Pengenalan
Ginkgo biloba adalah sejenis ramuan yang digunakan untuk mencegah kegayatan, merawat kekurangan vaskular serebrum, gangguan kognitif, demensia, pening/vertigo, klaudikasi berselang, degenerasi makula/glaukoma, hilang ingatan, sindrom pramenstruasi, disfungsi seksual yang disebabkan oleh SSRI, dan ia juga digunakan sebagai vasodilator.
Ia boleh didapati dalam pelbagai jenama dan nama lain yang berbeza seperti: Eun-haeng, pokok fosil, ginko biloba, ginkyo, icho, ityo, aprikot perak Jepun, pokok kew, pokok maidenhair, salisburia, dan aprikot perak.
Kegunaan Ginkgo Biloba
- Kebimbangan. Kajian menunjukkan bahawa pengambilan ekstrak ginkgo biloba selama 4 minggu dapat mengurangkan simptom kebimbangan.
- Penyakit Alzheimer, serta penyakit yang mengganggu pemikiran (dimensia). Segelintir kajian menunjukkan bahawa pengambilan ginkgo biloba selama satu tahun telah menambahbaik beberapa simptom Alzheimer, penyakit vaskular, atau jenis dimensia lain. Walau bagaimanapun, masih terdapat kebimbangan bahawa hasil daripada kebanyakan kajian ini mungkin tidak boleh dipercayai sepenuhnya. Walaupun majoriti daripadanya menunjukkan bahawa ginkgo boleh membantu melegakan simptom penyakit Alzheimer dan dimensia lain, terdapat beberapa penemuan lain yang bertentangan. Keadaan ini telah menyukarkan para penyelidik untuk menentukan siapa yang mendapat manfaat daripada Ginkgo Biloba. Walaupun ginkgo boleh membantu merawat simptom pelbagai jenis dimensia, ginkgo biloba didapati tidak membantu mencegah dimensia daripada berlaku. Malah, ia juga tidak dapat mencegah demensia Alzheimer menjadi semakin teruk. Kajian awal menunjukkan bahawa pengambilan ekstrak daun ginkgo biloba tertentu yang digelar sebagai EGb 761 (Dr. Willmar Schwabe Pharmaceuticals) setiap hari selama 22-24 minggu didapati mempunyai kesan yang sama dengan ubat donepezil (Aricept) dalam mengubati penyakit Alzheimer ringan hingga sederhana. Tetapi, penyelidikan lain menunjukkan bahawa ekstrak daun ginkgo biloba mungkin kurang berkesan berbanding ubat konvensional seperti donepezil (Aricept) dan tacrine (Cognex). Pengambilan ginkgo biloba bersama ubat preskripsi seperti donepezil atau rivastigmine nampaknya tidak memberikan hasil yang lebih baik berbanding mengambil ubat preskripsi sahaja untuk merawat simptom penyakit Alzheimer.
- Masalah penglihatan terhadap penghidap kencing manis (retinopati diabetes). Terdapat beberapa bukti yang menunjukkan bahawa pengambilan ekstrak daun ginkgo secara oral selama 6 bulan boleh meningkatkan penglihatan warna dalam kalangan individu yang mengalami kerosakan retina yang disebabkan oleh kencing manis.
- Sekumpulan gangguan mata yang boleh menyebabkan kehilangan penglihatan (glaukoma). Pengambilan ekstrak daun ginkgo secara oral sehingga 12.3 tahun dilihat dapat memperbaiki kerosakan yang sedia ada pada penglihatan sesetengah individu dengan penyakit glaukoma. Namun, disebabkan oleh penyelidikan yang bertentangan menunjukkan bahawa ginkgo tidak mencegah perkembangan glaukoma jika diambil hanya selama 4 minggu, ia mungkin perlu diambil dalam jangka waktu yang lebih lama bagi melihat peningkatannya.
- Penyempitan saluran darah yang menyebabkan aliran darah yang lemah ke anggota badan (penyakit arteri periferal). Beberapa bukti menunjukkan bahawa pengambilan ekstrak daun ginkgo boleh meningkatkan peredaran darah dalam kalangan individu dengan peredaran darah yang lemah pada kaki sehingga mereka boleh berjalan tanpa berasa sakit. Pengambilan ginkgo juga dapat mengurangkan kemungkinan keperluan untuk menjalani pembedahan. Walau bagaimanapun, individu dengan keadaan ini mungkin perlu mengambil ginkgo sekurang-kurangnya selama 24 minggu sebelum mereka mengalami perubahan tersebut.
- Sindrom pramenstruasi (PMS). Pengambilan ekstrak daun ginkgo secara oral dilihat dapat melegakan kesakitan payudara dan simptom lain yang berkaitan dengan PMS sekiranya ia dimulakan pada hari ke-16 kitaran haid dan diteruskan hingga hari ke-5 dari kitaran berikutnya.
