Now Reading
Garden of Eden Malaysia dan 5 Alternatif Yang Baik Untuk Penjagaan Kulit

Garden of Eden Malaysia dan 5 Alternatif Yang Baik Untuk Penjagaan Kulit

Garden of Eden

Penjagaan kulit muka adalah amat penting untuk semua individu tidak kira lelaki atau perempuan, tua atau muda. Pada masa kini terdapat banyak pilihan produk penjagaan kulit muka di pasaran sehingga kita boleh menjadi rambang mata memilih pilihan hati kita bagi menjaga kulit muka. Oleh itu, kita harus berjaga-jaga dengan ramuan yang ada didalam produk dipasaran. Produk Garden of Eden adalah satu produk yang terjamin ramuan yang selamat untuk digunakan.

Untuk membeli produk hilang , sila layari healthmart.co, penaja kami yang menjual produk kesihatan yang bermutu and asli. Terima kasih atas sokongan anda.

Garden of Eden Milk Cleanser

GARDEN OF EDEN Milk Cleanser

RM18.55

Pembersih muka adalah pembersih muka yang melembabkan kulit. Ia adalah untuk pengguna yang mempunyai kulit yang kering dan sensitif. Produk ini boleh menghilangkan kotoran tanpa merengsakan kulit. Ia juga dapat melembabkan kulit dan memberi perlindungan antioksidan kepada kulit muka. Ia mempunyai wangian yang amat sesuai untuk pengguna kulit sensitif dan juga mengandungi kebaikan lidah buaya. Produk ini adalah bebas sabun, hypoallergenic dan bukan komedogenik.

Nano milk cleanser

NANO Clarifying Milk Cleanser

RM18.04

Pembersih muka ini tidak berminyak dan ringan, serbaguna dan dapat menghilangkan kotoran di permukaan kulit muka dari liang dalam sehinnga ke luar. Ia boleh membersihkan dan menghilangkan semua kesan kotoran dan solekan dengan berkesan, menjadikan kulit muka rasa segar dan bersih. Produk ini mampu menyingkirkan semua kesan kotoran pada permukaan kulit tanpa meyebabkan kulit menjadi kering. Diperkaya dengan teknologi Omega White-C dan Nano dan ia adalah amat sesuai untuk semua jenis kulit.

Garden of Eden Toner

GARDEN OF EDEN Soothing Toner

RM21.70

Toner muka ini mengandungi tanin astringen yang dapat membantu mengecilkan pori-pori yang besar tanpa mengeringkan kulit. Ia juga mempunyai kesan yang menenangkan dan memberikan sensasi sejuk pada kulit. Produk ini diperkayakan dengan sifat pelembap untuk kulit di mana ia menggalakkan penghidratan kulit & meningkatkan keanjalan kulit. Ia juga diperkayakan dengan sifat anti-radang, flavonoid, polifenal, proanthocyanidin oligomer kompleks dan asid linoleik.

Simple toner

SIMPLE Soothing Facial Toner

RM13.80

Toner muka ini mempunyai gabungan kebaikan kulit untuk membantu menjaga kulit agar tetap segar sentiasa. Gabungan ini merangkumi ramuan seperti Pro-Vitamin B5, Chamomile, Witch Hazel dan Allantoin. Produk ini amat sesuai untuk digunakan selepas membersihkan muka anda dengan pembersih muka dan sebelum menggunakan pelembap anda pada waktu pagi dan malam untuk membantu menghilangkan kesan kotoran dan solekan dari kulit anda. Ia adalah amat sempurna untuk pengguna kulit sensitif kerana ia tidak mengandungi pewangi tiruan, dan tidak ada bahan kimia lain yang boleh mengganggu kulit anda.

garden of eden anti aging serum

GARDEN OF EDEN Grape E Anti Aging Serum

RM62.95

Serum ini berfungsi dengan menggalakkan pembaharuan sel dan penghidratan kulit dengan nutrien asid lemak penting dari minyak anggur. Ia juga akan menguatkan dan melindungi kolagen kulit untuk melawan serangan radikal bebas, penuaan pramatang di permukaan kulit, dan penampilan garis-garis halus dan kedutan. Serum ini juga melindungi dan mempertahankan kulit daripada sinaran UV kuat dan berbahaya keatas kulit muka, dan tekanan daripada persekitaran. Ia dapat melambatkan dan membalikkan tanda-tanda penuaan ke atas kulit muka.

