Now Reading
Fakta Tentang Makanan Menurut Penulis-penulis Kesihatan

Fakta Tentang Makanan Menurut Penulis-penulis Kesihatan

Fakta tentang makanan menurut penulis-penulis kesihatan

Terdapat pelbagai resipi dan petua makanan sihat yang menarik di serata ‘Internet’ yang boleh dicuba, jadi kami kumpulkannya dalam artikel ini. Yang pasti, semua maklumat ini sahih daripada penulis-penulis kesihatan!

Cara Membuat Nata De Coco Daripada Pokok Aloe Vera Yang Ditanam Di Hadapan Rumah – Anis Affandi @Siraplimau.com 

Nata de coco adalah salah satu pemanis mulut yang tersedia di pasaran. Ia boleh didapati dalam bentuk jeli. Malah, ada juga yang menggunakan nata de coco dalam minuman manis seperti sirap dan laicikang. Menurut Anis Affandi dari Siraplimau.com, Nata de coco boleh dibuat sendiri menggunakan pokok aloe vera. Jadi, untuk sesiapa yang menanam pokok aloe vera di rumah, anda boleh cuba buat nata de coco di rumah. Baiknya, aloe vera memiliki banyak khasiat dan boleh menyejukkan badan dalam cuaca yang panas sebegini.

Antara kebaikan aloe vera ni adalah:

Cara membuat Nata de coco daripada Aloe Vera:

  1. Pilih daun aloe vera yang matang
  2. Selepas dipotong, keluarkan lendir berwarna kuning dengan mendirikan/condongkan aloe vera tersebut selama 30-60 minit. Lendir ini boleh menyebabkan tekak berasa gatal.
  3. Berhati-hati dengan duri di bahagian tepi yg tajam. Pertama sekali buang duri di bahagian kiri dan kanan daun aloe vera. Kemudian, buang bahagian kulit yg rata(bahagian depan). Selepas itu potong gel tersebut menjadi bentuk dadu. Langkah terakhir ialah potong kulit bahagian belakang yg sedikit melengkung.
  4. Masukkan jeli aloe vera ke dalam tapis dan siramkan air, biarkan seketika sehingga lendir bewarna putih hilang.
  5. Rebus dengan air panas  dalam 30-45 minit sehingga jeli aloe vera nampak lembut. Kemudian toskan air nya.
  6. Masak sekali lagi bersama gula batu dalam masa 15-20minit. Lebih kurang sepeket gula batu untuk sukatan seperiuk aloe vera. Tambah juga daun pandan supaya harum baunya.
  7. Sejukkan pada suhu bilik dan simpan dalam peti ais
  8. Minum dengan air kesukaan anda sewaktu pagi mahupun malam. Tidak perlu tambah gula kerana jeli ini sudah manis.

Selamat mencuba!

Tidak suka makan sayur? Kajian ini menunjukkan sesetengah individu membencinya secara genetik – Husna Halim @WorldOfBuzz

https://www.worldofbuzz.com/dont-like-vegetables-this-study-says-some-people-are-just-genetically-wired-to-hate-them/

Anda tidak suka sayur? Bergembiralah kerana sekarang anda mempunyai hujah yang kuat untuk menentang semua orang yang mengganggu anda untuk makan sayur.

Menurut Berita BBC, saitis Amerika Syarikat mengesahkan bahawa mewarisi dua salinan gen rasa yang jelek, kanak-kanak tersebut akan menerima deria rasa yang membawa kepada rasa pahit sayur-sayuran yang dimakan.

Hal itulah yang menjelaskan mengapa segelintir individu mengalami kesukaran untuk memakan sayur-sayuran dengan mencukupi seperti brokoli dalam diet mereka.

Tambahan lagi, gen tersebut akan menyebabkan sebarang makanan berasa pahit, seperti kopi dan coklat gelap.

Pada sisi yang lebih baik, mereka yang sensitif terhadap rasa pahit mungkin melindungi mereka daripada menghadam makanan yang beracun.

Walau bagaimanapun, menurut DR Jennifer Smith dan para penyelidik lain daripada University of Kentucky School of Medicine, ia juga boleh menjadi faktor yang bermasalah bagi individu-individu terbabit untuk makan sayur-sayuran dalam jumlah yang disyorkan.

Dalam istislah teknikal, ramai individu ewarisi gen rasa yang digelar TAS2R38, yang megekod protein dalam reseptor rasa di lidah yang membenarkan seseorang berasa kepahitan. Dengan mewarisi dua gen yang memiliki varian berbeza, anda mungkin memiliki tahap ketahanan terhadap kepahitan yang berbeza. Sebagai contoh:

  • AVI + AVI = Segelintir kimia tidak akan berasa pahit
  • AVI + PAV = kepahitan dirasakan tetapi tidak begitu ekstrem
  • PAV + PAV= “Super-tasters”, akan merasakan makanan yang sama sangat pahit
  • AVI dan PAV adalah salah satu varian gen TAS2R38.

Manfaat memakan petai – Nurzuraikha @theasianparent.com

  • Mengurangkan stres
    Petai mengandungi sejenis asid amino iaitu triptofan yang membantu pertumbuhan dan perkembangan tubuh.
    Selain itu, triptofan dapat membentuk niacin yang baik untuk kesihatan kulit dan pencernaan. Malah ia bagus untuk mengawal mood anda oleh kerana serotonin di dalamnya.
  • Menjauhkan risiko serangan strok
    Menurut penelitian oleh The New England Journal od Medicine, amalan memakan petai sebenarnya didapati boleh mengurangkan risiko terkena serangan strok dan ia baik untuk kesihatan.
  • Mengekalkan awet muda
    Lihatlah bukti nenek moyang kita yang mengamalkan ulam0ulaman dalam menu harian mereka, walaupun usia mereka bertambah tetapi segelintir mereka tetap kelihatan sihat dan kuat.
    Marilah kita mengamalkan ulam-ulaman yang baik untuk kesihatan seluruh tubuh badan.

SUMBER

https://siraplimau.com/cara-buat-nata-de-coco-guna-pokok-aloe-vera-yang-ditanam-di-hadapan-rumah-je/

https://worldofbuzz.com/dont-like-vegetables-this-study-says-some-people-are-just-genetically-wired-to-hate-them/

https://my.theasianparent.com/kebaikan-petai

error: Content is protected !!