- Skizofrenia. Kajian menunjukkan bahawa pengambilan ginkgo setiap hari sebagai tambahan kepada ubat antipsikotik konvensional selama 8-16 minggu dapat mengurangkan simptom skizofrenia. Ia juga dapat mengurangkan beberapa kesan sampingan dan kesan buruk yang berkaitan dengan ubat antipsikotik, haloperidol seperti dahaga dan sembelit.ยท
- Gangguan pergerakan yang sering disebabkan oleh ubat antipsikotik (tardive dyskinesia). Tardive dyskinesia adalah gangguan pergerakan yang disebabkan oleh ubat antipsikotik tertentu. Penyelidikan menunjukkan bahawa pengambilan ekstrak ginkgo tertentu (EGb 761, Yi Kang Ning, Yang Zi Jiang Pharmaceuticals Ltd.) selama 12 minggu dapat mengurangkan keparahan simptom dyskinesia tardive dalam kalangan individu dengan skizofrenia yang mengambil ubat antipsikotik.
- Pening (vertigo). Pengambilan ekstrak daun ginkgo secara oral dilihat dapat memperbaiki simptom pening dan gangguan keseimbangan.
- Kemerosotan ingatan dan kemahiran berfikir yang berlaku secara normal seiring dengan peningkatan usia. Walaupun beberapa kajian awal menunjukkan bahawa ginkgo meningkatkan daya ingatan dan kemahiran berfikir dalam kalangan orang tua, kebanyakannya menunjukkan bahawa ginkgo tidak begitu berkesan untuk tujuan tersebut.
- Masalah seksual yang disebabkan oleh antidepresan (disfungsi seksual yang disebabkan oleh antidepresan). Walaupun terdapat beberapa kajian awal yang menunjukkan bahawa pengambilan ekstrak daun ginkgo secara oral dapat memperbaiki masalah seksual yang disebabkan oleh ubat antidepresan, penyelidikan yang lebih baru pula telah menunjukkan bahawa ia mungkin tidak berkesan.
- Kemerosotan daya ingatan dan kemahiran berfikir dalam kalangan individu yang dirawat dengan ubat kanser. Penyelidikan menunjukkan bahawa pengambilan ekstrak daun ginkgo tertentu yang digelar sebagai EGb 761 (Dr. Willmar Schwabe Pharmaceuticals) sebanyak dua kali sehari bermula sebelum kitaran kedua rawatan kemoterapi dan diteruskan sehingga satu bulan selepas rawatan kemoterapi berakhir, tidak boleh menghalang masalah pemikiran yang disebabkan oleh kemoterapi dalam kalangan individu yang dirawat akibat kanser payudara.
- Tekanan darah tinggi. Penyelidikan menunjukkan bahawa pengambilan ekstrak daun ginkgo tertentu (EGb 761) secara oral sehingga 6 tahun tidak boleh menurunkan tekanan darah dalam kalangan individu tua yang menghidap tekanan darah tinggi.
- Sklerosis berbilang (MS). Mengambil ekstrak daun ginkgo atau ginkgolide B, iaitu bahan kimia tertentu yang terdapat dalam ekstrak ginkgo, tidak meningkatkan fungsi mental atau memperbaiki kecacatan dalam kalangan individu dengan sklerosis berbilang.
- Kemurungan bermusim (gangguan afektif bermusim atau SADย – Seasonal Affective Disorder). Pengambilan ekstrak daun ginkgo secara oral dilihat tidak dapat mencegah simptom kemurungan sewaktu musim sejuk pada individu yang mengalami kemurungan bermusim.
- Desingan dalam telinga (tinnitus). Pengambilan ekstrak daun ginkgo melalui oral dilihat tidak dapat memperbaiki masalah desingan di telinga.
- Penyakit jantung. Pengambilan ekstrak ginkgo tertentu (EGb 761, Dr. Willmar Schwabe Pharmaceuticals) tidak mengurangkan kemungkinan seseorang untuk mengalami serangan jantung, sakit dada, atau strok dalam kalangan orang tua.
- Penyakit mata yang menyebabkan kehilangan penglihatan pada orang dewasa yang lebih tua (degenerasi makula yang berkaitan dengan usia atau AMD – Age Macular Degeneration). Terdapat beberapa bukti dari kajian rawak yang menunjukkan bahawa ekstrak daun ginkgo dapat memperbaiki simptom dan penglihatan jarak jauh dalam kalangan individu dengan masalah kehilangan penglihatan yang berkaitan dengan usia.
- Demam Hay. Penyelidikan awal menunjukkan bahawa penggunaan titisan mata khusus (Trium, SOOFT) yang mengandungi ekstrak ginkgo dan asid hyaluronik tiga kali sehari selama satu bulan dapat mengurangkan kemerahan, pembengkakan dan keputihan dalam kalangan individu dengan mata yang bengkak akibat alahan bermusim.
