Now Reading
Fakta Pokok Melaka Yang Kita Tak Ketahui Sebelum Ini

Fakta Pokok Melaka Yang Kita Tak Ketahui Sebelum Ini

Pokok Melaka mempunyai tempat yang tersendiri di hati rakyat Malaysia kerana kita telah diajar bahawa nama negeri Melaka yang kita kenal pada hari ini dan pernah gah ketika zaman Kesultanan Melayu Melaka dahulu diambil bersempena nama pohon ini.

Kisahnya bermula apabila pengasas Melaka iaitu seorang putera raja dari Sumatera yang bernama Parameswara berasa kagum apabila melihat anjing buruan beliau ditendang oleh seekor pelanduk bertubuh kecil ketika duduk berehat semasa sesi beburu beliau. Beliau kemudiannya bertanyakan nama pokok tempat beliau duduk dan ternyata pokok tersebut ialah pokok Melaka. Maka bermulalah kisah Melaka menjadi sebuah tamadun yang hebat dan penuh bersejarah sehingga hari ini.

Tetapi berapa ramai antara kita ini yang betul-betul tahu perihal tumbuhan lagenda ini? Adakah pokok ini betul-betul wujud? Adakah pokok ini hanya sebuah hikayat sastera sahaja? Sebenarnya pokok ini betul-betul wujud dan pihak Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia juga telah menanam beberapa spesies ini di pinggir Sungai Melaka, di Bandar Hilir Melaka. Selain itu, di Insititur Penyelidikan Perhutanan Malaysia sendiri, mereka juga telah menanam spesies tumbuhan ini di sebelah bangunan rumah yang diberi nama Rumah Melaka. Menurut laman web Insititut Penyelidikan Perhutanan Malaysia, buah pohon ini sebenarnya boleh dimakan dan selalunya dibuat jeruk. Rasa buah ini manis-manis kelat dandisebabkan rasa inilah buah ini sangat sesuai dibuat jeruk.

Nama Lain Pokok Melaka

Pokok Melaka merupakan gelaran tempatan pokok ini. Nama saintifik pokok Melaka ialah Phyllanthus emblica dan turut juga dikenali sebagai emblic, myrobalan atau amla. Nama bahasa Inggeris bagi pokok ini pula ialah Indian gooseberry kerana pokok ini sangat banyak dijumpai di India. Pokok ini juga termasuk dalam keluarga tumbuhan Phyllanthaceae.

Morfologi Pokok Melaka

Morfologi merupakan cabang sains tumbuhan yang mengkaji struktur fizikal dan luaran tumbuhan. Secara umumnya, tumbuhan ini mempunyai morfologi yang kecil dan boleh tumbuh sederhana besar setinggi 1 meter sehingga 8 meter. Struktur batangnya bengkok dan tidak lurus dan dahan pokok Melaka tumbuh terbuka luas. Struktur daunnya ringkas, berwarna hijau muda dan tersusun rapat di ranting-rantingnya. Bunga pohon ini pula berwarna kuning kehijauan. Buahnnya pula berbentuk sfera, berwarna kuning kehijauan yang cerah. Buahnya berkulit licin dan teksturnya agak keras dengan enam garis menegak dari bawah buah ke tangkainya. Buahnya juga sangat berserat.

Pokok Melaka dan Budaya Buddha

Pokok Melaka juga disebut banyak kali dalam kitab-kitab Buddha. Nama pohon sendiri dipercayai berasal dari perkataan Sanskrit iaitu perkataan amalaki.

Di dalam kepercayaan dan tradisi masyarakat Buddha, separuh daripada buah pokok Melaka merupakan hadiah terakhir kepada penganut Buddah Sangha yang diberi oleh Maharaja India Purba iaitu Ashoka. Manakala menurut penganut Buddha Theravada, pohon ini dikatakan tumbuhan yang digunakan untuk mencapai peringkat “pencerahan” atau dikenali sebagai Bodhi oleh dua puluh Buddha yang pertama iaitu Phussa Buddha.

Khasiat Buah Pokok Melaka

Menurut penulisan seorang pakar diet, buah pokok Melaka ini kaya dengan Vitamin C dan turut dilaporkan mempunyai kadar antioksida yang tinggi. Perkara ini bermaksud buah pokok Melaka mempunyai potensi tinggi dalam menjaga kesihatan jantung.

