bernikah Di IKEA
Lebih dari satu majlis perkahwinan diadakan di IKEA. Di Sydney, sepasang suami isteri memenangi pertandingan perkahwinan di IKEA. Seperti di New Jersey, Dua pekerja kedai tersebut berkahwin di kedai itu pada tahun 2005.
9. Produk yang ringkas paling terkenal
Produk IKEA yang paling terkenal mempunyai ramai pembeli ialah rak buku yang bernama Billy.
Siapa sangka seorang remaja 17 tahun yang mempunyai penyakit Dislexsia berjaya membina empayar sebesar ini, dari sini kita belajar dengan usaha dan semangat kita mampu mengubah nasib diri dan keluarga. Semoga artikel ini memberi sedikit idea kepada anda untuk memulakan perniagaan sebesar ikea suatu hari nanti.
SUMBER:
https://www.idntimes.com/hype/fun-fact/francisca-christy/fakta-dari-toko-ikea/full/8
https://www.google.com/amp/s/economy.okezone.com/amp/2015/08/18/213/1198142/apa-arti-nama-ikea