Gam Gajah merupakan antara gam yang paling susah nak hilangkan sekiranya terkena pada sesuatu terutamanya jari. Sampai rasa hampir putus asa nak hilangkan. Memang stress kan kalau terkena jari lepastu tumpah ke baju pula. Fuh.
Anda pernah alami situasi tersebut?
Anda jangan susah hati lagi, untuk artikel kali ini, kami akan kongsikan tips-tips untuk hilangkan gam gajah yang melekat pada jari dengan mudah dan paling penting, pasti berkesan!
Mari teruskan membaca.
Apa Itu Gam Gajah?
Gam gajah adalah sejenis gam Cyanoacrylate yang membawa ciri-ciri sebagai gam melekat segera. Gam gajah dikenali dengan nama ini kerana terdapat gambar gajah pada pembungkusnya. Ia juga dikenali dengan nama Super Glue.
Biasanya gam gajah digunakan apabila hendak melekatkan satu benda yang mempunyai dua permukaan dengan kuat. Tidak seperti pelekat tradisional yang berasaskan air, gam cyanoacrylate terdiri daripada resin akrilik.
Bahan utama dalam gam cyanoacrylate adalah cyanoacrylate, yang merupakan monomer akrilik yang berubah menjadi keadaan plastik setelah diawetkan (curing). Ciri-ciri khas ini menyebabkan ia sukar dihilangkan apabila terkena jari atau baju.
5 Cara Mudah Hilangkan Gam Gajah Yang Terkena jari
Air Suam + Sabun
Gunakan air suam (jangan air yang mendidih ya!) dan campurkan sedikit sabun pencuci tak kisah sabun mandi atau, sabun cuci pinggan dan lain-lain. Kemudian, rendam jari anda sambil gosok dengan lembut di kawasan yang terkena gam tadi.
Cara ini sesuai dilakukan sekiranya gam tersebut belum kering sepenuhnya. Jadi, sekiranya jari anda terkena gam gajah, cepat-cepat letakkan air suam dan sedikit sabun ke dalam mangkuk, kemudian rendam jari anda. Anda disyorkan untuk rendam dalam masa 5-10 minit. Hangat-hangat air akan dapat mencairkan gam tersebut.
Garam
Selain itu, anda juga boleh menggunakan garam. Garam akan bertindak seperti skrub dan menanggalkan gam yang terkena di jari anda. Caranya ialah, basahkan kedua tapak tangan anda. Seterusnya, ambil sedikit garam dan sental pada kawasan yang terkena gam. Buat secara perlahan-lahan dan lembut sahaja untuk mengelakkan jari anda terluka. Sekiranya terdapat luka pada jari, elakkan guna cara ini. Hal ini kerana, garam akan menyebabkan luka anda berasa pedih.
Minyak
Anda juga boleh gunakan apa-apa jenis minyak untuk menghilangkan gam gajah pada jari anda. Antaranya ialah minyak makan, minyak rambut, minyak kelapa dan lain-lain. Minyak dapat membantu melembutkan gam yang melekat pada jari anda seterusnya membolehkan gam tersebut tertanggal dengan mudah.
Caranya, rendam terlebih dahulu jari anda ke dalam air yang bersuhu suam dan kemudian, ambil sedikit minyak dan gosokkan. Gunakan minyak dalam kuantiti banyak untuk mempercepatkan proses penanggalan gam.
Mentega
Mentega mempunyai ciri yang lebih kurang seperti minyak. Oleh itu, anda juga boleh menggunakan mentega untuk menggantikan minyak. Caranya adalah sama. Rendam jari ke dalam air suam dan kemudian gosokkan dengan mentega.
Perahan Lemon
Jus perahan lemon mempunyai asiditi yang tinggi dan dapat mengurangkan daya lekat gam. Hal ini menyebabkan gam yang terkena pada jari anda mudah untuk ditanggalkan. Anda hanya perlu rendamkan jari anda ke dalam jus perahan lemon selama beberapa minit sehingga gam tersebut lembut dan larut.
Penghilang Cat Kuku (Nail Polish Remover)
Sekiranya anda mempunyai nail polish remover, anda boleh gunakannya untuk menghilangkan gam yang terkena pada jari. Penghilang cat kuku atau nail polish remover mengandungi acetone yang boleh melarutkan gam gajah tersebut.
Caranya, ambik penghilang cat kuku anda dan tuangkan ke dalam bekas yang memuatkan jari anda. Rendam jari anda sekitar beberapa minit sehingga gam tersebut cair. Kaedah ini juga boleh digunakan sekiranya gam terkena ada pakaian dan sebagainya.
Ketika menggunakan penghilang cat kuku, anda perlu berhati-hati kerana ia mengandungi bahan kimia yang toksik. Anda perlu membilas semula cari anda dengan air bersih selepas itu.
Perlu diingat bahawa Acetone sangat toksik dan anda perlu mencuci jari dengan sempurna selepas itu.
Vaseline (Petroleum Jelly)
Vaseline merupakan satu produk yang multifungsi dan sangat berguna dalam banyak keadaan seperti digunakan untuk memperbaiki rekahan tumit, melembabkan bibir sehinggalah menghilangkan gam gajah yang terkena jari!
Mudah saja cara nak gunakannya, iaitu basahkan jari dengan air sabun dan letak sedikit sabun. Kemudian, sapukan vaseline pada bahagian yang terkena gam. Gosok perlahan-lahan sehingga gam tersebut hilang.
Glue Remover (Penanggal Gam)
Sekiranya semua cara tak jalan jugak, anda boleh cuba dapatkan glue remover ini di mana-mana kedai kraf berhampiran. Atau, anda boleh beli siap-siap sebagai persediaan. Glue remover ini sesuai digunakan untuk tangan, fabrik dan lain-lain material sekiranya terkena gam gajah.
Boleh beli awal-awal ya!
Penutup
Untuk mengelakkan gam terkena jari anda, sebaik-baiknya anda bersiap sedia memakai sarung tangan ketika menggunakannya. Gunakan secara berhati-hati. Apapun, jangan pening kepala lagi. Anda boleh cuba ya tips-tips di atas.
Selamat mencuba!
Sumber:Â
https://www.buletinfm.audio/7-cara-hilangkan-gam-gajah-super-glue-pada-jari-kasut-baju-dan-plastik/
https://www.mstar.com.my/xpose/i-suke/2020/05/21/nak-raya-ni-ramai-rajin-bertukang-jangan-panik-kalau-terkena-039super-glue039-ada-4-cara-mudah-menanggalkannya