Now Reading
Hada Labo Cleanser Malaysia dan 5 Alternatif Yang Baik Untuk Membersihkan Wajah

Hada Labo Cleanser Malaysia dan 5 Alternatif Yang Baik Untuk Membersihkan Wajah

hada labo cleanser

Kita semua impikan kulit yang berseri yang nampak bersih, cerah dan tidak mempunyai kilaun minyak. Sekarang terdapat pelbagai pilihan cleanser di pasaran dan semua jenama mempunyai pelbagai pilihan untuk mengikut kesesuaian jenis kulit muka anda. HADA LABO cleanser adalah salah satu jenama yang mempunyai pelbagai jenis pilihan untuk pengguna mereka di pasaran dengan harga yang mampu milik oleh semua.

hada labo foaming facial cleanser

HADA LABO AHA/BHA Foaming Wash

RM35.00

Hada Labo cleanser ini mempunyai Double Action Exfoliating Formula – AHA (asid glikolik) dan BHA (asid salisilik) untuk membantu melembutkan kulit, menghilangkan bintik hitam dan kekotoran yang terperangkap di dalam liang roma, meningkatkan penyerapan kulit dan mencerahkan kulit kusam dan kulit yang kasar semakin halus dan berseri. Formula Anti Pencemaran Triple – Membantu membersihkan dan melindungi kulit daripada pencemaran persekitaran. Mengurangkan kotoran melekat pada kulit, menghilangkan bahan pencemar logam berat dan melindungi kulit daripada kerosakan yang disebabkan oleh pencemaran. Bebas dari alkohol, pewarna, wangian & minyak mineral.

Curel Foaming Wash

Curel Intensive Moisture Care Foam

RM56.00

Cleanser jenama Curel ini membersihkan peluh dan kotoran secara menyeluruh dengan perlindungan dari ceramide mengandungi bahan pembersih yang dapat mengurangkan tekanan pada kulit. Ia juga dapat membantu mempromosikan kesan anti-radang pada kulit. Produk ini mengeluarkan buih untuk membersihkan dengan lembut tanpa perlu untuk menggosok dengan kuat. Meninggalkan sensasi sejuk selepas setiap cucian. Pembersih muka ini sesuai untuk kulit sensitif dan jenis kulit yang lain.

hada labo hyrda whitening face wash

HADA LABO Hydra & Whitening

RM19.90

Hada Labo cleanser Hydra & Whitening ini menghidrat dan mencerahkan kulit apabila digunakan. Ia mengandungi Resveratol- sejenis sebatian semula jadi yang terdapat dalam anggur merah yang dapat membantu mencerahkan dan mencerahkan kulit. Produk ini juga mengandungi Fucosorb- ekstrak rumput laut semula jadi dengan mineral & vitamin untuk melembabkab kulit & penuh antioksidan. Ia juga mempunyai Asid Hyaluronik Asid untuk menghidrat dan melembapkan kulit apabila digunakan supaya kulit rasa segar, lembut dan kenyal. Bebas dari wangian, minyak mineral, alkohol dan pewarna.

garnier brightening foam

Garnier Light Complete Whip Foam

RM14.90

Pembersih muka ini diformulasi dengan Limau Yuzu dan Vitamic C menghasilkan buih halus yang lebih kecil dan lembut untuk membersihkan liang pori dengan efektif. Buih yang padat dan kaya tanpa alkohol ini senang dibilas dan tidak mengeringkan kulit muka. Sari Lemon yang tulen akan membantu kulit menjadi cerah selepas muka dicuci, kulit menjadi lembut seperti kulit bayi dan ia juga boleh menghapuskan kulit kusam

hada labo exfoliating face wash

HADA LABO Soften & Exfoliating

RM23.85

Hada Labo cleanser ini mengelupas sel kulit mati dan mesra alam. Ia membersihkan, menghidrat dan mengelupas dengan selamat. Ia mempunyai Asid Hyaluronik dan ekstrak Salvia Sclarea; ekstrak tumbuhan semula jadi ini menembusi jauh ke dalam liang roma muka untuk menghilangkan minyak dan kotoran pada muka. Produk ini mempunyai manik-manik jojoba (yang boleh terurai secara biologi) yang membersihkan kulit mati dengan lembut. Produk ini sesuai untuk semua jenis kulit dan ia adalah bebas dari wangian, minyak mineral, alkohol dan pewarna.

