Now Reading
Ginseng Amerika (American Ginseng)

Ginseng Amerika (American Ginseng)

ginseng amerika

Pengenalan

Ginseng Amerika (Panax quinquefolis) adalah herba yang tumbuh terutamanya di kawasan Amerika Utara. Ginseng liar Amerika mendapat permintaan tinggi sehingga ia telah diisytiharkan sebagai spesies terancam di beberapa negeri di Amerika Syarikat.

Individu boleh mengambil ginseng Amerika secara oral untuk merawat masalah tekanan, meningkatkan sistem imun, dan sebagai perangsang. Malah, ia juga sering digunakan untuk melawan jangkitan seperti demam dan selesema. Terdapat beberapa bukti bahawa ia mungkin membantu mencegah demam dan selesema serta mengurangkan simptom apabila jangkitan berlaku.

Dalam pada itu, ginseng Amerika boleh digunakan untuk jangkitan lain termasuk HIV/ AIDS, jangkitan pada usus (disentri), dan jangkitan tertentu (jangkitan Pseudomonas) yang biasanya terjadi pada individu yang mempunyai sistik fibrosis. Terdapat juga sesetengah individu yang menggunakan ginseng Amerika untuk memperbaiki masalah pencernaan dan kehilangan selera makan, serta bagi masalah muntah, keradangan kolon (kolitis), dan keradangan lapisan perut (gastritis).

Malah, ia turut digunakan untuk kadar zat besi yang rendah dalam darah (anemia), diabetes, rintangan insulin yang berkaitan dengan rawatan HIV, keletihan yang berkaitan dengan kanser, tekanan darah tinggi, masalah tidur (insomnia), sakit saraf, disfungsi erektil (ED), demam, gejala hangover, gangguan defisit-hiperaktif (ADHD), gangguan darah dan pendarahan, kanser payudara, pening kepala, sakit kepala, sawan, fibromialgia, pengerasan arteri (aterosklerosis), hilang ingatan, artritis reumatoid, skizofrenia, tingkatkan prestasi mental, sebagai bantuan anti-penuaan, gejala menopaus, komplikasi semasa mengandung atau melahirkan anak dan untuk keletihan saraf (neurasthenia).

Anda juga boleh melihat ginseng Amerika yang disenaraikan sebagai bahan dalam beberapa minuman ringan. Minyak dan ekstrak yang terhasil darinya turut digunakan dalam sabun dan kosmetik.

Usah keliru antara ginseng Amerika dan ginseng Siberia (Eleutherococcus senticosus) atau ginseng Asia (Panax ginseng). Setiap satunya mempunyai kesan ubat yang berbeza.

– Bagaimanakah ia berfungsi?

Ginseng Amerika mengandungi bahan kimia yang disebut ginsenosides yang seolah-olah mempengaruhi tahap insulin dalam badan dan kadar gula darah lebih rendah. Bahan kimia lain, iaitu polisakarida pula mungkin boleh menjejaskan sistem imun.

Kegunaan Ginseng Amerika

  • Diabetes. Pengambilan 3gram secara oral selama 2 jam sebelum makan, ia boleh menurunkan gula darah selepas makan pada pesakit yang mempunyai diabetes jenis 2. Walau bagaimanapun, dos yang lebih besar sepertinya tidak mempunyai kesan yang lebih besar. Pengambilan 100 hingga 200mg secara oral selama 8 minggu juga boleh membantu menurunkan kadar gula darah pada pesakit dengan diabetes jenis 2. Namun, produk ginseng Amerika yang berbeza mungkin juga mempunyai kesan berbeza. Para penyelidik berpendapat bahawa ia mengandungi jumlah bahan kimia aktif yang dipanggil ginsenosides.
  • Jangkitan saluran pernafasan. Sesetengah kajian menunjukkan bahawa pengambilan ekstrak ginseng Amerika spesifik yang dipanggil CVT-E002 (Cold-FX, Afexa Life Sciences, Kanada) 200mg sebanyak 2 kali sehari selama 3 hingga 4 bulan semasa musim selesema mungkin boleh menghalang gejala demam atau selesema pada individu dewasa berumur antara 18 tahun dan     65 tahun. Individu yang lebih tua dari umur 65 tahun dilihat memerlukannya suntikan selesema pada bulan ke-2 bersama dengan rawatan ini untuk mengurangkan risiko mendapat demam atau selsema.

Ekstrak ini juga nampaknya membantu mengurangkan simptom dan menyebabkan jangkitan tidak tahan lama apabila ia berlaku. Sesetengah bukti menunjukkan bahawa ekstrak mungkin tidak mengurangkan peluang untuk mendapatkan demam pada musim pertama, tetapi ia seolah-olah dapat mengurangkan risiko mendapatkan selesema secara berulang dalam satu musim. Walau bagaimanapun, ia mungkin tidak membantu mencegah gejala seperti demam atau selesema pada pesakit dengan sistem imun yang lemah.