Menurut beliau, buah ini banyak digunakan oleh masyarakat India dalam kehidupan seharian mereka dan juga digunakan sebagai rawatan herba tradisional.

Terdapat kajian yang dilakukan untuk mengkaji sekiranya buah ini boleh mengurangkan kadar sakit pedih hulu hati dan mengurangkan simptom penyakit GERD. Kajian ini dilakukan ke atas 68 orang yang sudah didiagnosiskan dengan penyakit GERD.

Kajian ini dilakukan dengan memastikan setiap peserta kajian ini menagmbil tablet yang mengandungi 1000 mg buah pokok Melaka selama empat minggu. Melalui kajian ini, para pengkaji menyaksikan bahawa frekuensi para peserta mendapat simptom GERD seperti pedih hulu hati dan muntah berkurang dengan mendadak apabila dibandingkan dengan kumpulan placebo.

Walaupun kajian ini nampak memberansangkan penulis artikel ini turut menyatakan kajian lebih lanjut wajar dibuat untuk hasil yang lebih meyakinkan.

Tinggi Antioksida

Selain itu, penulis SaVAnna Shoemaker ini juga turut menyatakan bahawa disebabkan buah pokok Melaka ini sangat tinggi dengan vitamin C, buah ini juga berpotensi dalam rawatan anti pernuaan. Hal ini disebabkan vitamin C merupakan antioksida yang boleh menghalang proses penuaan dan kemusnahan sel-sel. Sekaligus, perkara ini mungkin boleh memperlahankan proses penuaan manusia.

Antioksida ini juga mampu menghalang kemusnahan struktur kolagen. Hal ini bermaksud, buah pokok Melaka juga sangat berkhasiat dalam penjagaan kesihatan kulit kerana kulit memerlukan kolagen untuk kekal anjal dan sihat.

Manakala di Thailand, buah ini juga banyak digunakan untuk menggalakan pertumbuhan rmbut dan berkemungkinan besar buah pokok Melaka mengandugi enzim yang menghalang rambut gugur.

Satu kajian dalam tabung uji makmal jugatelah dilakukan berkenaan khasiat buah pokok Melaka ini. Ekstrak buah pokok Melaka juga berkemungkinan tinggi boleh melindungi kesihatana mata. Menurut kajian ini, ekstrak ini dikatakan menghalang proses degenerasi yang melibatkan umur tua di dalam sel mata.

Kesan Sampingan?

Bagaimana pula dengan kesan sampingan sekiranya buah pokok Melaka ini diambil berlebihan atau oleh sesetengah orang yang mempunyai komorbid iaitu penyakit-penyakit kronik lain.

Menurut artikel yang sama, buah juga berpotensi mencairkan darah kerana mempunyai bahan anti-platelet. Disebabkan itu, golongan yang sudah disahkan oleh doktor mempunyai masalah pendarahan atau seseorang yang mengambil ubat pencair darah atau sesorang yang ingin menjalani pemebedahan perlu merujuk kepada pakar kesihatan terlebih dahulu sekiranya ingin memakan atau mengambil makanan tambahan berasaskan buah Melaka kerana ada risiko darah pendarahan yang teruk.

Ada juga beberapa bukti yang menunjukkan buah ini berkemungkinan boleh menurunkan kadar gula dalam dalam darah. Jadi para pesakit Diabetis Tahap 1 dan Tahap 2 serta yang mempunyai isu berkenaan gula dalam diri anda.

Menarik bukan fakta-fakta ini? Ternyata banyak lagi yang kita tidak ketahui disebalik keunikan pohon lagenda ini.

SUMBER

https://www.frim.gov.my/ms/warna-frim/pokok-melaka-pokok-legenda

https://en.wikipedia.org/wiki/Phyllanthus_emblica

https://www.healthline.com/nutrition/indian-gooseberry#benefits

https://www.freepik.com/premium-photo/indian-gooseberry-juice_15875320.htm

https://www.freepik.com/premium-photo/indian-gooseberry-phyllanthus-emblica-malacca-tree-amla-fruit-emblic-fruits-sale-market_12887527.htm

https://www.freepik.com/premium-photo/indian-gooseberries-amla-fruit-tree-with-green-leaf-phyllanthus-emblica-traditional-indian_5496919.htm

error: Content is protected !!