Walaupun payudara tidak berkembang pada lelaki seperti yang terdapat pada wanita, semua lelaki memang dilahirkan dengan sedikit tisu payudara.
Badan lelaki kebanyakannya menghasilkan hormon yang dipanggil testosteron dan menyebabkan pertumbuhan seksual mereka semasa akil baligh. Namun begitu, individu lelaki juga ada menghasilkan estrogen iaitu hormon yang mendorong kepada pertumbuhan seksual pada perempuan.
Apabila kanak-kanak lelaki yang sedang melalui proses akil baligh atau apabila badan lelaki yang lebih berumur menghasilkan testosteron yang kurang, keseimbangan kedua-dua hormon ini boleh berubah.
Kadangkala, apabila keadaan ini berlaku, peratusan estrogen yang lebih tinggi menyebabkan tisu payudara lelaki membengkak. Kira-kira separuh daripada golongan lelaki remaja dan sebanyak dua pertiga lelaki berusia lebih daripada 50 akan mengalami keadaan ini.
Punca Ginekomastia
Punca yang menyebabkan sel-sel di dalam payudara lelaki menjadi kanser masih tidak diketahui dengan pasti. Walau bagaimanapun, beberapa faktor risiko untuk kanser payudara lelaki telah dikenal pasti:
- Reseptor estrogen – Kira-kira 9 daripada 10 kanser payudara pada lelaki mempunyai reseptor estrogen pada membran sel mereka. Reseptor estrogen pada membran sel ini membolehkan molekul estrogen mengikat sel-sel kanser. Estrogen kemudian akan merangsang pertumbuhan sel dan menjadi berganda.
- Sindrom Klinefelter – Ini adalah keadaan yang mana bayi lelaki dilahirkan dengan kadar estrogen yang jauh lebih tinggi daripada biasa. Ia merupakan faktor risiko utama bagi kanser payudara lelaki kerana lelaki dengan keadaan ini adalah 20 kali lebih berkemungkinan untuk mengembangkan kanser payudara lelaki berbanding populasi lelaki secara umumnya.
- Mutasi dalam gen – Faktor ini dianggap memainkan peranan penting dalam menyebabkan penyakit Ginekomastia. Sebagai contoh, mutasi yang dikenali sebagai mutasi BRAC2 telah dijumpai dalam kira-kira 5 peratus lelaki yang menghidap kanser payudara lelaki.
- Genetik. Terdapat juga bukti bahawa kanser payudara lelaki boleh diwarisi daripada keluarga.
Simptom Ginekomastia
Tanda-tanda dan simptom penyakit Ginekomastia termasuk:
- Tisu kelenjar payudara membengkak.
- Sakit pada bahagian payudara.
Simptom yang paling biasa bagi kanser payudara lelaki adalah penampakan benjolan pada payudara. Dalam kebanyakan kes, benjolan itu tidak menyakitkan. Jika kanser merebak, gejala tambahan termasuk sakit pada bahagian payudara, sakit tulang dan pembengkakan pada kelenjar berhampiran payudara, biasanya dalam atau sekitar kawasan ketiak mungkin dirasai.
Diagnosis Ginekomastia
Doktor anda akan menyoal beberapa soalan mengenai sejarah perubatan dan ubat-ubatan yang diambil serta keadaan kesihatan dalam keluarga anda. Selain itu, doktor juga akan melakukan pemeriksaan fizikal termasuklah penilaian secara teliti pada tisu payudara, perut dan alat kelamin anda.
Ujian awal untuk menentukan punca Ginekomastia adalah seperti:
- Ujian darah.
- Memogram.
Anda mungkin memerlukan ujian lanjutan bergantung kepada keputusan ujian awal anda, termasuk:
- Pemeriksaan tomografi berkomputer (CT scan)
- Imbasan resonans magnetik (MRI scan)
- Ultrabunyi testis.
- Biopsi tisu.
Rawatan Ginekomastia
Kebanyakan kes Ginekomastia merosot dari masa ke masa tanpa rawatan. Walau bagaimanapun, jika penyakit Ginekomastia berlaku disebabkan punca yang lain seperti ‘hipogonadisme’, kekurangan zat makanan atau sirosis, keadaan sebegini mungkin memerlukan rawatan. Jika anda mengambil ubat-ubatan yang boleh menyebabkan penyakit Ginekomastia, doktor akan mengesyorkan anda untuk berhenti atau menggantikan dengan ubat lain.
Bagi penyakit Ginekomastia yang berlaku dalam kalangan remaja dan tidak dapat dikenal pasti puncanya, doktor akan mencadangkan penilaian semula secara berkala setiap tiga hingga enam bulan untuk melihat sekiranya keadaan itu boleh sembuh dengan sendirinya. Kebiasaannya, penyakit ini sering hilang tanpa rawatan dalam tempoh kurang dari dua tahun. Walau bagaimanapun, rawatan mungkin dibuat jika penyakit Ginekomastia tidak pulih dengan sendiri atau jika ia menyebabkan kesakitan, kelembutan atau keadaan yang memalukan.
– Ubat-ubatan
Ubat-ubatan yang digunakan untuk merawat kanser payudara dan keadaan lain adalah seperti ‘tamoxifen (Soltamox)’, ‘raloxifene (Evista)’ dan ‘aromatase inhibitor (Arimidex)’ boleh membantu sesetengah lelaki yang menghidap penyakit Ginekomastia. Walaupun ubat-ubatan ini telah diluluskan oleh pakar perubatan, ubat- ubatan ini tidak diluluskan secara khusus untuk tujuan rawatan penyakit ini.
– Pembedahan untuk menghapuskan tisu payudara yang berlebihan
Sekiranya anda masih mempunyai pembesaran payudara yang mengganggu walaupun setelah rawatan atau pemerhatian awal dibuat, doktor akan menasihati anda untuk melakukan pembedahan. Pilihan pembedahan Ginekomastia adalah:
- ‘Liposuction’. Pembedahan ini akan membuang lemak payudara, tetapi bukan tisu kelenjar payudara itu sendiri.
- Mastektomi. Pembedahan ini membuang tisu kelenjar payudara. Ia sering dilakukan secara endoskopik yang bermaksud hanya hirisan kecil akan dilakukan. Selain itu, pembedahan jenis ini adalah kurang invasif dan melibatkan masa pemulihan yang sekejap.
SUMBER
https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/gynecomastia/symptoms-causes/syc-20351793
https://www.webmd.com/men/what-is-gynecomastia
https://www.healthline.com/health/low-testosterone/male-breasts-gynecomastia