Now Reading
Gusi bengkak (Swollen gum)

Gusi bengkak (Swollen gum)

Gusi bengkak

Pengenalan

Gusi anda adalah sangat penting untuk kesihatan mulut anda. Ia diperbuat daripada tisu merah jambu yang kukuh yang menutupi tulang rahang anda. Tisu ini adalah tebal, berserat dan penuh dengan saluran darah.

Sekiranya gusi anda membengkak, ia mungkin menonjol atau terkeluar. Bengkak pada gusi biasanya bermula di mana gusi mula memenuhi gigi. Gusi anda mungkin bengkak sehingga mula menyembunyikan sebahagian gigi anda. Malah, gusi bengkak juga berwarna merah bukannya warna merah jambu biasa.

Penerangan

Gusi bengkak, juga disebut pembengkakan ‘gingival’, seringkali menyakitkan, sensitif atau sakit. Anda juga mungkin menyedari bahawa gusi anda berdarah dengan lebih mudah semasa membersihkan atau menggosok gigi.

Dalam banyak keadaan, gusi yang bengkak dan berdarah adalah tanda bagi penyakit gusi. Namun, ada beberapa perkara lain yang boleh menyebabkan masalah gusi ini. Namun, apa pun penyebabnya, ada cara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan kerosakan dan ketidakselesaan gusi.

Penyebab yang berkemungkinan

Punca gusi bengkak mungkin termasuk:

  • Kebersihan gigi yang buruk

Kadangkala, sebahagian makanan boleh terperangkap di antara gigi dan gusi. ‘Flossing’ dan memberus gigi dengan baik biasanya dapat membuang kekotoran ini. Sekiranya ia dibiarkan, ia boleh menyebabkan gusi di sekitar gigi membengkak. Lama kelamaan, ini boleh mengakibatkan kerosakan gigi dan penyakit gusi.

  • Penyakit periodontal

Penyakit periodontal berlaku kerana jangkitan dan keradangan gusi yang menyokong dan mengelilingi gigi. Jangkitan ini berlaku apabila seseorang mengalami penumpukan plak. Plak menjadi mengeras dan membentuk tartar, atau kalkulus yang lebih sukar untuk dikeluarkan.

Terdapat dua peringkat bagi penyakit periodontal:

1. Gingivitis

Apabila seseorang mengalami keradangan gusi, gusi mereka menjadi bengkak dan meradang. Gejala lain termasuk:

Gingivitis boleh dipulihkan, tetapi tanpa rawatan, ia boleh menyebabkan periodontitis.

2. Periodontitis

Periodontitis adalah peringkat akhir bagi penyakit periodontal, di mana gusi menarik atau surut dari gigi. Apabila ini berlaku, jangkitan boleh merosakkan tulang yang menyokong gigi, menyebabkan gigi menjadi kendur atau jatuh.

  • Bisul pergigian

Bisul pergigian adalah sekumpulan nanah yang terbentuk di dalam gigi atau struktur sekitarnya akibat jangkitan bakteria. Keadaan ini boleh menyebabkan bengkak dan kemerahan pada gigi.

  • Kehamilan

Gusi bengkak juga boleh berlaku semasa kehamilan. Peningkatan hormon yang dihasilkan oleh badan semasa anda mengandung boleh meningkatkan aliran darah di gusi anda. Ini justeru menyebabkan gusi anda mudah terkesan dan menyebabkan bengkak.

Perubahan hormon ini juga dapat menghalang kemampuan tubuh anda untuk melawan bakteria yang biasanya menyebabkan jangkitan gusi. Ini dapat meningkatkan peluang anda menghidap keradangan gusi.

Bila perlu menghubungi doktor

Walaupun gusi yang sihat berwarna merah jambu dan tegang, gusi yang bengkak cenderung berwarna merah dan bengkak. Gejala lain termasuklah luka mulut, bau mulut dan tisu gusi yang tidak melekat pada gigi atau mungkin tersembunyi dan ditarik keluar dari gigi. Ia sering menjadi salah satu gejala bagi penyakit gusi, jadi ianya penting untuk berjumpa dengan doktor gigi secepat mungkin kerana ia boleh menjadi lebih buruk.

Sekiranya gusi anda membengkak lebih dari seminggu, buat temu janji dengan doktor gigi anda. Mereka dapat mendiagnosis penyebab sebenar pembengkakan tersebut dan mengesyorkan pelan rawatan yang sesuai.

Individu harus berjumpa dengan doktor gigi dalam perjumpaan berjadual jika mengalami gejala berikut:

  • gusi bengkak atau berdarah
  • bintik-bintik mulut atau luka yang bertahan lebih lama dari seminggu
  • sakit rahang atau gigitan tidak sekata
  • kesukaran untuk mengunyah atau menelan
  • sakit atau bengkak di mulut, muka atau leher

Rawatan

Rawatan perubatan

Sekiranya gusi anda bengkak selama lebih dari dua minggu, anda harus berjumpa dengan doktor gigi anda. Doktor gigi akan mengemukakan soalan mengenai bila gejala bermula dan berapa kerap ia berlaku. Pemeriksaan X-ray gigi mulut penuh mungkin diperlukan. Malah, ujian darah mungkin dilakukan untuk memeriksa kehadiran jangkitan.

Bergantung pada penyebab gusi bengkak anda, doktor gigi anda mungkin memberi ubat bilas oral yang membantu mencegah keradangan gusi dan mengurangkan plak. Mereka juga boleh mengesyorkan agar anda menggunakan ubat gigi jenama tertentu. Dalam beberapa kes, penggunaan antibiotik mungkin diperlukan.

Sekiranya anda mengalami masalah keradangan gusi, anda mungkin memerlukan pembedahan. Salah satu pilihan rawatan yang biasa adalah ‘scaling’ dan penanaman akar.

Rawatan di rumah

Rawatan di rumah seperti berikut dapat membantu mengurangkan keradangan gusi dan meningkatkan kesihatan gusi.

  • Ubat kumur antiseptik. Ubat kumur antiseptik tidak dapat menghilangkan plak dan tartar yang ada, tetapi dapat membantu mengawal penumpukan bakteria plak tambahan. Ia boleh didapati di kedai ubat dan farmasi. Cari jenama yang mengandungi bahan dengan sifat antiseptik yang kuat, seperti cetylpyridinium chloride.

  • Kumur dengan air masin. Individu boleh membuat larutan air masin yang berkesan dengan melarutkan satu sudu teh garam dalam secawan air panas yang disejukkan. Mereka boleh berkumut dengan larutan tiga hingga empat kali sehari. Para penyelidik mendapati bahawa larutan air masin dengan kepekatan 1.8% paling berkesan dalam meningkatkan kadar penyembuhan luka.

  • Ibuprofen. Ubat tahan sakit seperti ibuprofen dapat membantu mengurangkan kesakitan gusi semasa seseorang menjalani rawatan untuk bisul gigi atau penyakit periodontal.

SUMBER

https://www.healthline.com/health/gums-swollen

https://www.webmd.com/oral-health/guide/gum-problem-basics-sore-swollen-and-bleeding-gums#1

https://www.corsodyl.co.uk/gum-disease/symptoms/swollen-gums/

https://www.medicalnewstoday.com/articles/326016#medical-treatment

https://www.deltadentalwa.com/blog/entry/2019/08/swollen-gums-causes

error: Content is protected !!