Biore Facial Scrub

Biore Skin Caring Facial Foam

RM17.94

Pembersih muka ini menggunakan rahsia Bare Skin Porcelain Jepun ia adalah penjagaan kulit siri premium dari Jepun yang sesuai untuk pengelupasan pori harian. Di buat dengan inovasi dari Jepun, pembersih muka ini boleh menjaga keseimbangan pH semula jadi kulit sambil membersihkan kulit. Produk ini akan menghasilkan busa penyerap berkrim yang kaya dengan manik larut lembut yang berfungsi sebagai pengelupasan kulit yang lembut untuk membersihkan kotoran tersembunyi di dalam pori muka. Ia juga meningkatkan keberkesanan tekstur kulit dengan pembersihan mendalam untuk mengurangkan ketidaksempurnaan kulit dan mengelupas liang yang tersumbat dengan sel kulit mati

Hada Labo Deep Clean Face Wash

HADA LABO Deep Clean & Pore Refining Face Wash

RM23.85

Hada Labo cleanser ini digunakan untuk mengetatkan pori-pori dan menghilangkan kilauan pada wajah anda. Ia boleh membersihkan dan menghidratkan secara mendalam dengan Hyaluronic Acid yang berfungsi untuk menghidrat kulit secara intensif bagi mengelakkan kekeringan pada kulit dan menjadikannya lembut, Selain itu ia mempunyai Bentonite Clay iaitu tanah liat mineral dari abu gunung berapi semula jadi yang berkesan menyerap kotoran, minyak dan kotoran dari liang roma di muka dan Ekstrak Teh Hijau sebagai penapis kulit, yang mengawal minyak di kulit muka. Pembersih muka ini sesuai untuk kulit berminyak / kombinasi.

neutrogena deep clean

Neutrogena Deep Cleanser

RM19.98

Pembersih muka Neutrogena Deep Clean Hydrating Foaming Cleanser adalah pembersih muka yang berkesan untuk menyeimbangkan kelembapan dengan kawalan minyak yang tahan lama, dan meningkatkan kelembapan 2 kali ganda untuk kulit yang lebih bersih, lembut dan lembab dengan setiap cucian. Formula yang unik yang diperkaya dengan kompleks mineral air, dapat melembabkan kulit dengan peningkatan kelembapan 2 kali ganda. Busa berkrim yang kaya mampu membersihkan jauh ke dalam pori untuk menghilangkan99% kotoran seperti minyak, menjadikan kulit rasa segar dan bersih dengan penampilan bersinar yang tahan lama.

Hada LAbo Mild Face Wash

HADA LABO Mild & Sensitive Face Wash

RM18.55

Hada Labo cleanser ini mempunyai buih lembut yang menghidupkan semula kulit, menenangkan alergi kulit dan menghidrat kulit sensitif. Ia juga boleh melegakan kemerahan pada kulit, kerengsaan dan melindungi kulit dari tanda-tanda penuaan. Produk ini mempunyai asid Hyaluronik untuk membersihkan pori-pori dengan lebih mendalam, mengawal minyak dan mengecilkan pori-pori untuk mendapatakan kulit yang lebih lembut dan licin. Pembersih muka ini mempunyai ekstrak licorice, gingko biloba dan calendula.

Eucerin Milk Cleanser

Eucerin Mild Cleansing Milk

RM37.90

Pembersih muka ini bagaikan losyen berkrim yang kaya dan efektif dalam menanggalkan solekan. Ia jugak boleh membantu kulit bernafas dengan lebih baik. Ia terbukti amat sesuai untuk digunakan ke atas kulit yang sensitif. Permbersih muka ini sangat berfaedah untuk kulit kering dan sensitif kerana ia mengandungi gabungan bahan aktif yang inovatif iaitu kompleks APG. Kompleks APG ialah pembersih ringan yang amat berkesan dengan Gluco-gliserol, iaitu pelembap semulajadi yang aktif. Produk ini juga mengandungi Asid hyaluronik yang dapat memberi kelembapan yang tinggi untuk kulit. Oleh itu, kulit lebih bersih, lembut dan lembab.

error: Content is protected !!