Now Reading
Gunung Merapi memuntahkan abunya: Lapangan terbang di Surakarta diarahkan tutup buat sementara

Gunung Merapi memuntahkan abunya: Lapangan terbang di Surakarta diarahkan tutup buat sementara

Gunung Merapi memuntahkan abunya

Menurut TheJakartaPost, letusan Gunung Merapi yang berlaku mendorong kepada penutupan Lapangan Terbang Antarabangsa Adi Seomarmo. Ini dilakukan atas tujuan keselamatan bagi penerbangan-penerbangan yang berlepas atau tiba di situ.

Gunung Merapi Indonesia muntahkan abu panas | Sinar Harian

Gunung Merapi adalah salah satu gunung berapi yang paling aktif di Indonesia. Ia pernah meletuskan abunya pada 2010 dan menyebabkan kematian lebih daripada 300 orang. Malah, keadaan yang ekstrem ini juga memaksa hampir 400,000 penduduk di sekitar kawasan itu untuk berpindah ke tempat lebih selamat.

Di Malaysia, kita pastinya tidak akan mengalami pengalaman sebegini memandangkan negara ini tidak mempunyai gunung berapi yang aktif seperti di negara jiran. Namun, jangan salah sangka kerana kita sebenarnya mempunyai beberapa gunung berapi di Sabah, tetapi ia tidaklah mendatangkan kesan letusan gunung Merapi seperti di Indonesia.

Bagaimanakah abu daripada letusan gunung berapi berbahaya?

Memandangkan abu ini kelihatan seperti asap kehitaman dalam kuantiti yang besar, ia mengandungi partikel-partikel halus dan berbahaya. Berdasarkan sumber daripada laman web AccuWeather, partikel halus ini boleh menyebabkan keradangan paru-paru, mata dan saluran pernafasan.

Justeru itu, anda pasti tidak mahu berada sekitar kawasan di mana letusan gunung berapi sedang berlaku. Kesannya bukan setakat itu sahaja, malah ia boleh menyebabkan kematian juga. Apabila kita bernafas, udara yang dihirup masuk ke dalam paru-paru secara normal. Namun, jika kita menghirup udara yang tidak bagus, partikel-partikel kecil boleh menghalang saluran udara dan menyebabkan kita sesak nafas. Ini kemudian boleh mendorong berlakunya kematian walaupun individu itu tidak tercedera secara fizikal.

Langkah awal untuk menyelamatkan diri

Jika anda menetap atau berada berhampiran dengan kawasan gunung berapi, sentiasa dapatkan maklumat mengenainya kerana biasanya, pihak berkenaan akan memberi amaran jika berlakunya letusan pada mana-mana gunung berapi. Pindah ke kawasan lebih selamat mengikut nasihat daripada pihak tertentu bagi menyelamatkan diri dan keluarga anda.

Walaupun letusan ini hanya mengeluarkan asap yang berbahaya dan tidak memberi kecederaan fizikal yang serius, namun ianya masih penting untuk mengambil langkah yang cepat dalam situasi kecemasan sebegini.

Selain itu, elakkan berada di luar rumah sekiranya anda tidak dapat berpindah ke kawasan lain kerana asap ini boleh memedihkan mata dan seterusnya menghalang pandangan anda. Pakai topeng muka sekiranya perlu.

Gunung Merapi letuskan lava, abu

TUNGGU DULU,

Sebelum anda pergi, mari kita pelajari sedikit fakta tentang letusan gunung berapi

  1. Kawasan berbahaya sekiranya berlaku letusan gunung berapi adalah pada radius sejauh 20 batu.
  2. Letusan gunung berapi yang kuat boleh mencetus tsunami, banjir kilat, gempa bumi dan tanah runtuh.
  3. Terdapat lebih 500 gunung berapi aktif di seluruh dunia.
  4. Letusan paling dahsyat yang pernah terjadi adalah di Indonesia.
  5. Kilat daripada gunung berapi kebanyakannya terjadi dalam awan abu semasa letusan berlaku, dan terhasil oleh geseran abu yang naik ke permukaan dengan cepat.

SUMBER

  1. https://www.thejakartapost.com/news/2020/03/03/surakarta-airport-closes-temporarily-after-mt-merapi-spews-out-ash-6000-meters-high.html
  2. https://www.accuweather.com/en/weather-news/why-volcanic-ash-can-be-so-detrimental-to-your-health/351096
  3. https://www.dosomething.org/us/facts/11-facts-about-volcanoes

error: Content is protected !!