Gigitan labah-labah jarang berlaku. Namun, sekiranya anda digigit oleh labah-labah, ia boleh menyakitkan dan kadangkala berbahaya. Walau bagaimanapun, labah-labah hanya menggigit sebagai salah satu langkah mempertahankan dirinya ketika berasa terperangkap atau di bawah ancaman. Keadaan ini boleh berlaku jika seseorang meletakkan tangannya di dalam kotak yang terdapat seekor labah-labah atau memakai pakaian dengan labah-labah yang tersembunyi di celahnya.
Kebanyakan labah-labah menggunakan racun untuk membunuh mangsa mereka. Maksudnya, majoriti labah-labah adalah berbisa. Namun begitu, dalam hampir semua racun labah-labah adalah terlalu lemah untuk memberi kesan yang ketara kepada manusia. Bukan itu sahaja, banyak spesies labah-labah mempunyai taring yang tidak boleh menembusi kulit manusia. Jika seekor labah-labah menggigit seseorang, selalunya ia tidak akan mengancam nyawa, sama seperti gigitan serangga biasa.
Walau bagaimanapun, sesetengah spesies labah-labah menghasilkan racun yang cukup kuat sehingga boleh membahayakan seseorang. Sebagai contoh, dua jenis labah-labah yang dikategorikan sebagai berbisa adalah ‘Black Widow’ dan ‘Brown Recluse Spider’.
Simptom Gigitan Labah-Labah
Kebiasaannya, Gigitan Labah-Labah kelihatan sama seperti gigitan serangga lain iaitu muncul ruam merah pada kulit anda yang kadangkala gatal atau menyakitkan. Gigitannya juga mungkin tidak disedari oleh anda. Tetapi, spesies labah-labah yang berbisa cenderung menyebabkan simptom lain.
Gigitan ‘Black Widow’
Tanda-tanda dan simptom Gigitan ‘Black Widow’ termasuklah:
- Kesakitan dan bengkak. Anda mungkin mengalami kesakitan dan pembengkakan di sekeliling kawasan gigitan yang boleh merebak sehingga ke dalam perut, belakang atau dada anda.
- Kekejangan. Anda juga mungkin akan mengalami kekejangan perut yang teruk, dan kadangkala disalah anggap sebagai Radang Apendiks atau Apendiks Pecah.
- Mengeluh. Anda mungkin mengalami kerengsaan, loya atau berpeluh.
Gigitan Labah-Labah ‘Brown Recluse’
Kesakitan yang dikaitkan dengan Gigitan Labah-Labah Brown Recluse biasanya semakin meningkat lapan jam pertama selepas gigitan berlaku. Selain itu, anda juga mungkin akan mengalami Demam, badan menggigil dan sakit badan. Gigitan selalunya akan sembuh sendiri dalam satu minggu. Namun, kadangkala kulit di kawasan gigitan akan bertukar warna biru atau ungu dan kemudiannya menyebabkan Ulser yang akan membesar apabila kulit di sekitarnya mati. Ulser akan berhenti bercambah dalam tempoh 10 hari selepas gigitan, tetapi selalunya ia mengambil masa berbulan untuk sembuh sepenuhnya.
Punca Gigitan Labah-Labah
Simptom Gigitan Labah-Labah yang teruk berlaku akibat daripada racun yang disuntik oleh labah-labah. Keparahan simptom bergantung pada jenis labah-labah, jumlah racun yang disuntik dan betapa sensitifnya badan anda terhadap racun.
Diagnosis Gigitan Labah-Labah
Doktor anda mungkin mengesyaki Gigitan Labah-Labah berdasarkan sejarah dan simptom yang anda alami. Ia mungkin melibatkan anda berunding dengan seorang doktor dan menunjukkan gigitau atau simptom yang dialami. Seorang doktor pakar boleh membantu mengenal pasti jenis labah-labah yang menggigit anda atau memutuskan kemungkinan simptom dari penyakit lain.
Faktor Risiko Gigitan Labah-Labah
Faktor risiko Gigitan Labah-Labah boleh berlaku di sekitar kawasan habitat labah-labah dan apabila anda mengganggu habitat semula jadinya. Labah-labah ‘Black Widow’ dan labah-labah “Brown Recluse” suka tinggal di negara beriklim panas serta tempat yang gelap dan kering.
Habitat semulajadi labah-labah Black Widow:
- Pondok peralatan pertukangan atau kebun (Sheds)
- Garaj
- Pasu bunga yang tidak digunakan dan peralatan berkebun
- Timbunan kayu
- Dalam almari, apabila cuaca sejuk
- Habitat semula jadi labah-labah “Brown Recluse”:
Labah-labah “Brown Recluse” biasanya suka bersembunyi di kawasan yang jauh dari gangguan manusia. Kebanyakannya lebih suka hidup di dalam rumah, di tempat-tempat seperti:
- Bilik bawah tanah atau loteng
- Di belakang rak buku dan almari pakaian
- Dalam almari yang jarang digunakan
Rawatan Gigitan Labah-Labah
Dalam sesetengah kes, anda boleh mendapat gigitan labah-labah di rumah. Untuk merawat Gigitan Labah-Labah yang tidak berbahaya, ikutilah langkah berikut:
- Meletakkan pek ais di atas gigitan selama 10 minit pada satu masa.
- Mengangkat kawasan yang digigit untuk mengurangkan bengkak.
- Mengambil ubat-ubatan antihistamin seperti diphenhydramine (Benadryl), untuk membantu melegakan sipmtom gatal-gatal.
- Membersihkan kawasan tersebut dengan sabun dan air untuk mengelakkan jangkitan.
- Menyapu salap antibiotik ke kawasan gigitan jika terdapat lepuh.
Seeloknya, dapatkan rawatan perubatan jika anda menunjukkan simptom Gigitan Labah-Labah atau jika simptom tidak hilang dari masa ke semasa.
Anda perlu segera mendapatkan rawatan perubatan jika anda mengesyaki diri anda digigit oleh salah satu spesies labah-labah berikut:
- Brown Recluse
- Black Widow
- Hobo Spider
- Tarantula
- Brazilian Wandering Spider
SUMBER
https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/spider-bites/symptoms-causes/syc-20352371