Now Reading
fifty4ferns: Tempat Unik dan Menarik untuk bercuti!

fifty4ferns: Tempat Unik dan Menarik untuk bercuti!

fifty4ferns

Fifty4Ferns adalah tempat yang sempurna untuk menikmati keindahan alam semula jadi yang unik. Cuma 45 kilometer sahaja dari utara timur Kuala Lumpur Malaysia.

Fifty4ferns terletak di kaki bukit di pintu utama gunung di sebuah penempatan bernama Janda Baik, Pahang.

Fifty4Ferns berada di altitude 700 meter atas laut, anda akan merasa dingin yang selesa. Terdapat 24 chalet dan kabin yang disediakan untuk pengunjung. Diselubungi hutan tropika, di fifty4ferns anda akan menikmati pemandangan yang sangat indah dengan angin sejuk yang menenangkan bersama keindahan flora dan fauna.

Bunyi burung dan angin, tambahan pula dengan keindahan alam semula jadi pasti akan membuat anda merasa sangat tenang. Sangat sesuai untuk anda yang selalu sibuk bekerja di bandaraya.

Perjalanan ke fifty4ferns

Fifty4ferns terletak di kaki bukit tempat utama gunung di Kampung Cheringin Janda Baik, Pahang. Perjalanan ke situ sedikit mencabar. Jika anda menggunakan aplikasi waze, pasti akan ada sedikit masalah untuk mendapatkan signal internet kerana signal internet di situ agak perlahan dan tidak stabil. Kadang-kadang ada kadang-kadang takda macam biskut chipsmore. Tetapi jangan risau, petunjuk untuk ke situ akan ada untuk membantu perjalanan anda pergi ke situ. Pastikan anda peka dengan petunjuk yang disediakan di situ. Satu lagi cabaran dalam perjalanan untuk ke situ ialah jalan nya yang sangat kecik, maka anda perlu sangat berhati hati ketika memandu. Hal ini sedemikian kerana akan ada potensi untuk terjatuh ke dalam gaung jika anda membawa secara melulu atau berbahaya.

Tiba di fifty4ferns

Tibanya di sama, anda akan rasa seperti berada di taman indah dikelilingi flora dan fauna yang sangat nyaman. Bayangkan keadaan dikelilingi oleh hutan hijau, pokok yang banyak, air sungai yang jernih mengalir dan bunyi burung yang sentiasa berkicauan. Pasti anda akan rasa sangat teruja dan terpesona melihat dan merasakan keindahan semula jadi ini. Tiada asap seperti di bandar di sini dan anda boleh menghirup udara yang sangat segar. Anda juga boleh menikmati kesejukan angin di sini seperti apa yang dijangka bila berada di tanah tinggi.

Keadaan di fifty4ferns

Keluasan kawasan ini adalah lebih kurang dalam 8 hektar luas. Ianya dimiliki oleh Tan Sri Khamil Jamil yang pada asalnya untuk membuat tempat ini sebagai tempat hujung minggu untuk keluar beliau merehatkan diri. Hal ini tetapi, anak beliau sudah semakin dewasa dan jarang untuk datang ke tempat ini. Maka dengan itu, belia menjadikan tempat ini sebagai tempat pelancongan dan terbuka untuk semua orang. Tempat ini juga dijadikan satu resort yang sangat menarik untuk dikunjungi.

Jika anda berpeluang untuk berjumpa dengan beliau, anda pasti sangat senang bertemu beliau atas kerana sifat belia yang sangat baik, friendly dan rendah diri.

Keindahan flora dan fauna

Atas dasar minat dan cinta kepada alam semula jadi, Tan Sri Khamil telah melaburkan banyak tenaga dan wang untuk membina resort yang indah ini. Di setiap landskap akan tidak akan terlepas hiasan tanaman dan pokok yang cantik walaupun untuk melintasi jambatan kecil untuk menyeberang sungai ke jakuzi dan rumah pokok pasti akan ada tempat atau lubang tanah untuk meletakkan pokok supaya tumbuh di situ.

Chalet bernama Lantana

Antara chalet di sini adalah bernama Lantana, di nama kan dari nama pokok bunga (Shrub Vernebas). Chalet ini sangat selesa dan ebrsama dengan katil saiz king dan sofa yang boleh menempatkan lebih kurang 4 orang dewasa atau 2 orang dewasa dan 2 kanak-kanak. Terdapat juga television dengan siaran Astro seperti Astro Ceria, Diva dan lain. Terdapat juga tempat buat teh dan kopi, peti ais dan air minuman dengan harga yang berpatutan dan air mineral percuma untuk anda/

Terdapat juga pendingin hawa dan kipas siling walaupun memang suasana di sana agak sejuk. Kecuali memang panas sangat, baru akan dihidupkan pendingin hawa tersebut. Tandas dan tempat mandi di sana memang sangat cantik dan selesa. Tuala yang disediakan sangat berkualiti tinggi dan lembut. Tekanan air yang disediakan juga cukup kuat dan memang sempurna.

Di hadapan Chalet ini akan ada hammock untuk anda berehat. Terdapat juga satu khemah yang berbentuk ikan pari di atas sungai yang diikat ketat antara sungai di situ, Anda boleh meletakkan kaki anda di dalam sungai yang sejuk itu menggunakan celahan lubang di dalam khemah tersebut. Kalau tidak mahu, anda boleh sahaja duduk sambil berehat di situ sambil mendengar air sungai mengalir dan bunyi semula jadi di situ.

Aktiviti di situ

Terdapat juga basikal di situ untuk anda jika ingin melihat pemandangan di situ menggunakan basikal. Basikal yang disediakan adalah percuma tetapi siapa sampai dahulu dia yang dapat. Anda boleh berjalan sahaja pun sudah puas hati sebenarnya.

Terdapat juga kolam renang untuk anda jika anda mahu mandi. Tinggi kolam itu hanya 4 kaki kedalaman dan ada juga kolam untuk kanak-kanak. Terdapat juga surau kecil yang cantik diperbuat dari cermin di mana anda boleh solat disini.

Terdapat juga tempat memberi makan haiwan seperti monyet dan kancil. Terdapat juga kolam ikan untuk diberi makan. Bayangkan 1 guni makanan ikan setiap hari akan diberi pada ikan ini setiap hari.

Makanan

Ambil perhatian bawaha fifty4ferns tidak menyediakan makanan di sini tetapi anda boleh mencari makanan berdekatan hanya jarak perjalanan sahaja. Lebih kurang 5 minit perjalanan memandu untuk dapat ke tempat makan yang berada di jalan utama. Tapi pastikan anda pergi sebelum gelap dan beli sekali snek untuk teman makan pada malam hari.

Secara keseluhannya, percutian disini sangat menakjubkan di mana rasa alam semula jadi dan keselesaan adalah yang paling utama.

Semoga informasi ini memberi manfaat kepada anda semua, terima kasih kerana membaca artikel ini.

Sekian

Sumber:

https://www.fifty4ferns.com.my/Home/OurStory

https://livelifelah.com/2017/08/15/paradise-found-at-fifty4ferns-resort-janda-baik-pahang/

error: Content is protected !!