- Gayat. Kajian mengenai kesan ekstrak daun ginkgo pada penyakit ketinggian adalah tidak konsisten. Terdapat beberapa kajian yang menunjukkan bahawa pengambilan ekstrak daun ginkgo dapat mengurangkan simptom penyakit ketinggian apabila diambil 4 hari sebelum mendaki. Walau bagaimanapun, penyelidikan lain menunjukkan bahawa penggunaan ekstrak ginkgo khusus (GK501, Pharmaton Natural Health Products) selama 1-2 hari sebelum pendakian tidak mencegah penyakit ketinggian.
- Asma. Kajian menunjukkan bahawa pengambilan dua kapsul produk tertentu yang mengandungi ekstrak ginkgo, halia, dan Picrorhiza (AKL1, AKL International Ltd) sebanyak dua kali sehari selama 12 minggu tidak memperbaiki fungsi paru-paru atau simptom asma pada orang dewasa dengan asma.
- Gangguan hiperaktif kekurangan perhatian (ADHD). Kesan ginkgo pada simptom yang berkaitan dengan ADHD adalah masih tidak jelas. Terdapat bukti awal bahawa produk yang mengandungi ekstrak daun ginkgo dan ginseng Amerika dapat membantu memperbaiki simptom ADHD seperti kegelisahan, hiperaktif, dan impulsif pada kanak-kanak berumur 3-17 tahun. Tetapi penyelidikan lain menunjukkan bahawa pengambilan ekstrak ginkgo tidak memperbaiki simptom ADHD berbanding metilfenidat, ubat yang digunakan untuk merawat ADHD bagi kanak-kanak berumur 6-14 tahun. Selain itu, pengambilan ekstrak gingko bersama metilfenidat dilihat tidak banyak memperbaiki simptom ADHD menurut ibu bapa atau guru yang melaporkan simptom ADHD berbanding dengan penggunaan metilfenidat sahaja bagi kanak-kanak yang berumur 6-12 tahun.
- Autisme. Penyelidikan menunjukkan bahawa pengambilan ekstrak ginkgo tertentu (Ginko T.D. Tolidaru Pharmaceuticals) pada setiap hari selama 10 minggu bersama ubat konvensional tidak menambahbaik simptom autisme pada kanak-kanak.
- Penyakit paru-paru yang menjadikan seseorang sukar untuk bernafas (penyakit paru-paru obstruktif kronik atau COPD). Penyelidikan menunjukkan bahawa pengambilan produk tertentu yang mengandungi ekstrak ginkgo, halia, dan Picrorhiza (AKL1, AKL International Ltd) dua kali sehari selama 8 minggu tidak memperbaiki fungsi paru-paru pada individu dengan COPD.
- Ketagihan penggunaan kokain. Penyelidikan menunjukkan bahawa mengambil ekstrak daun ginkgo yang disebut EGb 761 dua kali sehari selama 10 minggu tidak membantu individu yang mempunyai ketagihan kokain.
- Kemahiran ingatan dan berfikir (fungsi kognitif). Kesan ekstrak daun ginkgo terhadap fungsi mental dan ingatan dalam kalangan individu dewasa yang sihat adalah tidak jelas. Segelintir penyelidikan menunjukkan bahawa ginkgo dapat memperbaiki daya ingat, ketangkasan berfikir, dan perhatian dalam kalangan individu dewasa yang sihat. Tetapi penyelidikan lain tidak menunjukkan sebarang faedah. Justeru itu, lebih banyak kajian yang diperlukan untuk mengenalpasti kesan gingko terhadap fungsi mental dalam kalangan individu dewasa yang sihat.
- Kanser usus besar, kanser rektum. Penyelidikan awal menunjukkan bahawa penggunaan ekstrak daun ginkgo tertentu (EGb 761, ONC) secara intravena (melalui IV) bersama ubat antikanser mungkin memberi manfaat kepada individu yang menderita kanser kolorektal.
- Kemurungan. Penyelidikan awal menunjukkan bahawa pengambilan ekstrak ginkgo tertentu (Harbin HaoBo Pharmaceutical Co., Ltd.) dengan antidepresan citalopram dapat memperbaiki kemurungan dalam kalangan orang tua dengan lebih baik berbanding pengambilan citalopram sahaja.
- Gangguan pembelajaran yang ditandai dengan kesukaran membaca (disleksia). Penyelidikan awal menunjukkan bahawa pengambilan ekstrak daun ginkgo tertentu (EGb 761) selama 30 hari dapat mengurangkan disleksia dalam kalangan kanak-kanak berusia 5-16 tahun.
