Now Reading
Green House Emulco: Rasai Kemerdekaan Dengan Pelbagai Pilihan

Green House Emulco: Rasai Kemerdekaan Dengan Pelbagai Pilihan

Emulco

Pernah rasa frust kerana ingin membuat pelbagai jenis kek di rumah tapi pilihan rasa agak terhad? Balik-balik kek coklat dan cheese sahaja?

Eh, tunggu dulu! Sempena Hari Merdeka yang ke-65 tahun ini, Green House Emulco ada sesuatu istimewa buat ibu-ibu di rumah. Green House Emulco mempunyai 12 pilihan Emulco dalam botol kecil, 30g yang lebih sesuai untuk digunakan sebagai bahan kegunaan di dapur untuk menu minum petang.

Green House Emulco

Emulco ialah campuran premium perasa, pewarna dan pengemulsi yang seakan sama dengan yang asli. Ia ditambah kedalam produk roti & makanan untuk meningkatkan visual, rasa, aroma dan untuk mengekalkan kelembapan makanan. Emulco ini biasanya digunakan dalam penggunaan yang melibatkan pemanasan dan sangat baik dalam produk roti dan kuih-muih.

Antara Emulco yang boleh anda dapatkan adalah seperti Coklat, Strawberry, Vanila, Kelapa Pandan, Beri Biru, Keladi, Durian, Salted Egg, Teh Tarik, Teh Hijau, Red Velvet dan Kopi. Kepelbagaian emulco ini membolehkan anda untuk meneroka lebih banyak resipi menarik untuk dijadikan hidangan istimewa sempena Hari Merdeka dan Hari Malaysia nanti.

Meriahkan sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia bersama keluarga tersayang dengan makanan yang lazat dan menarik dari dapur anda. Santapan pembuka selera di hari istimewa seperti kek, kuih-muih, ais krim, minuman dan pelbagai lagi hidangan daripada hasil tangan anda pasti menambat selera ahli keluarga.

Green House Emulco adalah rangkaian produk cecair perisa dan pewarna makanan yang berkualiti tinggi untuk menyerlahkan lagi rasa dan warna kek, pencuci mulut serta makanan-makanan lain hasil buatan anda. Lebih 100 perisa dan pewarna yang dihasilkan oleh Green House Emulco yang juga didatangkan dalam botol yang besar, lebih sesuai untuk kegunaan para pengusaha dan peniaga bakeri serta restoran.

Green House Emulco merupakan rangkaian produk di bawah naungan Green House Ingredient Sdn Bhd yang telah ditubuhkan pada tahun 2003 dengan matlamat utama untuk menyediakan bahan-bahan bakeri, perisa dan pewarna buatan sendiri yang berkualiti untuk industri makanan, industri bekalan bahan bakeri dan BARESCA (Bakeri, Restoran, Kafe).

Green House Ingredient Sdn Bhd juga telah bekerjasama dengan HICAPS Marketing Corporation di Filipina untuk meluaskan lagi perniagaan. Untuk makluman semua, HICAPS Marketing Corporation adalah merupakan pembekal bahan makanan berkualiti tinggi di Filipina.

Selain itu, Green House Emulco juga banyak digunakan secara meluas dalam kedai bakeri dan kuih-muih seperti Secret Recipe, Daily Fresh, The Baker’s Cottage dan banyak lagi!

Selama 19 tahun Green House menyediakan bekalan rangkaian produk untuk pembekal-pembekal dan pemborong-pemborong barangan bakeri, kini tibalah masa untuk Green House melancarkan rangkaian produk untuk para home baker khususnya untuk ibu-ibu bagi kemudahan untuk menggunakan produk Emulco di rumah!

Anda boleh dapatkan produk Green House Emulco dengan saiz botol kecil, 30g, dengan harga RM5.50 seunit mengikut produk emulco kegemaran anda. Dengan saiz botol yang lebih mesra pengguna, anda kini boleh menikmati variasi dalam hidangan anda dengan menggunakan produk Emulco.