  • Prestasi sukan. Pengambilan 1600mg secara oral selama    4 minggu dilihat tidak meningkatkan prestasi olahraga. Tetapi, ia mungkin boleh mengurangkan kerosakan otot yang terjadi semasa melakukan senaman.
  • Rintangan insulin disebabkan oleh rawatan HIV. Kajian terdahulu menunjukkan bahawa pengambilan kapsul yang mengandungi 1gram akar ginseng Amerika 3 kali setiap hari selama 14 hari sementara menerima dadah yang merupakan jenis terapi HIV tidak mengurangkan ketahanan insulin individu yang sihat.
  • Gangguan perhatian defisit-hiperaktif (ADHD). Terdapat bukti awal bahawa produk tertentu (AD-fX, Afexa Life Sciences, Kanada) yang mengandungi ekstrak ginseng Amerika dalam kombinasi bersama ekstrak daun ginkgo dapat membantu memperbaiki gejala-gejala ADHD seperti kebimbangan, hiperaktif, dan impulsif pada kanak-kanak berumur 3 hingga 17 tahun.
  • Kanser payudara. Sesetengah kajian yang dijalankan di China menunjukkan bahawa pesakit kanser payudara yang dirawat dengan apa-apa bentuk ginseng (Amerika atau Panax) menjadi lebih baik dan berasa lebih baik. Walau bagaimanapun, ini mungkin bukanlah hasil daripada pengambilan ginseng, kerana pesakit dalam kajian itu juga lebih cenderung dirawat dengan tamoxifen, iaitu sejenis ubat kanser preskripsi. Jadi, ianya adalah sukar untuk mengetahui berapa banyak manfaat yang boleh dikaitkan dengan pengambilan ginseng.
  • Keletihan yang berkaitan dengan kanser. Penyelidikan mengenai kesan ginseng Amerika pada individu yang mengalami keletihan berkaitan dengan kanser adalah tidak konsisten. Satu kajian menunjukkan bahawa pengambilan 700 hingga 2000mg ginseng Amerika setiap hari selama 8 minggu tidak mengurangkan keletihan pada individu sebegini. Walau bagaimanapun, kajian lain menunjukkan bahawa pengambilan 2000mg ginseng Amerika dalam dua dos setiap hari selama 8 minggu boleh mengurangkan keletihan sebanyak 51%. Keputusan yang bercanggah ini mungkin disebabkan oleh kaedah berbeza yang digunakan untuk mengukur aspek keletihan dalam kajian.
  • Prestasi mental. Beberapa kajian mencadangkan bahawa pengambilan 100 hingga 400mg ginseng Amerika (Cereboost, Naturex) 1 hingga 6 jam sebelum ujian mental boleh meningkatkan memori jangka pendek dan masa tindak balas pada individu sihat.
  • Tekanan darah tinggi. Bukti tentang kesan pengambilan ginseng Amerika pada individu yang mengalami tekanan darah tinggi adalah tidak konsisten. Sesetengah kajian menunjukkan bahawa pengambilan 1500mg ginseng Amerika 2 kali sehari selama 12 minggu tidak mengurangkan tekanan darah. Tetapi, kajian lain pula menunjukkan bahawa pengambilan 1000mg ginseng Amerika ekstrak 3 kali sehari selama 12 minggu boleh menurunkan tekanan darah pada individu yang menghidap diabetes dan tekanan darah tinggi. Perbezaan dalam penyelidikan ini mungkin berkaitan dengan jumlah ginsenosida, kimia aktif dalam ginseng Amerika yang terkandung dalam produk yang digunakan.
  • Tanda-tanda menopaus. Kajian terdahulu mencadangkan bahawa pengambilan produk yang mengandungi ginseng Amerika, cohosh hitam, dong quai, susu thistle, bunga cengkih merah, dan vitex agnus-castus (Phyto-Female Complex, SupHerb, Netanya, Israel) 2 kali sehari selama 3 bulan boleh mengurangkan gejala menopaus, termasuk kehangatan secara tiba-tiba, berpeluh pada waktu malam dan kualiti tidur. Walau bagaimanapun, ianya adalah tidak jelas jika kesan ini berlaku disebabkan oleh ginseng Amerika atau bahan-bahan lain dalam produk.
  • Skizofrenia. Kajian terdahulu menunjukkan bahawa ginseng Amerika boleh memperbaiki beberapa gejala mental yang berkaitan dengan skizofrenia. Pengambilan 100mg ekstrak ginseng Amerika yang dipanggil HT1001 (Afexa Life Sciences, Canada) 2 kali sehari selama 4 minggu dapat meningkatkan keupayaan pesakit untuk mengekalkan maklumat visual dalam minda jangka pendek. Rawatan ini juga boleh mengurangkan beberapa kesan sampingan fizikal ubat antipsikotik. Walau bagaimanapun, ia tidak mengurangkan gejala mental yang lain.
  • Masalah pendarahan.
  • Gangguan pencernaan.
  • Artritis reumatoid.
  • Hilang ingatan.
  • Pening.
  • Komplikasi kehamilan dan melahirkan anak.
  • Tekanan.
  • Anemia.
  • Insomnia.
  • Gastritis.
  • Impotensi.
  • Demam.
  • Gejala hangat.
  • Sakit kepala.
  • Selesema babi.
  • Penuaan.
  • HIV/ AIDS.
  • Kesakitan saraf.
  • Fibromialgia.
  • Syarat-syarat lain.

