Now Reading
Flomax (Pembesaran prostat) – Kegunaan, kesan sampingan, interaksi

Flomax (Pembesaran prostat) – Kegunaan, kesan sampingan, interaksi

Flomax

Pengenalan

Flomax (tamsulosin) adalah penyekat alfa yang mengendurkan otot-otot di leher prostat dan pundi kencing, menjadikannya lebih mudah untuk membuang air kecil. Ia membantu meningkatkan aliran air kencing pada lelaki yang mempunyai keadaan hiperplasia prostat jinak (BPH).

BPH adalah pembesaran prostat yang bukan terjadi disebabkan kanser. Ia adalah satu perkara biasa di kalangan lelaki yang lebih tua. Kadangkala, prostat menjadi sangat besar sehingga menghalang aliran air kencing. Jadi, Flomax berfungsi dengan merehatkan otot-otot di pundi kencing dan prostat, bagi mendorong kepada peningkatan aliran air kencing dan gejala BPH yang kurang.

Kegunaan Flomax

Flomax digunakan oleh individu lelaki untuk merawat gejala prostat yang membesar (hiperplasia prostat jinak). Ia tidak mengecilkan prostat, tetapi berfungsi dengan merehatkan otot-otot di prostat dan pundi kencing. Ini membantu melegakan simptom BPH seperti kesukaran memulakan aliran air kencing, aliran lemah dan keperluan untuk membuang air kecil dengan kerap atau segera (termasuk pada waktu tengah malam).

Kesan sampingan Flomax

Ubat ini boleh menyebabkan kesan sampingan yang serius termasuk:

  • pening kepala
  • ereksi yang bertahan lebih dari 4 atau menyakitkan

Dapatkan bantuan perubatan segera, jika anda mempunyai gejala yang disenaraikan di atas. Tambahan pula, kesan sampingan yang paling biasa termasuk:

  • ejakulasi tidak normal
  • penurunan jumlah air mani
  • pening
  • mengantuk
  • kelemahan
  • hidung berair
  • batuk
  • sakit belakang
  • sakit dada
  • loya
  • cirit-birit
  • masalah gigi
  • penglihatan kabur
  • masalah tidur (insomnia)
  • penurunan minat terhadap hubungan seksual

Beritahu doktor jika anda mempunyai kesan sampingan yang mengganggu anda atau tidak sembuh dalam tempoh masa tertentu. Ketahui juga bahawa ini bukanlah senarai penuh berkaitan kesan sampingan Flomax yang boleh berlaku. Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut, bertanyakan kepada doktor atau ahli farmasi anda.

Interaksi Flomax

Pengeluaran Flomax dari badan dapat dikurangkan dengan:

  • erythromycin
  • ketoconazole (Nizoral, Extina, Xolegel, Kuric)
  • paroxetine (Paxil)
  • cimetidine (Tagamet)
  • ritonavir (Norvir)
  • lopinavir
  • ubatan lain yang mengurangkan pengeluaran ubat oleh enzim hati

Pengeluaran yang berkurangan boleh menyebabkan peningkatan kesan sampingan ubat ini. Perencat PDE-5 (contohnya, vardenafil [Levitra, Staxyn], Adcirca, sildenafil [Viagra, Revatio], tadalafil [Cialis]) boleh menyebabkan penurunan tekanan darah kerana Flomax serta dapat mengakibatkan penurunan tekanan darah yang teruk.

Kontraindikasi Flomax

Sebelum mengambil sebarang ubat, beritahu doktor atau ahli farmasi anda jika anda alah kepadanya atau jika anda mempunyai alahan lain. Produk ini mungkin mengandungi bahan tidak aktif, yang boleh menyebabkan reaksi alergi atau masalah lain. Bercakap dengan ahli farmasi anda untuk maklumat lebih lanjut.

Di samping itu, beritahu doktor atau ahli farmasi mengenai sejarah perubatan anda, terutamanya mengenai masalah kesihatan seperti tekanan darah rendah, masalah mata tertentu (katarak, glaukoma).

Ubat ini boleh membuatkan anda pening atau mengantuk. Alkohol atau ganja (kanabis) boleh membuatkan anda lebih pening atau mengantuk. Jangan memandu, menggunakan mesin, atau melakukan perkara yang memerlukan kewaspadaan sehingga anda dapat melakukannya dengan selamat. Hadkan pengambilan minuman beralkohol. Serta, bercakap dengan doktor anda jika anda ada menggunakan ganja (kanabis).

Sebelum menjalani pembedahan (termasuk pembedahan mata katarak / glaukoma), beritahu doktor atau doktor gigi anda jika anda ada mengambil atau pernah mengambil ubat ini, serta mengenai semua produk lain yang anda gunakan (termasuk ubat preskripsi, ubat tanpa preskripsi dan produk herba).

Orang dewasa yang lebih tua mungkin lebih peka terhadap kesan sampingan ubat ini, terutamanya tanda seperti pening dan tekanan darah rendah ketika bangun dari posisi duduk atau berbaring. Kesan sampingan ini dapat meningkatkan risiko untuk jatuh.

Flomax dan kehamilan

Flomax tidak dipreskripsikan untuk wanita kerana ubat ini hanya digunakan pada individu lelaki. Serta, ianya tidak diketahui adakah Flomax boleh dirembeskan ke dalam susu manusia.

Dos Flomax

Kapsul Flomax 0.4 mg sekali sehari disyorkan sebagai dos untuk rawatan tanda-tanda dan gejala BPH. Ia mesti diberikan kira-kira satu jam setengah selepas makan pada waktu yang sama setiap hari. Selain itu, ia juga tidak boleh dihancurkan, dikunyah atau dibuka.

Bagi pesakit yang gagal memberi tindak balas kepada dos 0.4 mg setelah 2 hingga 4 minggu dos, dos kapsul Flomax dapat ditingkatkan menjadi 0.8 mg sekali sehari. Kapsul Flomax 0.4 mg tidak boleh digunakan bersama dengan perencat kuat CYP3A4 (seperti ketoconazole)

Sekiranya pemberian kapsul Flomax dihentikan atau terganggu selama beberapa hari pada dos 0.4 mg atau 0.8 mg, terapi harus dimulakan semula dengan dos 0.4mg sekali sehari.

SUMBER

https://www.webmd.com/drugs/2/drug-4154/flomax-oral/details

https://www.drugs.com/flomax.html

https://www.healthline.com/health/enlarged-prostate/flomax-side-effects

https://www.rxlist.com/flomax-drug.htm

https://www.medicinenet.com/tamsulosin/article.htm#what_else_should_i_know_about_flomax_tamsulosin

error: Content is protected !!