- Fibromyalgia. Penyelidikan awal menunjukkan bahawa pengambilan tablet ekstrak daun ginkgo khusus (Bio- Biloba, Pharma Nord) bersama kapsul koenzim Q-10 (Bio Quinone Q10, Pharma Nord) selama 84 hari dapat meningkatkan kesejahteraan dan kesihatan keseluruhan seseorang dan mengurangkan kesakitan dalam kalangan individu yang mempunyai fibromyalgia.
- Kanser perut. Penyelidikan awal menunjukkan bahawa pengambilan karbohidrat daripada lapisan luar buah ginkgo secara oral dua kali sehari selama 30 hari dapat mengurangkan saiz tumor dalam kalangan individu yang menderita dengan kanser perut.
- Hilang pendengaran. Terdapat beberapa bukti awal yang menunjukkan bahawa pengambilan ginkgo dapat memperbaiki masalah kehilangan pendengaran jangka pendek oleh sebab yang tidak diketahui. Walau bagaimanapun, kebanyakannya pulih dengan sendiri. Namun adalah sukar untuk mengesahkan sama ada ginkgo memberikan kesan tersebut atau tidak.
- Buasir. Penyelidikan awal menunjukkan bahawa pengambilan ginkgo bersama ubat konvensional tertentu dapat mengurangkan beberapa simptom buasir, termasuklah pendarahan dan kesakitan.
- Migrain. Penyelidikan awal menunjukkan bahawa pengambilan ginkgolide B, bahan kimia yang terdapat dalam ekstrak daun ginkgo, dapat membantu mencegah migrain dalam kalangan kanak-kanak dan wanita.
- Kanser ovari. Bukti menunjukkan bahawa penggunaan ekstrak daun ginkgo selama 6 bulan dikaitkan dengan penurunan risiko mendapat kanser ovari.
- Kanser pankreas. Penyelidikan awal menunjukkan bahawa pengambilan suntikan ekstrak daun ginkgo yang disuntik khusus (EGb 761) secara intravena (oleh IV) bersama ubat antikanser dapat melambatkan perkembangan kanser pankreas dalam kalangan segelintir individu.
- Kualiti hidup. Bukti awal menunjukkan bahawa pengambilan ekstrak ginkgo (LI 1370, Lichtwer Pharma) selama 6 bulan dapat meningkatkan kualiti hidup seperti aktiviti dalam kehidupan harian, emosi, tidur, dan kewaspadaan dalam kalangan orang tua.
- Pendedahan radiasi. Penyelidikan awal menunjukkan bahawa pengambilan ekstrak daun ginkgo tertentu (EGb 761, Tanakan Ipsen) dapat mengurangkan beberapa kesan negatif radiasi pada tubuh badan.
- Kerosakan kulit yang disebabkan oleh terapi radiasi (dermatitis radiasi). Penyelidikan awal menunjukkan bahawa penggunaan produk krim tertentu (Radioskin 2, Herbalab di Perazza Massimiliano Company) yang mengandungi ekstrak ginkgo dan bahan lain yang digunakan bersama produk lain (Radioskin 1, Herbalab di Perazza Massimiliano Company) dapat meningkatkan kelembapan kulit dan mengurangkan masalah kulit pada pesakit kanser payudara yang menerima rawatan radiasi.
- Tindak balas yang menyakitkan terhadap kesejukan terutamanya pada jari tangan dan jari kaki (sindrom Raynaud). Beberapa penyelidikan menunjukkan bahawa pengambilan ekstrak daun ginkgo selama 10 minggu melalui mulut dapat mengurangkan jumlah serangan yang menyakitkan pada setiap minggu dalam kalangan individu dengan gangguan saluran darah yang digelar sebagai sindrom Raynaud. Walau bagaimanapun, penyelidikan lain menunjukkan bahawa ginkgo tidak bermanfaat atau kurang berkesan berbanding ubat-ubatan lain seperti nifedipine.
- Masalah seksual yang menghalang kepuasan semasa melakukan aktiviti seksual. Beberapa penyelidikan menunjukkan bahawa pengambilan ekstrak daun ginkgo setiap hari selama 8 minggu tidak memperbaiki fungsi seksual dalam kalangan wanita yang mengalami gangguan keinginan seksual. Walau bagaimanapun, pengambilan produk kombinasi khusus yang mengandungi ginkgo, ginseng, damiana, L-arginine, multivitamin, dan mineral (ArginMax untuk Wanita) selama 4 minggu dilihat dapat meningkatkan kepuasan seksual dalam kalangan wanita dengan disfungsi seksual.
- Strok. Kesan ginkgo terhadap pemulihan dalam kalanagan individu yang mengalami strok yang disebabkan oleh saluran darah yang tersumbat adalah masih tidak jelas. Beberapa bukti menunjukkan bahawa pesakit mungkin bertambah baik selepas strok apabila dirawat dengan ginkgo. Walau bagaimanapun, penyelidikan berkualiti tinggi tidak menunjukkan sebarang faedah tersebut.
