Now Reading
Fakta Kawasaki dan Mitos Perlu Dicakna

Fakta Kawasaki dan Mitos Perlu Dicakna

fakta kawasaki

Fakta Kawasaki kurang diketahui berbanding mitos Kawasaki yang sering kita dengari di kalangan kanak-kanak berusia 5 tahun ke bawah.

Tapi sehingga kita masih belum menemui sebarang bukti yang tepat. Menurut mereka, penyakit ini mungkin dikaitkan dengan beberapa faktor seperti genetik, pendedahan kepada virus dan bakteria, dan juga faktor persekitaran seperti pendedahan terhadap bahan kimia dan bahan perengsa.

Apabila seorang kanak-kanak menghidap penyakit Kawasaki, saluran darah di seluruh tubuhnya akan meradang. Keadaan ini boleh merosakkan arteri koronari iaitu saluran yang menyalurkan darah ke hati.

Namun begitu, penyakit Kawasaki tidak hanya menjejaskan hati malah, ia juga boleh menyebabkan masalah dengan nodus limfa, kulit, lapisan mulut, hidung dan tekak.

Kanak-kanak yang menghidap penyakit ini akan mengalami simptom seperti demam berterusan, mata merah, pembengkakan jari dan kelenjar, muncul ruam, lidah berwarna merah (lidah strawberi) dan bibir yang merekah. Kebanyakan simptom ini berlaku dalam beberapa hari pertama selepas penyakit ini berlangsung. Tambahan lagi, terdapat juga simptom lain seperti kehilangan selera makan, cirit-birit, sakit perut, muntah dan jaundis. Walau bagaimanapun, simptom penyakit ini jarang berlaku pada masa yang sama.

Penyakit Kawasaki adalah penyakit yang serius kerana ia boleh menyebabkan kerosakan pada arteri koronari iaitu kerosakan pada saluran darah di dalam hati. Biasanya, kanak-kanak yang menghidap penyakit Kawasaki mudah jatuh sakit.  Rawatan awal merupakan kunci utama untuk mengurangkan risiko kerosakan jantung yang serius untuk sepanjang hayat. Penyakit Kawasaki adalah punca utama penyakit jantung yang diperolehi di kalangan kanak-kanak.

Berikut merupakan beberapa fakta dan mitos penyakit Kawasaki secara klinikal yang lazim dikaitkan.

Senarai Fakta Kawasaki dan Mitosnya

1. Mitos Kawasaki: Penyakit Kawasaki mempunyai simptom pengelupasan pada jari /telapak kaki

Fakta Kawasaki: Pengelupasan kulit hanya muncul pada sesetengah pesakit kanak-kanak. Pengelupasan kulit biasanya akan berlaku dalam masa selepas 10-21 hari setelah pesakit didiagnosis dengan penyakit Kawasaki. Jangan sekali-kali mengabaikan kes penyakit Kawasaki walaupun simptom pengelupasan kulit tidak berlaku pada anak anda.

2. Mitos Kawasaki: Rawatan IVIG boleh ditangguhkan selama 10 hari.

Fakta Kawasaki: Tiada jalan mudah untuk rawatan IVIG. Sekiranya keradangan masih berterusan, jangan menngguhkan rawatan IVIG! Tempoh rawatan IVIG adalah agak perlahan, jadi, anda perlu memulakan rawatan anak anda secepat mungkin seawal 5 hari selepas demam berterusan kerana rawatan awal boleh mengurangkan risiko Penyakit Jantung.

3. Mitos Kawasaki: Penyakit Kawasaki tidak mempunyai simptom khas

Fakta Kawasaki: Demam panas yang berterusan selama 5 hari merupakan simptom yang paling utama dalam Penyakit Kawasaki.

4. Mitos Kawasaki: IVIG mengurangkan kerosakan jantung dari 25% hingga 5%

Fakta: Dijangka 19% daripada semua kanak-kanak mengalami kerosakan kekal dan 39% bayi mengalami Aneurisma Arteri Koronari walaupun telah menjalani rawatan IVIG. Kemungkinan perkara ini berlaku adalah berkaitan dengan rawatan yang perlahan. Oleh itu, rawatan awal bagi penyakit Kawasaki adalah sangat penting.

5. Mitos Kawasaki: Penyakit Kawasaki jarang menyebabkan kerosakan jantung

Fakta Kawasaki: Sebenarnya, seramai 28% kanak-kanak yang menghidap Penyakit Kawasaki mengalami kerosakan jantung, manakala 19% daripada mereka mengalami Aneurisma Arteri Koronari yang kekal. Sementara itu, seramai 39% bayi mengalami Aneurisma Arteri Koronari. Rawatan yang lewat selalunya dikaitkan dengan risiko dan komplikasi yang lebih teruk.

