Now Reading
Glucosamine

Glucosamine

glucosamine

Pengenalan

Glucosamine adalah protein gula yang membantu badan anda membina tulang rawan (tisu penghubung keras yang terletak pada tulang berhampiran sendi anda).

Ia adalah bahan semulajadi yang terdapat dalam tulang, sumsum tulang, kerang dan kulat. 

Selain itu, ubat ini telah digunakan dalam perubatan alternatif untuk meredakan sakit sendi, bengkak, dan kekejangan yang disebabkan oleh artritis.

Walau bagaimanapun, bukan semua penggunaannya dipersetujui oleh FDA (FDA – Food and Drugs Administration). Malah, ia tidak boleh digunakan sebagai pengganti ubat yang telah ditetapkan oleh doktor anda.

Glucosamine juga sering dijual dalam bentuk suplemen herba. Oleh itu, tidak ada piawaian pembuatan yang diatur untuk kebanyakan sebatian herba dan beberapa makanan tambahan yang dipasarkan. Malah, ada produk yang didapati tercemar dengan logam toksik atau ubat lain. Suplemen herba / kesihatan haruslah dibeli melalui sumber yang boleh dipercayai bagi mengelakkan sebarang risiko pencemaran.

Malah, ia juga boleh digunakan untuk tujuan yang tidak disenaraikan dalam panduan produk ini.

Kegunaan Glucosamine

  • Osteoartritis. Sebilangan besar kajian menunjukkan bahawa pengambilan Glucosamine dapat melagakan rasa sakit yang dialami oleh penghidap osteoartritis, terutamanya mereka yang menderita osteoartritis lutut. Bagi sesetengah individu, ia berfungsi sebagai ubat tahan sakit tanpa  preskripsi seperti acetaminophen atau ibuprofen; Walau bagaimanapun, ubat tahan sakit berfungsi dengan lebih cepat sementara Glucosamine sulfat boleh mengambil masa 4-8 minggu sebelum melegakan kesakitan. Selain itu, individu yang mengambilnya masih perlu mengambil ubat tahan sakit untuk melegakan masalah nyeri. Selain melegakan kesakitan, ia juga boleh melambatkan kerosakan sendi dan mencegah keadaan sendi menjadi lebih buruk jika diambil selama beberapa tahun. Beberapa penyelidikan menunjukkan bahawa individu yang mengambil Glucosamine mungkin kurang memerlukan pembedahan penggantian kedua-dua lutut. Terdapat beberapa jenis produk Glucosamine. Kajian yang paling menunjukkan bermanfaat adalah bagi produk yang mengandungi Glucosamine sulfat. Manakala, produk yang mengandungi Glucosamine hidroklorida nampaknya tidak memberi kesan terhadap osteoartritis. Namun begitu, kebanyakan produk yang mengandungi Glucosamine bersama kondroitin, masih tidak terbukti bahawa produk ini berkesan dengan lebih baik daripada Glucosamine sulfat secara tunggal. Ia didapati tidak menghalang seseorang daripada diserang osteoartritis.

  • Sakit sendi disebabkan oleh ubat-ubatan yang disebut aromatase inhibitor (aromatase yang disebabkan oleh inhibitor aromatase). Penyelidikan awal menunjukkan bahawa pengambilan suplemen kombinasi Glucosamine sulfat dan kondroitin sulfat dalam dua atau tiga dos yang dibahagikan setiap hari selama 24 minggu boleh mengurangkan kesakitan dalam kalangan wanita yang mengambil ubat yang menurunkan tahap estrogen untuk barah payudara peringkat awal.

  • Penyakit jantung. Individu yang mengambil Glucosamine mungkin mempunyai risiko yang lebih rendah untuk menghidap penyakit jantung. Tetapi dos atau bentuk yang paling berkesan masih tidak jelas. Selian itu, risiko yang lebih rendah ini juga masih tidak dapat dikenalpasti sama ada ia berasal daripada Glucosamine atau pengamalan gaya hidup yang sihat.

