Now Reading
Hada Labo Hydrating Essence

Hada Labo Hydrating Essence

Hada Labo Hydrating Essence

Hada Labo Hydrating Essence adalah essence penghidratan yang sangat penting untuk wanita dalam penjagaan kulit secara rutin .

Ia sangat membantu dalam penyerapan produk dengan lebih berkesan dan efektif.

Essence yang mengandungi empat jenis berat molekul asid hyaluronik (HA), membuatkan ianya lebih mudah diserap sehingga ke lapisan kulit yang paling dalam. Ianya persis bahan yang dijumpai secara semulajadi di dalam tubuh manusia.

Selain itu, bahan Glycerin juga adalah bahan asas penting seperti asid hyaluronik dalam rutin penjagaan wajah kerana ia membantu menghidrat kulit selain mengekalkan kelembapan yang berpanjangan.

Hada Labo Hydrating Essence

Faedah dan kebaikan Hada Labo Hydrating Essence

  • Melembapkan  sehingga ke lapisan kulit yang dalam. Ia membantu untuk menghidrat kulit secara sihat dan ia juga medium Perapi untuk Kulit.
  • Melembapkan anda dan menyihatkan kulit  anda secara semula jadi.
  • pH seimbang. Kerengsaan Rendah.
  • Bebas Wangian, Minyak Mineral, Alkohol Dan Pewarna.
  • Sesuai untuk semua jenis kulit

Bahan-bahan:

Water, Glycerin, Butylene Glycol, Pentylene Glycol, Ppg-10 Methyl Glucose Ether, Caprylic / Capric Triglyceride, Hydroxyethyl Acrylate / Sodium Acryloyldimethyl Taurate Copolymer / Squalane / Polysorbate 60, Sodium Hyaluronate, Limnanthes Alba (Meadowfoam) Seed Oil, Methylparaben, Disodium Edta, Disodium Succinate, Sodium Acetylated Hyaluronate.

Bagaimana Hada Labo Hydrating Essence berfungsi

Untuk Kulit Yang Lebih Lembut, Anjal Dan Hidratik.

4 Jenis Asid Hyaluronik

Empat jenis Asid Hyaluronik menembusi lapisan kulit dengan mendalam untuk mengunci, menambah, dan memulihkan kelembapan pada kulit dengan kelembapan yang sempurna.

Hidrasi berpanjangan

Penghidratan yang mempunyai nutrisi dan bertahan selama 24 jam untuk menjadikan kulit anda  lembut dan bersinar.

Tekstur yang lembut

Tekstur yang lembut menyerap kulit dengan cepat.

Cara penggunaan Hada Labo Hydrating Essence

Gunakan dua kali sehari. Cara yang betul adalah:

Langkah 1: sapu selepas menggunakan losyen Hada Labo siang dan malam.

Langkah 2: Sapukan pada tapak tangan, kemudian muka

Langkah 3: Tepuk perlahan ke muka keseluruhannya.

Untuk memastikan cara penggunaan Hada Labo Hydrating Essence lebih sempurna dan efektif, anda di sarankan untuk mengikut susunan rejimen yang betul seperti di bawah:

Langkah 1 : Hydrating Face Wash

Langkah 2 : Hada Labo Hydrating Lotion (rich)

Langkah 3 : Hydrating Hydrating Essence

Langkah 4 : Hada Labo Hydrating Eye Cream

Langkah 5 : Premium Whitening UV Sunscreen

Peringatan:

Berhenti menggunakan produk sekiranya terdapat tanda-tanda kerengsaan. Untuk kegunaan luar sahaja. Bilas dengan air jika bersentuhan dengan mata. Jangan dedahkan produk kepada cahaya matahari langsung. Jauhi dari kanak-kanak

Faktor Menyebabkan Ramai Pengguna Mahu Membeli

Rehidrasi secara maksimun

Hada Labo Hydrating Essence mempunyai lima bentuk sebatian hyaluronik dengan berat molekul yang berbeza-beza. Ia merupakan sebahagian daripada Booster Series yang mengandungi rawatan utama untuk rawatan tambahan khusus atau bermusim.

Penampilan dan Aroma

Tekstur essence ini agak likat sedikit dan cepat meresap dalam kulit. produk ini bebas daripada bau haruman dan wangian .

Harga dan Bilangan Penggunaan

Harga agak mahal sedikit tetapi sangat berbaloi untuk keberkesanan berpanjangan. Jika anda menggunakan 2 kali sehari, essence ini mampu betahan selama 2 bulan. Berbaloi bukan?.

Pembungkusan, Saiz dan Tamat Tempoh

Essence ini dibungkus di dalam botol kaca bersama aplikator penitis mata. Anda hanya perlu menggunakan 1/3 daripada aplikator untuk titiskan serum pada kulit anda. Saiz botol yang kecil. Tamat tempoh adalah 5 tahun selepas tarikh pembuatan.

Hada Labo Hydrating Essence

Penutup

Majoriti Lelaki dan wanita di seluruh dunia sangat sukakan kulit muka cantik dan berseri.

Untuk kecantikan itu, Hada Labo Hydrating Essence adalah penyelesaian dan pilihan terbaik bagi anda yang mana ianya telah diiktiraf keberkesanan dalam penjagaan kulit muka antarabangsa .

Anda tidak perlu pening kepala untuk memilih essence yang baik untuk untuk memiliki kulit yang lembab berpanjangan dan menjadi sokongan dalam penyerapan produk yang lain.

error: Content is protected !!