Ubat glucagon adalah sama dengan glucagon yang dihasilkan oleh tubuh badan. Ia merupakan bahan semula jadi yang menaikkan gula dalam darah dengan menyebabkan tubuh merembeskan gula yang tersimpan di hati.
Kegunaan Glucagon
Ia digunakan untuk merawat kadar gula dalam darah yang sangat rendah (hypoglycemia) dan boleh menyebabkan anda memerlukan bantuan daripada orang lain. Untuk persediaan awal, pastikan ahli keluarga atau pengasuh mengetahui di mana anda menyimpan ubat ini dan cara menggunakannya dengan betul.
Glucagon juga dapat digunakan sebelum prosedur sinar-X usus tertentu. Ia melambatkan pergerakan perut, usus, dan usus besar, yang membantu menjadikan gambaran sinar-X lebih jelas.
Cara menggunakannya
Baca risalah maklumat dan arahan penggunaan pesakit yang diberikan oleh ahli farmasi semasa anda mendapat ubat ini dan setiap kali anda mendapat bekalan yang baru.
Pastikan ubat ini selalu dibawa sekiranya diperlukan. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, bertanyalah pada doktor atau ahli farmasi anda.
Langkah berjaga-jaga dan Amaran Penggunaan Glucagon
Sebelum menggunakan glucagon, beritahu doktor atau ahli farmasi jika anda alah kepadanya, atau jika anda mempunyai alahan lain. Produk ini mungkin mengandungi bahan tidak aktif (seperti susu getah yang digunakan dalam beberapa produk), yang boleh menyebabkan reaksi alergi atau masalah lain. Bertanyalah dengan ahli farmasi anda untuk maklumat lebih lanjut.
Malah, beritahu doktor atau ahli farmasi mengenai sejarah perubatan anda, terutamanya mengenai tumor pankreas (insulinoma), masalah kelenjar adrenal (seperti penyakit Addison, pheochromocytoma), tabiat tidak mahu makan / kurang makan, tahap gula dalam darah yang kerap menurun.
Gula dalam darah yang rendah (hipoglikemia) lebih berkemungkinan untuk terjadi jika anda tidak mengambil kalori makanan yang cukup, atau jika anda melakukan senaman yang berat.
Simptomnya adalah seperti berpeluh secara tiba-tiba, terketar-ketar, degupan jantung yang cepat, kelaparan, penglihatan kabur, pening, atau tangan / kaki kesemutan.
Serta, beritahu doktor jika anda hamil sebelum menggunakan ubat ini. Ianya juga tidak diketahui jika ubat ini boleh mempengaruhi susu badan, tetapi ia barangkali tidak berbahaya pada bayi yang menyusu badan. Rujuk doktor sebelum menyusukan bayi anda.
Kesan sampingan Glucagon
Mual, muntah, atau sakit kepala mungkin berlaku. Kerengsaan, kemerahan, atau bengkak di tempat suntikan juga boleh berlaku. Sekiranya kesan ini berlanjutan atau bertambah buruk, beritahu doktor atau ahli farmasi anda dengan segera.
Ingatlah bahawa doktor telah mengarah pengambilan ubat ini kerana beliau telah menilai faedahnya adalah lebih besar daripada risiko kesan sampingan bagi keadaan anda. Ramai individu yang menggunakan ubat ini tidak mempunyai kesan sampingan yang serius.
Beritahu doktor anda jika anda mempunyai kesan sampingan yang serius, termasuklah jantung yang berdegup dengan cepat / rasa berdebar.
Reaksi alahan yang sangat serius terhadap ubat ini jarang berlaku. Walau bagaimanapun, dapatkan bantuan jika anda mengalami simptom reaksi alergi yang serius, termasuklah ruam, gatal / bengkak (terutama pada muka / lidah / tekak), pening teruk, kesukaran bernafas.
Ini bukanlah senarai lengkap kemungkinan kesan sampingan yang boleh berlaku. Sekiranya anda melihat kesan lain yang tidak disenaraikan di atas, hubungi doktor atau ahli farmasi anda.
Kontraindikasi Glucagon
Glucagon dalam bentuk suntikan dikontraindikasikan pada pesakit dengan:
- Pheochromocytoma kerana risiko berlakunya peningkatan tekanan darah
- Insulinoma kerana risiko berlakunya ‘hypoglycemia’
- Glucagonoma kerana risiko berlakunya ‘hypoglycemia’
Interaksi Glucagon
Interaksi ubat boleh mengubah cara ubat berfungsi atau meningkatkan risiko anda mendapat kesan sampingan yang serius. Artikel ini tidak mengandungi semua kemungkinan interaksi ubat.
Jadi, simpan senarai semua produk yang anda gunakan (termasuk ubat preskripsi / bukan preskripsi dan produk herba) dan kongsikan kepada doktor dan ahli farmasi anda.
Jangan mula, henti atau ubah dos ubat-ubatan tanpa kebenaran doktor anda.
Dos Glucagon
- Untuk jenis suntikan: 1 mg serbuk lyophilized dalam botol dos tunggal untuk pembancuhan semula.
Sumber
https://www.rxlist.com/glucagon-drug.htm#indications
https://www.webmd.com/drugs/2/drug-17033/glucagon-human-recombinant-injection/details