  • Sakit lutut. Beberapa penyelidikan menunjukkan bahawa pengambilan produk tertentu yang mengandungi Glucosamine sulfat, metilsufonlylmethane, ekstrak kulit willow putih, akar halia, ekstrak kemenyan India, ekstrak akar kunyit, cayeenne, dan asid hyaluronik (Instaflex Joint Support, Direct Digital, Charlotte, NC) dalam tiga dos yang dibahagi setiap hari selama 8 minggu , boleh mengurangkan sakit sendi pada individu yang mengalami sakit lutut. Tetapi produk ini nampaknya tidak memberi kesan terhadap kekejangan atau fungsi sendi. Manakala, penyelidikan awal yang lain menunjukkan bahawa pengambilan 1500 mg Glucosamine sulfat setiap hari selama 28 hari tidak mengurangkan sakit lutut dalam kalangan atlet berikutan kecederaan lutut. Walau bagaimanapun, ia didapati boleh meningkatkan pergerakan lutut.

  • Sklerosis pelbagai (MS). Penyelidikan awal menunjukkan bahawa pengambilan sebanyak 1000 mg Glucosamine sulfat secara oral setiap hari selama 6 bulan dapat mengurangkan sklerosis berulang.

  • Pemulihan selepas pembedahan. Penyelidikan awal menunjukkan bahawa pengambilan Glucosamine sulfat tidak meningkatkan kesannya, melegakan kesakitan, dan prestasi dalam kalangan atlet lelaki yang menjalani pembedahan untuk memperbaiki ACL yang koyak. ACL adalah ligamen yang menahan lutut di tempatnya ewaktu sebarang pergerakan.

  • Strok. Individu yang mengambil Glucosamine mungkin mempunyai risiko mengalami strok yang lebih rendah. Namun begitu, dos atau bentuk yang paling berkesan bagi tujuan tersebut adalah tidak jelas. Tambahan lagi, masih tidak diketahui sama ada risiko yang lebih rendah ini berpunca dari Glucosamine atau pengamalan gaya hidup yang lebih sihat.

  • Sakit rahang (Gangguan temporomandibular). Beberapa kajian menunjukkan bahawa pengambilan Glucosamine sulfat mempunyai kesan yang sama seperti ubat anti-radang bukan steroid (NSAID) ibuprofen (Motrin, Advil, dll.) untuk melegakan sakit rahang. Pada sesetengah individu, rasa sakit didapati hilang selama 90 hari sebelum pengambilan Glucosamine sulfat dihentikan. Tetapi penyelidikan menunjukkan bahawa apabila 1200 mg Glucosamine sulfat diminum setiap hari selama 6 bulan, kesakitan rahang dan kemampuan untuk membuka rahang masih tidak bertambah baik.

Lebih banyak bukti diperlukan untuk menilai penggunaan ubat untuk kegunaan ini:

  • Sekumpulan gangguan mata yang boleh menyebabkan kehilangan penglihatan (glaukoma).
  • Sakit sendi.
  • Sindrom pundi kencing yang menyakitkan (cystitis interstitial).
  • Penurunan berat badan
  • Keadaan-keadaan lain.

Kesan Sampingan Glucosamine

Kesan sampingan pengambilan yang dilaporkan adalah ringan dan ia jarang berlaku, ia boleh merangkumi:

  • Sakit perut
  • Sembelit
  • Cirit-birit
  • Sakit kepala
  • Ruam

Pengambilannya MUNGKIN SELAMAT apabila digunakan dengan betul oleh individu dewasa, tetapi sebilangan individu mengalami kesan sampingan ringan, termasuk mengantuk, reaksi kulit, dan sakit kepala.

Kesannya semasa kehamilan atau penyusuan masih tidak diketahui, jadi anda tidak disarankan untuk menggunakannya pada waktu-waktu ini.