- Kelainan kulit yang menyebabkan tompok-tompok putih berkembang pada kulit (vitiligo). Terdapat beberapa kajian awal yang menunjukkan bahawa pengambilan ekstrak daun ginkgo tertentu (Ginkgo Plus, Seroyal) dapat mengurangkan ukuran dan penyebaran tompok putih pada kulit.
Lebih banyak bukti diperlukan untuk menilai ginkgo bagi kegunaan ini:
- Pembekuan darah.
- Cirit-birit berdarah.
- Bronkitis.
- Sindrom keletihan kronik (CFS).
- Ketidakhadaman.
- Pengerasan arteri (arteriosklerosis).
- Kolesterol tinggi.
- Masalah berfikir yang berkaitan dengan penyakit Lyme.
- Masalah kencing.
- Kudis.
- Luka kulit.
- Sebab-sebab lain.
Kesan Sampingan Ginkgo Biloba
– Apabila diminum
EKSTRAK DAUN Ginkgo adalah SELAMAT bagi kebanyakan individu jika diminum dalam dos yang sesuai. Namun begitu, ia boleh menyebabkan beberapa kesan sampingan kecil seperti sakit perut, sakit kepala, pening, sembelit, degupan jantung yang laju, dan alahan kulit.
Terdapat beberapa kebimbangan bahawa ekstrak daun ginkgo dapat meningkatkan risiko kanser hati dan tiroid. Tetapi, keadaaan ini hanya berlaku pada haiwan yang diberi dos ginkgo yang terlalu tinggi. Masih tiada maklumat yang mencukupi untuk mengetahui sama ada keadaan ini boleh berlaku pada manusia.
Buah dan pulpa ginkgo boleh menyebabkan reaksi alahan kulit yang teruk dan kerengsaan membran mukus. Ginkgo boleh menyebabkan reaksi alahan pada individu yang mempunyai alahan terhadap pokok ivy, pokok oak, racun sumac, kulit mangga, atau minyak cengkih.
Selain itu, terdapat beberapa kebimbangan bahawa ekstrak daun ginkgo dapat meningkatkan risiko lebam dan pendarahan. Ginkgo boleh mencairkan darah dan mengurangkan keupayaan darah untuk membeku. Segelintir inidividu yang mengambil ginkgo mengalami pendarahan pada mata, otak, dan paru-paru serta pendarahan melampau setelah pembedahan. Ekstrak daun ginkgo boleh menyebabkan reaksi alahan pada kulit bagi sesetengah individu.
BIJI GINKGO YANG DIPANGGANG adalah MUNGKIN TIDAK SELAMAT apabila diminum. Memakan lebih dari 10 biji gingko yang dipanggang setiap hari mungkin boleh menyebabkan kesukaran untuk bernafas, denyutan nadi yang lemah, sawan, pengsan, dan kejutan. BIJI GINKGO MENTAH adalah SANGAT TIDAK SELAMAT apabila dimakan. Memakan biji ginkgo mentah boleh menyebabkan sawan dan kematian. Biji mentah disifatkan sebagai beracun dan dianggap berbahaya. Makan biji ginkgo mentah boleh menyebabkan sawan dan kematian.
– Apabila diberikan melalui IV
EKSTRAK DAUN GINKGO SANGAT SELAMAT apabila digunakan secara intravena bagi jangka pendek. Ia telah digunakan dengan selamat sehingga 10 hari.
– Digunakan pada kulit
Masih tiada maklumat yang mengcukupi yang boleh dipercayai untuk mengetahui adakah ginkgo selamat jika digunakan pada kulit.
– Kehamilan dan penyusuan susu ibu
Ginkgo TIDAK SELAMAT apabila diminum semasa mengandung. Ia mungkin menyebabkan kelahiran pramatang atau pendarahan tambahan semasa bersalin jika digunakan pada waktu tersebut. Namun begitu, adalah masih belum diketahui berkenaan kesan dan keselamatan penggunaan ginkgo semasa menyusu. Jangan gunakan ginkgo jika anda hamil atau menyusu.
– Bayi dan kanak-kanak
Ekstrak daun Ginkgo MUNGKIN SELAMAT jika diminum dalam masa yang singkat. Beberapa kajian menunjukkan bahawa gabungan ekstrak daun ginkgo bersama ginseng Amerika mungkin selamat bagi kanak-kanak apabila digunakan dalam jangka masa pendek. Jangan biarkan kanak-kanak memakan biji ginkgo kerana ia SANGAT TIDAK SELAMAT. Biji mentah telah direkodkan menyebabkan sawan dan kematian pada kanak-kanak
– Gangguan pendarahan
Ginkgo mungkin menjejaskan lagi gangguan pendarahan. Sekiranya anda mengalami gangguan pendarahan, jangan gunakan ginkgo.