Anda boleh dapatkan produk ini melalui akaun Shopee dan Lazada iaitu Green House Ingredients Sdn Bhd (link di bawah) atau dari kedai-kedai bahan bakeri yang terpilih anda seperti, City Bakers, Bake with Yen, Bake Well dan Yummy.

Lebih menarik, anda juga boleh dapatkan pelbagai resipi terkini dengan menggunakan Green House Emulco daripada laman sesawang Green House untuk anda hidangkan makanan memukau di Hari Merdeka dan Hari Malaysia nanti.

Hanya lawati www.greenhouseflavour.com atau anda juga boleh imbas kod QR yang disediakan di kedai-kedai bahan bakeri terpilih.

Lima sebab mengapa anda perlu cuba Green House Emulco hari ini :

1) Lebih haba stabil dan mampu mencapai kualiti makanan yang baik.

Pernahkah anda alami, makanan yang anda cuba buat tidak menjadi akibat daripada haba ketuhar menjadikan warna makanan anda berubah dan tidak seperti yang anda inginkan? Atau rasa makanan anda juga terkesan seperti rasa hangit walaupun anda sudah mengikuti suhu bakar yang betul? Dengan Green House Emulco, cecair perisa dan pewarna makanan yang diformulasikan adalah lebih stabil dan berkualiti bagi mengekalkan kualiti makananan buatan anda.

2) Dengan fungsi 2 dalam 1, perisa dan pewarna makanan membantu menjimatkan kos.

Kini anda tidak perlu lagi mengeluarkan kos ekstra untuk mendapatkan perisa dan pewarna makanan dengan produk yang berbeza. Kini, hanya dengan menggunakan satu produk sahaja. Jimatnya!

3) Cepat dan mudah digunakan

Green House Emulco yang didatangkan dengan saiz botol kecil, 30g ini memudahkan anda untuk menggunakannya dengan cepat dan mudah. Hanya sukat mengikut bancuhan yang bersesuaian dengan makanan yang anda ingin hasilkan, pasti anda akan mendapat rasa dan warna yang tepat.

4) Pelbagai pilihan rasa untuk kesesuaian makanan

Green House Emulco yang tampil dengan saiz botol 30g didatangkan dengan 12 pilihan seperti Coklat, Kelapa Pandan, Keladi, Vanila, Strawberry dan banyak lagi membolehkan anda untuk meneroka lebih banyak resipi menarik untuk dijadikan hidangan ahli keluarga.

5) Diperakui Halal serta memperoleh kelulusan HACCP dan MeSTI

Rangkaian produk Green House dihasilkan mengikut piawaian kualiti dalam perundangan makanan Malaysia dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Selain itu, Green House juga membekalkan perisa dan pewarna yang mematuhi keperluan negara-negara tertentu seperti Singapura, Brunei, Thailand, Vietnam, Myanmar dan Indonesia.

Kesimpulannya, Green House Emulco ialah cecair perisa dan pewarna yang mempunyai rasa yang lazat, warna yang menyerlah dan aroma yang memikat selera. Ia meningkatkan kecantikan warna, kesedapan rasa dan membantu mengekalkan kelembapan makanan anda. Green House Emulco juga dapat membantu mencapai kualiti dan fleksibiliti yang lebih baik apabila menambah emulco pada campuran makanan seperti kek dan kuih-muih, tanpa menjejaskan resipi makanan anda. Dengan menggunakan Green House Emulco juga, anda boleh menjimatkan tenaga, masa dan kos dalam menghasilkan makanan unik.

Usah ragu lagi! Jom dapatkan Green House Emulco hari ini sebelum terlambat. Serlahkan keenakan makanan anda dengan emulco daripada produk Green House. Untuk maklumat lanjut tentang Green House Emulco, layari :

Laman Sesawang : www.greenhouseflavour.com

Facebook : www.facebook.com/greenhouseflavours

Shopee : https://shopee.com.my/green_house_ingredient

Lazada : https://www.lazada.com.my/shop/green-house-ingredient-sdn-bhd/

error: Content is protected !!