Pengenalan
Grapeseed adalah hasil perindustrian yang kaya dengan antioksidan, proanthocyanidin oligomer kompleks dan dikaitkan dengan pelbagai manfaat untuk kesihatan.
Ini termasuklah merawat keadaan seperti masalah kolesterol tinggi, arteriosklerosis, degenerasi makula, peredaran darah yang lemah, dan kerosakan sistem saraf.
Namun begitu, sebahagian besar tuntutan kesihatan tersebut masih belum disokong sepenuhnya oleh kajian yang berkualiti tinggi, tetapi terdapat beberapa bukti kajian yang menyokong penggunaannya.
Ekstraknya boleh didapati sebagai suplemen dalam bentuk cecair, tablet, atau kapsul. Suplemen ini biasanya mengandungi antara 50 hingga 100 miligram (mg) ekstrak Grapeseed.
Kegunaan Grapeseed
Suplemen ini terkenal dengan kandungan antioksidan. Walau bagaimanapun, kajian yang dijalankan adalah agak terhad dan menunjukkan kemungkinan manfaatnya dalam penyakit kardiovaskular, gangguan neurodegeneratif dan kanser.
Kesan Sampingan Grapeseed
Dapatkan bantuan perubatan kecemasan jika anda mengalami tanda-tanda reaksi alahan semasa menggunakan minyak Grapeseed seperti: gatal-gatal, kesukaran bernafas, bengkak pada muka, bibir, lidah, atau tekak anda.
Kesan sampingan yang biasa berlaku termasuklah:
- Cirit-birit
- Sakit perut, loya, muntah
- Mulut kering
- Sakit tekak, batuk
- Sakit kepala
- Sakit otot
Senarai di atas bukanlah senarai lengkap kesan sampingan yang mungkin berlaku. Hubungi doktor anda untuk mendapatkan nasihat perubatan mengenai kesan sampingan yang lebih lanjut.
Interaksi Grapeseed
Sekiranya anda mengambil suplemen ini secara berkala, berbincanglah dengan doktor anda sebelum anda mula menggunakan ekstrak Grapeseed. Ini kerana ia boleh berinteraksi dengan ubat seperti pencair darah, ubat penahan sakit NSAID (seperti aspirin, Advil, dan Aleve), ubat jantung tertentu, rawatan kanser, dan lain-lain.
Memandangkan masih kurang bukti mengenai keselamatan penggunaannya, ekstrak suplemen ini tidak digalakkan digunakan oleh kanak-kanak atau wanita mengandung atau menyusukan bayi.
Dos Grapeseed
Komposisi persediaan suplemen ini adalah pelbagai. Ekstraknya telah dikaji dalam ujian klinikal dengan penggunaan dos sebanyak 150 mg hingga 2,000 mg / hari.
Sumber:
https://www.healthline.com/health/grapeseed-oil-for-skin
https://www.webmd.com/diet/grape-seed-extract
https://www.medicalnewstoday.com/articles/263332
https://www.healthline.com/nutrition/grape-seed-extract-benefits