– Kencing manis
Ginkgo boleh mengganggu pengurusan kencing manis. Sekiranya anda menghidap kencing manis, awasi gula darah anda dengan teliti.
– Sawan
Terdapat kebimbangan bahawa ginkgo boleh menyebabkan sawan. Sekiranya anda pernah mengalami sawan, jangan gunakan ginkgo.
– Kekurangan enzim glukosa-6-fosfat dehidrogenase (G6PD)
Ginkgo boleh menyebabkan anemia yang teruk dalam kalangan individu yang mengalami kekurangan enzim G6PD. Namun masih banyak hasil kajian yang belum diketahui, jadi gunakannya dengan berhati-hati atau elakkan menggunakan ginkgo jika anda mengalami kekurangan G6PD.
– Kemandulan
Penggunaan Ginkgo mungkin boleh mengganggu kehamilan. Bincangkan penggunaan ginkgo dengan doktor anda sekiranya anda ingin hamil.
– Pembedahan
Ginkgo mungkin melambatkan proses pembekuan darah. Jadi, ia mungkin menyebabkan pendarahan tambahan semasa dan selepas pembedahan. Berhenti menggunakan ginkgo sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum pembedahan yang telah dijadualkan.
Interaksi Ginkgo Biloba
Ibuprofen berinteraksi dengan GINKGO
Ginkgo dapat melambatkan pembekuan darah. Ibuprofen juga dapat melambatkan pembekuan darah. Mengambil ginkgo bersama ibuprofen dapat melambatkan pembekuan darah secara ekstrem dan meningkatkan kemungkinan terjadinya lebam dan pendarahan.
Ubat yang melambatkan pembekuan darah (ubat Antikoagulan / Antiplatelet) berinteraksi dengan GINKGO
Ginkgo dapat melambatkan pembekuan darah. Mengambil ginkgo bersama dengan ubat-ubatan yang turut melambatkan pembekuan darah dapat meningkatkan kemungkinan berlakunya lebam dan pendarahan. Sesetengah ubat yang melambatkan pembekuan darah termasuklah aspirin, clopidogrel (Plavix), diclofenac (Voltaren, Cataflam, lain-lain), ibuprofen (Advil, Motrin, lain-lain), naproxen (Anaprox, Naprosyn, lain-lain), dalteparin (Fragmin), enoxaparin (Lovenox), heparin, warfarin (Coumadin), dan lain-lain.
Warfarin (Coumadin) berinteraksi dengan GINKGO
Warfarin (Coumadin) digunakan untuk melambatkan pembekuan darah. Ginkgo juga boleh melambatkan pembekuan darah. Jadi, pengambilan ginkgo bersama warfarin (Coumadin) mungkin meningkatkan kemungkinan berlakunya lebam dan pendarahan. Pastikan darah anda diperiksa secara berkala. Dos warfarin anda (Coumadin) mungkin perlu diubah.
Alprazolam (Xanax) berinteraksi dengan GINKGO
Pengambilan Ginkgo bersama alprazolam boleh mengurangkan kesan alprazolam.
Buspirone (BuSpar) berinteraksi dengan GINKGO
Ginkgo dilihat boleh mempengaruhi otak. Buspirone (BuSpar) juga bertindak untuk mempengaruhi otak. Seseorang akan merasa hiper dan terlalu bersemangat ketika mengambil ginkgo, buspirone (BuSpar), dan ubat lain. Namun adalah tidak jelas sama ada interaksi ini berlaku disebabkan oleh ginkgo atau ubat lain.
Efavirenz (Sustiva) berinteraksi dengan GINKGO
Efavirenz digunakan untuk merawat jangkitan HIV. Pengambilan efavirenz bersama ekstrak ginkgo boleh mengurangkan kesan efavirenz. Sebelum menggunakan ginkgo, berbincanglah dengan doktor anda jika anda mengambil ubat untuk HIV.
Fluoxetine (Prozac) berinteraksi dengan GINKGO
Pengambilan ginkgo bersama St John’s wort, ramuan dan fluoxetine lain (Prozac) mungkin menyebabkan anda berasa terganggu, gugup, gelisah, dan teruja. Ini dipanggil hypomania. Namun adalah tidak diketahui sama ada ia menjadi satu kebimbangan apabila ginkgo diambil bersama fluoxetine (Prozac).