Loreal Revitalift Serum

L’OREAL Revitalif Crystal Micro Essence

RM39.90

Serum ini berfungi dengan melembapkan dan menyegarkan kulit agar kelihatan halus dan bertenaga selalu. Tekstur kulit akan nampak lebih halus, warna kulit muka akan kelihatan lebih sekata. Kedutan juga akan kelihatan berkurang dan wajah kembali tegang, menjadikan kulit kelihatan lebih muda. Dalam masa 4 minggu, wajah kembali tegang. Tompok gelap di kulit muka akan kelihatan berkurang dan kulit kelihatan lebih muda. Tekstur berkrim ultra ringan membolehkan penyerapan dengan segera menjadikan kulit anda kenyal, licin, segar tanpa rasa berminyak.

garden of eden moisturiser

GARDEN OF EDEN Satin White Day Cream

RM28.00

Krim muka ini mempunyai tekstur lembut, ringan dan tidak berminyak, Satin White Day Cream SPF 30 adalah krim muka yang boleh digunakan pada waktu siang dan sesuai untuk semua jenis kulit, termasuk kulit berminyak dan sensitif. Ia berfungsi dengan dua cara: sebagai pelindung matahari dengan perlindungan spektrum luas (terhadap sinar UVA dan UVB), dan sebagai pemutih kulit. Produk ini mengandungi ester vitamin C, ia memutihkan dan meratakan warna kulit secara beransur-ansur. Ia juga mengandungi bahan antioksidan kuat seperti ekstrak ginkgo biloba, minyak biji anggur dan vitamin E semula jadi

garnier moisturiser

GARNIER Light Complete Whitening Serum Day Cream

RM18.13

Formula krim serum yang baru ditingkatkan dengan 3X Vitamin C & Limau Yuzu Segar dari Jepun. Light Complete Whitening Serum Cream SPF36 / PA boleh membantu meratakan warna kulit muka dan menampilkan warna kulit yang lebih cerah. Dengan penggunaan kerap krim muka ini, ia dapat mencapai 3 warna lebih cerah dan juga dapat melawan kerosakan radikal bebas. Krim serum ini mempunyai tekstur yang ringan dan penyerapan cepat, dengan formula perlindungan matahari SPF36. Kulit juga akan kelihatan lebih halus walaupun tanpa aplikasi solek.

Garden of Eden Stretch mark oil

GARDEN Of EDEN JOJO E Stretch Mark Serum

RM28.00

Serum ini berfungi untuk melindungi dan menguatkan kulit daripada kesan regangan, menggalakkan pertumbuhan semula kulit, memudarkan kesan regangan lama, memberi kelegaan segera daripada kulit kering, mempunyai kesan pelembapan yang sangat baik, terhadap kulit kering & retak untuk seketika. Serum ini mempunyai khasiat yang sangat baik untuk kulit & rambut. Ia berfungsi sebagai emolien apabila digunakan secara tropikal dan mencegah kulit menjadi kering. Diperkaya dengan nutrien asid lemak asid linolenik gamma, vitamin E dan proanthocyanidin oligomer kompleks.

bio oil

BIO Oil

RM53.62

Bio ‑ Oil adalah minyak penjagaan kulit khas yang membantu memperbaiki penampilan parut, kesan regangan dan warna kulit yang tidak sekata. Ia juga berkesan untuk penuaan dan kulit kering. Formulasi Minyak Bio is adalah gabungan daripada ekstrak tumbuhan dan vitamin oil based. Ia mengandungi ramuan PurCellin Oil ™, yang mengubah keseluruhan konsistensi formulasi, oleh itu ia menjadikan minyak ini ringan dan tidak mempunyai rasa berminyak di atas kulit. Ramuan tersebut juga memastikan kebaikan yang terdapat dalam vitamin produk ini dan ekstrak tumbuhan mudah diserap ke dalam kulit anda.

error: Content is protected !!