Lebih banyak bukti diperlukan untuk menilai ginseng Amerika bagi kegunaan ini.

Kesan Sampingan Ginseng Amerika

Penggunaan ginseng Amerika mungkin adalah selamat, namun ia boleh menyebabkan beberapa kesan sampingan, termasuk:

  • Insomnia
  • Kegelisahan
  • Kebimbangan
  • Mania
  • Tekanan darah tinggi
  • Euforia
  • Sakit kepala
  • Hidung berdarah
  • Pendarahan faraj
  • Muntah atau cirit-birit
  • Kadar gula darah rendah

Kesan sampingan jangka panjang kegunaan ginseng Amerika tidak diketahui.

Interaksi Ginseng Amerika

Doktor menasihatkan agar tidak mencampurkan ginseng dengan kelas antidepresan yang dipanggil monoamine oxidase inhibitors (MAOIs). Pengambilan antidepresan pada masa yang sama dengan ginseng boleh menyebabkan badan berpeluh dan bergetar.

Ginseng dapat mengubah kesan bagi ubatan tekanan darah, diabetes dan jantung, termasuk penyekat saluran kalsium seperti nifedipine. Jangan campurkan ubat ginseng dan ubat jantung terlebih dahulu tanpa berunding dengan doktor.

Mlalah, herba ini juga boleh meningkatkan risiko berlakunya pendarahan apabila diambil dengan ubat penipisan darah, seperti warfarin atau aspirin.

Ginseng boleh meningkatkan kesan kafein dan perangsang lain, dan mendorong kepada degupan jantung yang cepat dan juga mungkin berpeluh atau insomnia. Ia juga boleh menghalang kesan ubat morfin.

Terdapat banyak kemungkinan bahawa ia boleh interaksi dengan dadah. Ginseng Amerika tidak boleh diambil dengan:

  • Coumadin (warfarin), kerana herba boleh mengurangkan keberkesanan ubat dan menyebabkan pembekuan darah.
  • Kelas ubat kemurungan dipanggil MAOI, kerana ia boleh menyebabkan ketakutan, sakit kepala, kegelisahan dan insomnia.
  • Ubat bagi menurunkan gula darah, kerana ia boleh menyebabkan gula darah menjadi sangat rendah.
  • Ubat antipsikotik, kerana ia boleh meningkatkan kesannya.
  • Stimulan, kerana ia boleh meningkatkan akibat serta kesan sampingan yang tidak diingini.

Wanita hamil tidak boleh mengambil ginseng Amerika. Kompaun yang terdapat dalam ginseng Panax, dan berkait rapat dengan ginseng Amerika, telah dikaitkan dengan masalah kecacatan kelahiran yang mungkin terjadi.

Dos Ginseng Amerika

Dos berikut telah dikaji dalam penyelidikan saintifik.

SECARA ORAL

  • Untuk mengurangkan kadar gula darah pada pesakit diabetes jenis 2:   pengambilan sebanyak 3gram sehingga 2 jam sebelum makan. Sekiranya diambil terlalu lama sebelum makan, kadar gula darah mungkin adalah terlalu rendah. 100 hingga 200mg ginseng amerika boleh diambil setiap hari sehingga 8 minggu.
  • Untuk mencegah jangkitan saluran pernafasan atas seperti demam atau selesema biasa: ekstrak ginseng Amerika yang khusus dipanggil CVT-E002 (Cold-fX, Afexa Life Sciences, Kanada) sebanyak 200mg dua kali sehari selama 3 hingga 4 bulan telah digunakan.

Sumber:

https://www.webmd.com/vitamins/ai/ingredientmono-967/american-ginseng

https://www.verywellhealth.com/american-ginseng-health-benefits-89218

https://www.medicalnewstoday.com/articles/262982

https://www.healthline.com/nutrition/ginseng-benefits

error: Content is protected !!