Siapa yang berisiko menghidapnya?

1. Mitos Kawasaki: Kanak-kanak terlalu muda/terlalu tua untuk menghidap Penyakit Kawasaki

Fakta: Penyakit Kawasaki berlaku dalam kalangan kanak-kanak yang sangat muda dan lebih tua. Namun begitu, kesan sampingannya adalah sangat teruk pada bayi di bawah umur 1 tahun dan, seramai 25% daripada mereka yang terjejas adalah lebih tua dari 5 tahun.

2. Mitos Kawasaki: Penyakit Kawasaki sangat jarang berlaku dan anda tidak akan pernah menemui pesakitnya

Fakta: Penyakit Kawasaki semakin bertambah umum. Kes yang berlaku berkembang dua kali ganda setiap 10 tahun. Kini, kemasukan ke hospital bagi Penyakit Kawasaki telah meningkat sebanyak empat kali ganda sejak dekad yang lalu. Ia lebih kerap berlaku berbanding Meningitis Bakteria dan Campak.

Diagnosis Penyakit Kawasaki

1. Mitos Kawasaki: Echocardiogram adalah cara yang paling berkesan untuk mengesahkan diagnosis Penyakit Kawasaki

Fakta Kawasaki: Echocardiogram sangat berkesan untuk mengesahkan kerosakan pada jantung. Jika Penyakit Kawasaki dirawat dengan lebih awal, ia jarang mengakibatkan kerosakan jantung. Walaupun echocardiogram boleh merawatnya, ingatlah bahawa, jangan sekali-kali melengahkan rawatan untuk anak anda.

2. Mitos Kawasaki: Demam berterusan bersama semua 5 simptom yang lain wajib ada pada pesakit untuk mengesahkan diagnosis Penyakit Kawasaki

Fakta Kawasaki: 47% kes Penyakit Kawasaki pada kanak-kanak tidak mengalami semua simptom seperti yang disenaraikan. Bukan semua pesakit akan menunjukkan semua simptom Penyakit Kawasaki. Selain itu, simptom Penyakit Kawasaki juga berlaku secara bersiri. Sekiranya kanak-kanak mengalami demam yang berterusan dan 2 atau lebih simptom Penyakit Kawasaki, fikirkanlah mengenai impak yang boleh diberikan oleh Penyakit Kawasaki terhadap anak anda.

3. Mitos Kawasaki: Satu-satunya kerosakan jangka panjang bagi Penyakit Kawasaki adalah kerosakan jantung

Fakta Kawasaki: Penyakit Kawasaki adalah penyakit sistemik dan kesannya boleh menjadi besar. Ia boleh menjejaskan pendengaran, penglihatan, buah pinggang, sendi dan menyebabkan hidrops pundi hempedu. Bukan itu sahaja, ia juga boleh menyebabkan masalah terhadap tingkah laku.

Penjagaan Jangka Panjang

1. Mitos Kawasaki: Selepas pesakit telah sembuh dari Aneurisma Arteri Koronari, pesakit boleh dilepaskan daripada penjagaan sepenuhnya

Fakta Kawasaki: Semua pesakit dengan kerosakan jantung yang berterusan di luar fasa akut (walaupun ia akan ‘pulih’ kemudiannya) memerlukan penjagaan pakar sepanjang hayat mereka kerana mereka berisiko untuk mengalami Gangguan Jantung Utama.

2. Mitos Kawasaki: Tiada risiko kesihatan bagi pesakit pada masa hadapan

Fakta Kawasaki: Pesakit yang mengalami kerosakan jantung yang berkekalan mempunyai risiko tinggi untuk menghidap Stenosis Arteri dan Kalsifikasi. Jadi, penjagaan pakar seumur hidup adalah amat penting bagi mereka.

3. Mitos Kawasaki: Sejarah pesakit Penyakit Kawasaki masa lalu merupakan pertimbangan klinikal yang tidak relevan di kemudian hari

Fakta Kawasaki: Gangguan jantung yang teruk boleh berlaku pada pesakit yang mempunyai sejarah menghidap Penyakit Kawasaki pada masa lalu dan sejarah ini memerlukan penjagaan klinikal yang berterusan.

Sumber

https://www.societi.org.uk/resource/kawasaki-disease-myths-facts-do-you-know-kawasaki-disease/

https://medbroadcast.com/condition/getcondition/kawasaki-disease

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/kawasaki-disease/symptoms-causes/syc-20354598

https://www.webmd.com/children/what-is-kawasaki-disease

error: Content is protected !!