Ubat yang diubah oleh hati (substrak Cytochrome P450 1A2 (CYP1A2)) berinteraksi dengan GINKGO
Sesetengah ubat diubah dan dipecahkan oleh hati. Ginkgo dapat mengurangkan tempoh hati memecahkan sesetengah ubat. Pengambilan ginkgo bersama sesetengah ubat yang diubah oleh hati dapat meningkatkan kesan dan kesan sampingan sesetengah ubat. Sebelum menggunakan ginkgo, berbincanglah dengan doktor anda jika anda turut mengambil ubat yang diubah oleh hati. Sesetengah ubat yang diubah oleh hati termasuk clozapine (Clozaril), cyclobenzaprine (Flexeril), fluvoxamine (Luvox), haloperidol (Haldol), imipramine (Tofranil), mexiletine (Mexitil), olanzapine (Zyprexa), pentazocine (Talwin), propranolol (Inderal), tacrine (Cognex), theophylline, zileuton (Zyflo), zolmit , dan lain lain.
Ubat yang diubah oleh hati (substrak Cytochrome P450 2C19 (CYP2C19)) berinteraksi dengan GINKGO
Sesetengah ubat diubah dan dipecahkan oleh hati. Ginkgo dapat mengurangkan tempoh hati memecahkan sesetengah ubat. Pengambilan ginkgo bersama sesetengah ubat yang diubah oleh hati dapat meningkatkan kesan dan kesan sampingan sesetengah ubat. Sebelum menggunakan ginkgo, berbincanglah dengan doktor anda jika anda turut mengambil ubat yang diubah oleh hati. Beberapa ubat yang diubah oleh hati termasuk amitriptyline (Elavil), carisoprodol (Soma), citalopram (Celexa), diazepam (Valium), lansoprazole (Prevacid), omeprazole (Prilosec), phenytoin (Dilantin), warfarin (Coumadin), dan banyak lagi.
Ubat yang diubah oleh hati (substrak Cytochrome P450 2C9 (CYP2C9)) berinteraksi dengan GINKGO
Sesetengah ubat diubah dan dipecahkan oleh hati. Ginkgo dapat mengurangkan tempoh hati memecahkan sesetengah ubat. Pengambilan ginkgo bersama sesetengah ubat yang diubah oleh hati dapat meningkatkan kesan dan kesan sampingan sesetengah ubat. Sebelum menggunakan ginkgo, berbincanglah dengan doktor anda jika anda turut mengambil ubat yang diubah oleh hati. Beberapa ubat yang diubah oleh hati ini termasuk amitriptyline (Elavil), diazepam (Valium), zileuton (Zyflo ), celecoxib (Celebrex), diclofenac (Voltaren), fluvastatin (Lescol), glipizide (Glucotrol), ibuprofen (Advil, Motrin), irbesartan (Avapro), losartan (Cozaar), phenytoin (Dilantin), piroxicam (Feldene), tamox (Nolvadex), tolbutamide (Tolinase), torsemide (Demadex), warfarin (Coumadin), dan lain-lain.
Ubat yang diubah oleh hati (substrak Cytochrome P450 2D6 (CYP2D6)) berinteraksi dengan GINKGO
Sesetengah ubat diubah dan dipecahkan oleh hati. Ginkgo dapat mengurangkan tempoh hati memecahkan sesetengah ubat. Pengambilan ginkgo bersama sesetengah ubat yang diubah oleh hati dapat meningkatkan kesan dan kesan sampingan sesetengah ubat. Sebelum menggunakan ginkgo, berbincanglah dengan doktor anda jika anda turut mengambil ubat yang diubah oleh hati. Beberapa ubat yang diubah oleh hati termasuk amitriptyline (Elavil), clozapine (Clozaril), codeine, desipramine (Norpramin), donepezil (Aricept), fentanyl (Duragesic), flecainide (Tambocor), fluoxetine (Prozac), meperidine (Demerol), methadone (Dolophine), metoprolol (Lopressor, Toprol XL), olanzapine (Zyprexa), ondansetron ), tramadol (Ultram), trazodone (Desyrel), dan lain-lain.
Ubat yang diubah oleh hati (substrak Cytochrome P450 3A4 (CYP3A4)) berinteraksi dengan GINKGO
Sesetengah ubat diubah dan dipecahkan oleh hati. Ginkgo dapat mengurangkan tempoh hati memecahkan sesetengah ubat. Pengambilan ginkgo bersama sesetengah ubat yang diubah oleh hati dapat meningkatkan kesan dan kesan sampingan sesetengah ubat. Sebelum menggunakan ginkgo, berbincanglah dengan doktor anda jika anda turut mengambil ubat yang diubah oleh hati. Beberapa ubat yang diubah oleh hati termasuk lovastatin (Mevacor), clarithromycin (Biaxin), siklosporin (Neoral, Sandimmune), diltiazem (Cardizem), estrogen, indinavir (Crixivan), triazolam (Halcion), dan lain-lain.