Interaksi Glucosamine

Warfarin (Coumadin) berinteraksi dengan GLUCOSAMINE

Warfarin (Coumadin) digunakan untuk melambatkan pembekuan darah. Terdapat beberapa laporan yang menunjukkan bahawa pengambilan bersama atau tanpa kondroitin boleh meningkatkan kesan warfarin (Coumadin) pada pembekuan darah. Keadaan ini boleh menyebabkan lebam dan pendarahan yang serius. Jangan mengambil ubat ini jika anda menggunakan warfarin (Coumadin).

Ubat untuk kanser (kemoterapi antimitotik) berinteraksi dengan GLUCOSAMINE

Sesetengah ubat untuk kanser berfungsi dengan mengurangkan tempoh sel kanser merebak. Segelintir saintis berpendapat bahawa ubat ini dapat meningkatkan kepantasan sel tumor merebak. Pengambilan Glucosamine bersama beberapa ubat untuk merawat kanser boleh menurunkan keberkesanan ubat-ubatan ini dalam merawat kanser. Sebilangan ubat tersebut adalah etoposida (VP16, VePesid), teniposide (VM26), dan doxorubicin (Adriamycin).

Acetaminophen (Tylenol, yang lain) berinteraksi dengan GLUCOSAMINE

Terdapat beberapa kebimbangan bahawa pengambilan ubat ini dan asetaminofen (Tylenol, yang lain) boleh mempengaruhi keberkesanan fungsi kedua-duanya. Namun, masih lebih banyak maklumat yang diperlukan untuk mengetahui sama ada interaksi ini perlu menjad perhatian besar.

Ubat untuk kencing manis (ubat Antidiabetes) berinteraksi dengan GLUCOSAMINE

Terdapat kebimbangan bahawa Glucosamine dapat meningkatkan gula darah dalam kalangan penghidap kencing manis. Selain itu, terdapat juga kebimbangan bahawa ia dapat menurunkan keberkesanan ubat-ubatan yang digunakan untuk merawat kencing manis. Walau bagaimanapun, penyelidikan terkini menunjukkan bahawa Glucosamine mungkin tidak meningkatkan gula darah pada individu yang menghidap kencing manis. Oleh itu, Glucosamine mungkin tidak mengganggu ubat kesan ubat kencing manis. Sebagai langkah berjaga-jaga, jika anda mengambil Glucosamine dan menghidap kencing manis, pantau gula darah dan pengambilan ubat anda dengan teliti. Sesetengah ubat yang digunakan untuk kencing manis adalah seperti glimepiride (Amaryl), glyburide (DiaBeta, Glynase PresTab, Micronase), insulin, pioglitazone (Actos), rosiglitazone (Avandia), chlorpropamide (Diabinese), glipizide (Glucotrol), tolbutamide (Orinase), dan lain-lain.

Dos Glucosamine

Dos berikut telah dikaji dalam penyelidikan saintifik:

Secara oral

  • Untuk osteoartritis: 1500 mg sebanyak sekali sehari atau 500 mg tiga kali sehari, secara tunggal atau bersama 400 mg kondroitin sulfat dua atau tiga kali sehari, digunakan sehingga 3 tahun. Selain itu, Glucosamine sulfat 750 mg sebanyak dua kali sehari dalam kombinasi dengan ekstrak akar kunyit 500 mg dua kali sehari digunakan selama 6 minggu.

Disapu pada kulit:

  • Untuk osteoartritis: Krim yang mengandungi 30 mg / gram Glucosamine sulfat, 50 mg / gram kondroitin sulfat, 140 mg / gram tulang rawan hiu, 32 mg / gram kapur barus, dan 9 mg / gram minyak pudina digunakan pada kulit apabila perlu selama 8 minggu.

Disuntik ke dalam otot:

  • Untuk osteoartritis: 400 mg Glucosamine sulfat disuntik sebanyak dua kali seminggu selama 6 minggu.

Sumber:

https://www.webmd.com/vitamins-and-supplements/supplement-guide-glucosamine

https://www.mayoclinic.org/drugs-supplements-glucosamine/art-20362874

https://www.healthline.com/nutrition/glucosamine

https://www.medicalnewstoday.com/articles/265748

error: Content is protected !!