Now Reading
Fertigasi Cili: Kisah Yang Tidak Pernah Diceritakan

Fertigasi Cili: Kisah Yang Tidak Pernah Diceritakan

fertigasi cili

Fertigasi cili boleh dilakukan dengan pelbagai cara. Banyak benda kena fikir, apa, bila dan bagaimana cara nak bagi tanaman cili ini hidup dan makan.

Ini sangat mengelirukan kalau anda masih baru lagi dengan cili, walaupun anda pernah tanam ia sebelum ini. Usaha yang banyak diperlukan untuk mencambah cili dalam jumlah yang banyak setiap tahun.

Anda bebas untuk ikut citarasa sendiri sambil garap pengalaman, berdasarkan cuaca, keadaan tanah dan tempat berkembang (contohnya macam di dalam pasu atau di dalam tanah). Ini hanyalah petunjuk asas buat anda.

KENAPA KENA BUAT FERTIGASI CILI?

Biji-ciji cili hanya cukup untuk menyokong cotyledons, daun embryonic dan tumbuh dulu. Kemudian, pokok cili akan meminta bantuan dalam usaha untuk bina struktur yang lebih kuat dan akhirnya mencambhakan buah.

Daun hijau (melainkan ianya jenis Black Pearl), mempunyai batang yang kuat, berbunga dengan sangat banyak dan lenggainya berwarna-warni adalah tanda cili anda diberi makan dengan baik.

NAK MULA PROSES FERTIGASI CILI DARI MANA?

Anda boleh bermula dengan menggunakan emulsi ikan atau ikan dan baja rumpai laut yang telah dicairkan untuk membantu percambahan anak lepas daun betulnya keluar. Baca arahan pada bekas sebelum menyiram pokok anda dengan kekuatan 1/4 kali ganda.

FOLIAR FEEDING

Tambahkan sulfat magnesium (garam epsom) terus ke daun dan tangkai lepas pokok sudah tiga atau empat set tumbuh daun betul. Garam epsom membuatkan dedaun pokok kekal sihat dan mengelak tumbuhnya dedaun hijau muda ke kekuningan.

Pastikan garam epsom yang anda gunakan tidak ada bahan tambahan seperti wangian atau kristal mandi. 1 sudu teh garam epsom di dalam satu gelen air. campur sebaati. Isikan botol semburan sehingga separuh penuh dan semburkan pada dedaun dan tangkai sehingga kena semua.

Sembur pokok anda selang seminggu. Satu minggu pertama sembur pokok dengan emulsi ikan, minggu hadapannya sembur pula dengan foliar feeding.

BERI MAKAN CILI-CILI DI LUAR RUMAH

Teruskan guna emulsi ikan atau ikan dan baja rumpai laut seperti biasa, tetapi kurangkan jumlahnya kepada separuh dari apa yang dicadangkan pada peket.

Anda tidak perlu kurangkan jumlahnya kalau tanam cili di dalam tanah. Buat foliar feeding pula, kekalkan jumlahnya seperti di dalam jadual. Cili luar rumah ada akan dapat manfaat dari nutrien tambahan yang bantu mereka berbunga, berbuah dan kekal sihat.

RUANG YANG DIPERLUKAN UNTUK CILI BERCAMBAH

Dalam 2 ke 3 kaki di setiap barisan, beri ruang kepada pokok-pokok cili anda sebanyak 18 hingga 36 inci bagi setiap pokok. Pokok anda berpotensi untuk meninggi sehingga 3 kaki.

Air! Kekalkan tahap kelembapan di dalam tanah,tetapi jangan sampai banjir pula ya. Cili sangat sukakan air seperti mereka sukakan matahari, tapi janganlah anda lemaskan pokok anda atau nant ia akan mati. Setiap 3 hari, bagi cili anda minum air yang mencukupi.

Sertakan juga makanan yang berkualiti tinggi. Caria pa yang boleh cambahkan cili anda samada di dalam tanah atau di kebun. Pastikan juga bebas ganja. Anda tidak mahu ganja curi air daripada poko cili anda.

TANAH YANG TERBAIK UNTUK TUMBESARAN

  • Tanah berkualiti baik (dengan kadar pH sekitar 6.2 dan 7.0)
  • Campuran pot (yang mempunyai baja kaya-nutrien)

AIR UNTUK PROSES FERTIGASI CILI

Pastikan tanah pokok anda kekal lembap bukan basah, secara umumnya semasa tanam cili. Biarkan tanah pokok  cili di dalam pot atau bekas anda terlalu kering juga tidak bagus. Bila cili sudah mula tumbuh, kurangkan jumlah air yang anda bagi, tapi jangan biarkan tanah mengering.

Sedikit fakta, suhu pencambahan terbaik buat pokok cili adalah sekitar 21 ke 32°C.

BAJA PILIHAN TERATAS

Baja tomato, kompos dan baja yang baik, bagus untuk tanaman cili. Untuk cili, baja asas 5-10-10 sudah mencukupi. Sebelum buat kerja pemindahan, masukkan cili ke dalam tanah dalam lebih kurang 3 paun per 100 kaki persegi. Gunakan larutan emulsi ikan dan rumpai laut.

Baja sekali lagi sebab cili sudah mula terbentuk. Kotoran atau kompos, dimasukkan ke dalam tanah sikit-sikit. Namun begitu, banyak isu yang puncanya datang dari tanah. Andai kata anda hadapai masalah, boleh lah lakukan ujian ke atas tanah.  

PENYAKIT DAN BINATANG PEROSAK

  • Tompokan bakteria
  • Cendawan
  • Mereput
  • Kutu daun
  • Labah-labah

BAGAIMANA DENGAN MATAHARI ATAU TEMPAT BERTEDUH?

Cili tumbuh di bawah cahaya matahari. Mereka bercambah di tempat teduh, tapi hasilnya tidak berapa banyak. Lebih baik anda cari tempat yang dapat cahaya matahari yang baik.

Walaupun ada sedikit bayang-bayang, taman adalah antara tempat yang dapat banyak cahaya matahari, bagi mereka bercambah dengan banyaknya.

BERAPA LAMA CILI NAK BERCAMBAH?

Cilia ada waktu matang yang meluas, tetapi majoritinya waktu matang mereka bermula dari 60 ke 150 hari. Cili yang manis mengambil 60 sehingga 90 hari untuk matang, manakala cili yang pedas ambil masa yang lebih lama.

Anggap saja lah macam ini iaitu jumlah hari matang yang disenaraikan pada paket benih ni merujuk kepada jumlah hari dari pokok cili dipindahkan sehingga tempoh matangnya.

TIPS FERTIGASI CILI

  • Jangan terlebih siram air pada pokok cili anda
  • Elakkan terlebih baja pokok cili anda.
  • Tebas pokok cili anda untuk tanaman yang lebat

Dengan teknologi moden, petani di Malaysia sekarang sudah boleh hasilkan lebih banyak fertigasi cili. Lebih kurang 3,650 kilogram cili yang berjaya dituai menggunakan fertigasi pintar berbanding 3,000 kilogram hasil cili yang menggunakan kaedah fertigasi tradisional.

Ribuan terima kasih kepada para petani kita dan teknologi yang terus membekalkan kita dengan cili berkualiti baik untuk hasil masakan yang lebih sedap.

Sumber:

https://growhotpeppers.com/fertilizing-your-chillies/

https://www.chilipeppermadness.com/growing-chili-peppers/growing-chili-peppers-guide/

error: Content is protected !!