Ubat untuk kencing manis (ubat Antidiabetes) berinteraksi dengan GINKGO
Ubat kencing manis digunakan untuk menurunkan gula darah. Ginkgo mungkin meningkatkan atau menurunkan insulin dan gula darah bagi individ dengan kencing manis jenis 2. Pengambilan ginkgo bersama ubat kencing manis boleh mengurangkan keberkesanan ubat anda berfungsi. Pantau gula darah anda dengan teliti. Dos ubat kencing manis anda mungkin perlu diubah. Sesetengah ubat yang digunakan untuk diabetes termasuk glimepiride (Amaryl), glyburide (DiaBeta, Glynase PresTab, Micronase), insulin, pioglitazone (Actos), rosiglitazone ( Avandia), chlorpropamide (Diabinese), glipizide (Glucotrol), tolbutamide (Orinase), dan lain-lain.
Ubat-ubatan yang meningkatkan kemungkinan berlakunya sawan (ubat menurunkan tahap ukuran berlakunya sawan) berinteraksi dengan GINKGO
Segelintir ubat boleh meningkatkan kemungkinan untuk mengalami sawan. Pengambilan ginkgo boleh menyebabkan sawan dalam kalangan segelintir individu. Pengambilan ubat yang meningkatkan kemungkinan mengalami sawan bersama ginkgo mungkin akan meningkatkan risiko terkena sawan. Oleh itu, jangan mengambil ginkgo bersama ubat-ubatan yang meningkatkan kemungkinan mengalami sawan. Sesetengah ubat yang meningkatkan kemungkinan sawan termasuklah anestesia (propofol, yang lain), antiarrhythmics (mexiletine), antibiotik (amphotericin, penisilin, cephalosporins, imipenem), antidepresan (bupropion, lain-lain), antihistamin (cyproheptadine, lain-lain), imunosupresan (siklosporin), narkotik (fentanyl, lain-lain), perangsang (methylphenidate), theophylline, dan lain-lain.
Ubat yang digunakan untuk mencegah sawan dan kekejangan (Anticonvulsants) berinteraksi dengan GINKGO
Ubat yang digunakan untuk mencegah kekejangan mempengaruhi bahan kimia di otak. Ginkgo juga boleh mempengaruhi bahan kimia dalam otak. Dengan mempengaruhi bahan kimia dalam otak, ginkgo akan menurunkan keberkesanan ubat-ubatan yang digunakan untuk mencegah sawan. Sesetengah ubat yang digunakan untuk mencegah sawan termasuklah fenobarbital, primidone (Mysoline), asam valproik (Depakene), gabapentin (Neurontin), carbamazepine (Tegretol), phenytoin (Dilantin), dan lain-lain.
Trazodone (Desyrel) berinteraksi dengan GINKGO
Trazodone (Desyrel) mempengaruhi bahan kimia dalam otak. Ginkgo juga boleh mempengaruhi bahan kimia di otak. Pengambilan trazodone (Desyrel) bersama ginkgo boleh menyebabkan kesan sampingan yang serius di otak. Seseorang yang mengambil trazodone bersama ginkgo mungkin akan mengalami koma. Oleh itu, jangan mengambil ginkgo jika anda turut mengambil trazodone (Desyrel).
Hydrochlorothiazide berinteraksi dengan GINKGO
Hydrochlorothiazide digunakan untuk membantu mengurangkan bengkak dan mengawal tekanan darah. Pengambilan hidroklorotiazid bersama ginkgo boleh meningkatkan bacaan tekanan darah. Sebelum mengambil ginkgo, berbincanglah dengan profesional kesihatan anda jika anda turut mengambil ubat untuk tekanan darah tinggi.
Omeprazole (Prilosec) berinteraksi dengan GINKGO
Omeprazole (Prilosec) diubah dan dipecah oleh hati. Ginkgo mungkin meningkatkan tempoh hati memecahkan omeprazole (Prilosec). Mengambil ginkgo bersama omeprazole (Prilosec) boleh mengurangkan keberkesanan omeprazole (Prilosec).
Dos Ginkgo Biloba
Ginkgo biloba boleh didapati dalam bentuk kapsul, seperti tablet, ekstrak cecair, dan daun kering untuk dijadikan teh.
Dalam satu kajian, individu dewasa telah menggunakan di antara 120 dan 240 miligram ginkgo sehari dalam dos terbahagi. Daripada kajian tersebut, manfaatnya dapat diperhatikan dalam masa 4 hingga 6 minggu.
Individu yang tidak boleh mengambil gingko biloba adalah:
- Kanak-kanak
- Wanita hamil atau menyusu
- Individu yang menghidap epilepsi
- Individu yang mengambil ubat pencair darah
- Pesakit kencing manis tidak boleh menggunakan gingko tanpa berbincang dengan doktor terlebih dahulu .
Sumber
https://www.medicalnewstoday.com/articles/263105
https://www.healthline.com/nutrition/ginkgo-biloba-benefits
https://www.mayoclinic.org/drugs-supplements-ginkgo/art-20362032
https://www.webmd.com/vitamins-and-supplements/supplement-guide-ginkgo-biloba#1